Sabtu, 22 Januari 2011

PETUA ELAK KUCING KENCING DAN BERAK DALAM RUMAH

imagebuat peminat-peminat kucing dan yang x suka  bela kucing sebab kucing suka kencing atau berak lam umah..atok ada petua nk elak kucing kencing atau berak ni..

atok memang suka kucing…hohohoho..rindu kucing-kucing kat umah..kat umah atok ada 4 ekor kucing…ish..bestnya dapat tido ngn diorang tu..tp kadang2 diorang tu nakal sikit..suka sangat gigit jari kaki…kadang2 nk terterajang pun ada bila terkejut…hihihihi..

 

 

penah dulu orang tengok pelik je kat atok di cafe..sebab atok bercakap ngn kucing..hahaha…memang da tabiat atok sejak kecil..suka cakap ngan kucing..x pasti la kucing tu paham x..kalau kat rumah pun, kucing tu jadi adik bongsu..atok n adik atok ajar kucing tu panggil ma n abah kat parent atok..hahaha..kami sekeluarga memang suka kucing..yea!

da melalut panjang lak..nah atok kasi petua tu..baca sendiri la ye..

PETUA ELAK KUCING KENCING DALAM RUMAH

Cuka

Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

Toilet Traning

Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

Serai

Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

kredit to : MY TIPS

Comments
20 Comments

20 ulasan:

safra berkata...

atok.. nak petua halau tikus...

Nina Juliana berkata...

wah.. boleh cuba ni sebab baru je bawak masuk kucing2 dari cage kat luar ke dlm umah..

rayne rawt rawt berkata...

boleh tiru neehhh,.. hehehe

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

thanks tips ni.. sy pun suka kucing. kt kampung byk spesis bomba yg suka menyembur kat dlm umah.. nk pukul kesian.. marah2 syg jer.. tips ni agaknya berguna kot

abadi romeo berkata...

abis la pokok serai belakang rumah aku..

atie berkata...

Great tips!

Tanpa Nama berkata...

Masalah sikit ni tok, serai yg saya simpan kucing saya wat main, susah la nak letak serai. Nmpk nya kena guna petua cuka lah jawab nya

mariah_smile berkata...

kucing suka kencing kat bumper keta... sabau je lah...

intan suraiya berkata...

Ada 1 petua lagi saya nk kongsikan ,
Opah sy ckp , klu x nk bagi kucing berak merata-2 , amek tali ukur ekor dy , dan potong tali tuh , Letak dekat tandas :)

Mohamad Muzamir Mohamad Yusof berkata...

Assalamualaikum.....
Terima kasih sebab banyak memberi petua kepada saya....
Jemput join blog saya ...
http://gilerkucing.blogspot.com

bmnsolution berkata...

Tak Perlu Guna Petua lh dik

Guna saja produk cat repellent dari Japan.

Mudah dan berkesan dan tak aniaya haiwan.

Jemput ke blog saya
http://duniakucingmanja.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Tip nie bole try mne tau bekesan tuk kucing sy yg degil

moses berkata...

Kalau saya dulu nk g keje kurung kucing dalam toilet.tp makan minum sume siaplah.1 minggu dia dah tau mana nk kencing n berak.kalau rasa zalim boleh cuba ambil tali atau lidi.ukurkan sama panjang dengan ekor kucing tu.lepas tu letak dala toilet atau pacak je lidi tu kat luar rumah.saya cuba alhadulillah menjadi.

C'Jai berkata...

terima kasih atas perkonsian ini..saya nak share petuanya..

Wan Azwan berkata...

Tq..

Tanpa Nama berkata...

sya dah pakai semua petua tapi tak menjadi kucing sya ni jenis yg engkar arahan agaknya

Tanpa Nama berkata...

saya nak bagi petua untuk semua. Kalau tak mahu kucing berak dan kencing merata-rata beri dia pakai pampers....hihihi.jangan marah gurau jer.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah sy pun pening kepala fikir mcm mana dgn si COMEL sy achan dah berapa kali ajar berak tempat yg di sediakan tetapi dia buat jugak berak dlm bilik opah sy.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah sy pun pening kepala fikir mcm mana dgn si COMEL sy achan dah berapa kali ajar berak tempat yg di sediakan tetapi dia buat jugak berak dlm bilik opah sy

Tanpa Nama berkata...

Kucing saya seme keras kepala.. Macam-macam petua dah Cuba..,cuka, sembur minyak wangi, letak rempah Kari, sampai beli semburan pet off pun tak jalan jugak. Diorang tetap kencing dan berak di sudut ruang atas rumah atau kencing kat sudut bawah rumah tepi tv. Kalau nampak boleh jugak kejar dengan penyapu lidi. Diorang takut Lah kejap. Tapi bila Kita tak Ada atau tak nampak dia mula buat Hal. Tak tau yang mana satu punya kerja. Tak tau nak buat apa dah.. Nak buang diorang kesian tak sampai hati. Dah Lah Ada 17 ekor sekarang. Ada Lah sekor dua yang pandai guna litter box diorang Kat luar rumah. Tapi bila nampak yg lain main buang rata rata diorang Ni pun ikut jugak perangai Tu.. Ada tips lagi tak yang boleh saya try??