Ahad, 21 November 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

BLOG INI…hanya mengisahkan tentang perjalanan hidup atok..n apa sahaja yang atok tulis adalah petua kerana bila mana orang tua berkata-kata..ia terus menjadi petua..hahaha..kadang2 atok tulis pasal petua kecantikan,kesihatan,CINTA,suami isteri,bayi n bla2…kadang2 banyak yang mengarut je..tu je tulang latar belakang blog atok

image

en.BEN…atok ni blogger baru..atok buat entry ni pun pakai software yang en.BEN sarankan semalam tu..WINDOWS LIVE WRITER..memang betul best…senang..mekasih en.BEN…

STUDY, EXAM,MALAS,NENEK..

Aip..nenek pun ada skali lam tajok entry atok? hehehe..memang segaja atok letakkan pun..

23.11.2010..atok da nak mula exam..tapi masih malas nak study..xtaw la sbb pe..xde ke sape2 nak bagi semangat sket tuk atok?hihihi..

tadi..atok cuba jawab soalan final "past year"..sonang jo0..


aish..x study pun boleh jawab? hahaha..

atok jawab yang muka depan sekali..

soalannya: sila tuliskan no kad matrix anda..senang je la..atok tiru je kat kad matrix atok..hehehe..


yang tu dapat markah x prof?hik3..

sampai no kad matrix pun terpaksa atok tiru..betapa malasnya atok..huhuhu..tolong2!!

hmm...mungkin rindu kat nenek kot..kui3...kantoi...atok pun terasa la nak buatkan 1 "bookmark" tuk nenek..da siap print..atok turun la dari bilik..mencari kedai tempat "laminating'..pusing2 satu bandar,satu kedai "photostape" dan "laminating" pun x buka..hampeh~

atok pun naik balik ke bilik..merenung jauh ke arah kertas yang dah ter"print" tadi..xpelah..esok masih ada..atok nak laminate..nak letak riben..nak bagi kat nenek..supaya nenek rajin baca buku..hehehe..sambil2 baca buku..ingat kat atok skali..hik3..

ni la bendanya..yang atok dah "print"..cuma lom "laminate" je lagi..

p/s : mekasih nenek..atok buat ni sebab nenek da banyak bagi hadiah tuk atok..baju(2)..butang baju melayu(2), kad ucapan(1)..duit (RM200++) n banyak lagi yang nenek bagi..atok rasa cam x bagi pape je lagi..mama atok je yang bagi baju kat nenek kan? atok x bagi pape pun..cian kt nenek..xpelah..yang ni DIY gift dari atok..harap2 nenek suka..atok sayang nenek...mmmmmuah~

p/s : cucu jangan jelez..lagi-lagi peni n efa nur..hahahaha...cucu boley la try buat..bagi kat sape2 yang cucu suka..

COCA-COLA DAN KARIKATURNYA part 2

sebelum ni atok dah tulis pasal COCA-COLA DAN KARIKATURNYA..tp lom abis lagi la..hehehe..yang ni real punya..cucu2 leh tengok n dapatkan informasi..cucu2 jangan terkejut dengan penemuan atok ni..sebab atok terjumpas secara x sengaja di youtube..

soo, kalau cucu2 pergi cari sendiri boleh je kan? hehehe..cuma MALAS....wawawa..meh la tengok..pastu fikir manyak2 kali...nak minum coke lagi x pasni..huhuhuhu..atok pun da x nak tenguk air coke tu..x sanggup..huhuhu






ni lak xde kena mengena dengan protes atok terhadap coke..cuma nak menunjukkan bahawa coke mampu mengeluarkan ulat dari daging BABI...uweeeeeeeek..kotor..






lepas ni atok nak kaji babi pulak..ape la yang ada dalam babi ni..sampai boleh keluar ulat dari dagingnya..makan sampah ke babi ni? hehehehe

[versi serius] PETUA TERCEKIK

hehehehe..maaf la ngn entry lawak bodoh pasal PETUA TERCEKIK TULANG..yang ni atok bagi betol-betol petua.. cucu leh amalkan...yang ni serius menjadi..bukan lawak2 lagi dah..hehehe..pertama..apa nak buat kalau tercekik?



