Jumaat, 8 Julai 2011

[TERGEMPAR] NASA KESAN PENYOKONG BERSIH 2.0 DI KL!!

image

TERKINI: Ini imej yang dirakam oleh satelit NASA pagi td. Terdapat pergerakan imej yang dipercayai manusia yang bilangannya luar biasa telah menuju ke arah Kuala Lumpur sejak pagi tadi. Menurut NASA imej itu berganda jumlahnya setiap jam dan akan menyebabkan KL ditutupi warna kuning sehingga esok. Yang anehnya terdapat juga setompok kecil imej merah yang menjauhi KL.

sumber : Log In | Facebook

nampaknya rakyat sudah mula memenuhi KL dengan warna kuning..kih..kih..kih.. oppps..jangan tunjuk imej setelit ni kat orang UMNO..nanti diorang akan cakap BERSIH 2.0 ada konspirasi dengan NASA untuk jatuhkan dan malukan kerajaan malaysia pimpinan Najib..kah..kah..kah..

VIDEO : KEMPEN BERSIH 2.0 TERBAIK part2

sebelum ni atok dah bagi satu video bahagian pertama (VIDEO KEMPEN BERSIH 2.0 TERBAIK!! | peTUA KITA semua)..ni video kedua..hihihihi..baik punya..layan la ye

 

ini semua bakal menjadi sejarah!

bersama kita lakarkan sejarah baru esok

SEBARAN UMUM KEPADA PESERTA BERSIH 2.0

image

No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

Semua peserta TAK PERLU pakai KUNING, TAK PERLU pakai LOGO BERSIH dan TAK PERLU pakaian berlogo PARTI. Masuk dengan pakaian bebas.Janji boleh masuk KL.!

tempat berhimpun sebelum berjalan ke dataran merdeka

1. sogo
2. masjid negara
3. kg baru masjid jamek

wajib tengok bagi sesiapa yang bawa kenderaan sendiri ke BERSIH 2.0 : PENUTUPAN / LENCONGAN JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011 | peTUA KITA semua

masa berkumpul dalam pukul 12-1 jika di masjid selepas solat zohor kite jalan menghala ke stadium merdeka.. sebab nak sampai di stadium pukul 2.. Kite serah MEMO bersama2... doakan kejayaan RAKYAT!!

bila dah sampai di tempat berkumpul..tolong ikuti panduan yang telah disediakan..kepada yang xtaw apa panduannya boleh tengok disini: [WAJIB BACA] PANDUAN PENTING SEMASA DEMO BERSIH 2.0 | peTUA KITA semua

Harap Maklum.

P/S : SEBARKAN KEPADA SEMUA!!!

VIDEO KEMPEN BERSIH 2.0 TERBAIK!!

 

video ni patut menang anugerah!

jom bergelak ketawa sebelum berjuang esok..

selamat berjuang wahai anak muda dan pencinta keadilan

PENUTUPAN / LENCONGAN JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Pihak polis akan membuat penutupan / lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam ini (9 Julai 2011).

imageJalan - jalan yang terlibat adalah :-

- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara;

- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara;

- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (9 Julai 2011) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Sumber : IPK Kuala Lumpur

rujuk disini : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) | Facebook