awas cucu2 yang sejenis dengan atok..yang golongan XY ni..sebab atok dapat taw dari mangkuk ajaib terdapat 20 perkara yang menyebabkan wanita membenci lelaki..pe dia ye? meh jom kita tengok..1. MENINGGIKAN SUARA

 >>   Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak   meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara   kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun   pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA

 >>   Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,   mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar  tanpa  mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’

 >>   Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa   perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.  Walaupun  sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka  tidak  salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga  juga  cik abang!
4. MENGONGKONG

 >>   Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala   gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus   ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak   mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka   akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat   oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO

 >>   Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita.  Keegoan  dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya  lelaki  menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa   mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai   kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.   Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU

 >>   Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan   alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan   alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal   sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga   yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum   lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat   berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama   kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN

>>   Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini   berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.   Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.  Tapi,  mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja  tapi  mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang  pada  paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang  lebih  suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

>>   Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki   selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri   tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan   kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah   katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna   pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

>>   Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan   perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang   berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika   berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.   Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24   jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya   kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan   dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA

>>   Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal   dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki   yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain   kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.   Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu  kerana  seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan  cemburu  buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
PART 2 AKAN MENYUSUL DI LAIN HARI...