Selasa, 15 Mac 2011

[LAWAK] SAMAN EKOR PERBUATAN HARAM

hahaha..hari ni atok nak gelak puas-puas..sebab hari ini atok jumpa lawak paling seram dan amat melucukan..hahaha..nak baca lawak tu?

lawak pasal saman ekor je..tapi, memang betul-betul lawak..ini lawak seantero dunia..Mr Bean pun x boleh lawan..baca la ye..pastu gelak puas-puas..kah..kah..kah..

Lelaki uzur kena saman

ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling semalam.

BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau rumah saudara terdekat.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini semalam.

Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi.

artikel asal dari Kosmo online : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

inilah lawak paling lawak di seantero dunia..pakcik yang uzur ni pun kene saman ekor kerana pandu laju..dah la kesalahan pandu laju..yang lebih kelakarnya tu, macam mana Honda 70cc ni boleh bertukar menjadi 90cc-250 cc?

oitt penyamun penyaman…culup la nak bodohkan rakyat..

HAPUSKAN SAMAN EKOR!!

artikel mengenai mengenai saman ekor : KASE – Saman ekor tidak sah  , Kase terus desak hapus saman ekor — HarakahDaily

Comments
4 Comments

4 ulasan:

munira sajuti berkata...

tak sudah2 kes saman ekor ni. yang penting, jangan wat kesalahan. patuhi undang2. berani kerana benar, takot kerana salah kann? :)

Tanpa Nama berkata...

Bukan sebab "berani kerana benar n takut kerana salah" atau "patuhi undang2" tapi jelas saman ekor ni cara yang tak patut.

Abah aku ada 2 kereta.
Kereta yang hanya di guna untuk jalan2 kampung kena saman kat johor.
Orang perak,keta tu tak bawa keluar dari teluk intan pastu kena saman kat johor.

guling2 aku tengok keBODOHAN polis.

My MiRa berkata...

huhu kesian pakcik tue tak pasal2 die jadik mangsa saman hehehe

Kechik Itu Comel berkata...

dah klik churp2 cni..
jom klik sy nye plk..huhuhu..=)