A. Bayi (Umur kurang daripada setahun)

Bantuan kecemasan:

1. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan cuba jolok jari ke dalam mulut bayi anda. Ini akan memburukkan keadaan.

2. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah.

3. Tepuk badan bayi lima kali (bawah sedikit daripada bahu).

4. Terlentangkan bayi. Periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang.

5. Jika dia masih lemas, letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah kepala lima kali (tiga saat setiap tekanan).

6. Periksa mulut bayi dan ulang langkah 5 jika bayi masih tidak sedar. Segera hubungi ambulans jika keadaan tidak berubah.


B. Kanak-kanak (antara satu hingga tujuh tahun)

Bantuan kecemasan:

1. Tundukkan badan kanak-kanak ke depan. Suruh anak anda batuk.

2. Tepuk lima kali di belakang anak (di belakang dada). Periksa mulutnya.

3. Jika objek masih tidak keluar, berdiri di belakang anak. Letakkan tangan kanan di dada anak dan pegang pergelangan tangan kanan tadi dengan tangan kiri.

4. Tarik bahagian dada anak ke atas sebanyak lima kali. Jika dia masih lemas, teruskan langkah

5. Berdiri belakang anak dan alihkan tangan anda ke perutnya pula. Tarik tangan anda ke atas supaya perutnya tertekan sedikit. Ulang lima kali. Periksa mulutnya. Jika anak masih lemas, hubungi ambulans.

C. Orang dewasa

Bantuan kecemasan:

1. Suruh mangsa batuk beberapa kali untuk keluarkan benda yang tersengkang di tekaknya.

2. Bongkokkan badan mangsa ke depan dan tepuk badannya lima kali.

3. Jika mangsa masih tercekik, berdiri di belakang mangsa. Letakkan tangan anda di bahagian ulu hati mangsa (seperti memeluk dari belakang) dan tarik tangan anda ke atas. Ulang lima kali.

Ulang semua langkah sehingga objek dapat dikeluarkan. Jika keadaan masih tidak berubah, segera hubungi ambulans

PETUA HILANGKAN RUAM

ini ialah ruam..hehehe


Ruam ni ada bayak faktor..sebab panas, susu, allergic, kotor...bla2..hehehe..atok pun x larat nak senaraikan..ada sorang cucu ABC bertanyakan atok tentang petua nak hilangkan ruam..menurut kitab perubatan kuno atok..cara2 yang cucu boley cuba adalah seperti berikut..hahaha

a)Cara-caranya;

1. Ambil satu senduk tepung ubi kayu.
2. Masukkan tepung tadi dalam kain jarang dan bungkus.
3. Selepas mandi, sapukan bungkusan tepung ubi tadi pada bahagian yang ada ruam.
4. Anda disarankan untuk berbuat demikian 2 kali dalam sehari.


kalau cucu kene ruam disebabkan panas..boley mencuba yang ni..


Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan air hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru mandi dengan air tersebut. Buatlah setiap kali anda mandi hingga hilang ruam panas di badan..



ataupun..cara lebih mudah..sapukan minyak zaitun..pastikan tempat ruam tu dicuci terlebih dahulu


PETUA DARI AZI NUR

rendamkan atau tuamkan dengn air suam bercampur garam....insyallah hilang sume ruam atau bintat2... =)


PETUA DARI kelip-kelip kehidupan

cara moden ~ senang je, sapu krim calamine (sesuai juga utk mreka yg dpt demam campak atau utk baby)

PETUA TERCEKIK TULANG

petua ni atok dapat dari FACEBOOK kawan2 atok..hehehe..tapi petua ni di ceritakan dalam bentuk penceritaan..atok petik hanya separuh dari ceritanya..begini ceritannya


Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku..

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

begitulah petuanya..kalau tercekik cuba la yep..moga2 x tercekik sampai mati..tapi lau susah sangat..cucu pegi je ospital..suh doktor buangkan benda tercekik tu..

P/S : MAAF NGN LAWAK TU..hehehe..atok ada yang versi betul2 punye..kt sini :
[versi serius] PETUA TERCEKIK