Ahad, 31 Julai 2011

[GAMBAR] CANTIKNYA ROSMAH BERTUDUNG LABUH

atok rasa tenang sangat bila tengok kak mah, isteri PM, Najib Razak bertudung litup..

image

cun jugak Rosmah bila bertudung ni..hehehe..hilang habis rambut tebal dia..hairan atok..camne dia boleh sorokkan rambut dia tu..hehehe..sebelum ni, atok tengok macam x boleh nak tutup..tapi, berkat melawat baitullah di Mekah, Alhamdulillah, kak mah berjaya jugak tutup aurat dia semasa tawaf di kaabah..semoga Allah memberikan hidayah kepada kak mah untuk terus menutup aurat dengan sempurna..

KOLEKSI RAKAMAN CCTV, KEMALANGAN JALANRAYA

salam..atok terjumpa satu video rakaman cctv kemalangan jalanraya..atok x pasti dimana..tapi, ditengokkan pada tulisan..mungkin jepun, china atau korea..

pesanan ikhlas dari atok : hati-hati dijalan raya

 

Sabtu, 30 Julai 2011

PETUA PASANG KOMEN FACEBOOK DI SETIAP ENTRY DI BLOGSPOT

mesti ramai yang nak taw camne caranya atok buat komen facebook di blogkn? atok pun baru je tahu cara pasang komen faceboook di setiap entry di blogspot ni..atok tanye blooger “Demo lanie”..Alhamdulillah dia x kedekut ilmu..

ada beberapa step je…follow ye

  1. mula-mula…kene buat entry dulu..siapkan entry tersebut dan publish
  2. bila dah publish entry tu..copy dia punye link..contohnya : http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/07/testing-123.html
  3. lepas tu buka link ni : http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/comments/
  4. maka, cucu akan nampak satu kotak iaitu kotak ni
    • image
  5. letakkan link entry tu diruangan “URL to comment on”
  6. tentukan bilangan komen yang nk ditunjukkan di blog pada “ Number of posts”..kalau x faha boleh tekan pada lambang tanda soal tu
  7. bila dah siap semuanya, tekan butang “ Get Code”
  8. maka, akan keluar la kod tersebut..copy kod tu..
  9. edit balik post yang dah publish td..tekan pada edit HTML dan letakkan kod tu diruang paling bawah entry..lepas tu Publish balik..
  10. SIAP!
  11. awas..step ini perlu diulang-ulang bagi setiap entry..paham? bukannya buat sekali, sampai bila-bila benda ni akan keluar di setiap entry..
  12. tapi, bila cucu publish tapi x keluar jugak..cucu bagitaw atok…komen la di entry ni...atok akan ajarkan caranya dientry berikutnya..

ASHRAF GAGAL TUKAR NAMA PEREMPUAN MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.

Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.

berita penuh : Ashraf gagal tukar nama jadi wanita meninggal dunia - The Malaysian Insider

semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah..sama-sama kita doakan agar dosa arwah diampunkan kerana Allah maha pengampun lagi maha pengasihani…Al-Fatihah

Jumaat, 29 Julai 2011

SISTEM BIOMETRIK, SIAPA ORTODOKS?

Dipetik dari UMNO ONLINE

Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas

KUALA LUMPUR, 26 Julai  - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.

berita penuh : UMNO Online - Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas

Kenapa Pas tolak sistem biometrik? dengar jawapan husam musa

 

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. 

berita penuh : Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

lebih baik dituduh ortodok daripada jadi penipu…hahaha

10 KERETA YANG BERBALOI UNTUK DITUNGGU PELANCARAN

atok jumpa senarai 10 kereta yang berbaloi ditunggu untuk dilancarkan dan dijual…atok petik berita ni dari yahoo..10 kereta tersebut ialah

  1. BMW i3 Electric City Car (Early 2013)
    • image
  2. Chevrolet Camaro ZL1 (January 2012)
    • image
  3. Chevrolet Corvette C7 (Late 2012)
    • image
  4. Ford Fiesta ST (Fall 2012)
    • image
  5. Hyundai Veloster (November 2011)
    • image
  6. Mini Paceman (April 2012)
    • image
  7. Mitsubishi Evo XI (February 2012)
    • image
  8. Toyota/Subaru FT-86 Sports Car (December 2011)
    • image
  9. Toyota Prius C (March 2012)
    • image
  10. Volkswagen Golf R (Early 2012)
    • image

sesiapa  yang nak taw tenang kereta ni dengan lebih lanjut boleh ke sini : 10 New Cars That Are Worth Waiting For - Yahoo! Autos

Khamis, 28 Julai 2011

2000 FOLLOWERS..APA RAHSIA?

image

salam..

dah lama atok x update blog kn? malam ni..ditemankan kucing yang setia menanti tuannya, tidur atok surahkn sedikit di blog atok ni..

kalau di tengok pada follower atok..sekarang dah melebihi 2000 orang semenjak atok mulai buka blog ni sampai hari ini..masa atok mula-mula buka blog ni..atok jelez jugak tengok blog-blog lain dah beribu-ribu follower..atok teringin sangat nak follower capai angka RIBU..macam-macam cara atok buat..ada cara baik, ada cara jahat

imagestrategi pertama atok nak tambah follower ialah dengan cara cari member-member sekolah dan universiti yang ada blog..kalau atok taw je diorang “ DAH FOLLOW AWAK, FOLLOW SAYA BALIK”..hahaha..pernah x dapat pesanan camni? kadang-kadang bila baca balik..huh! menyampah..”WTF, ko suruh aku follow blog ko semata-mata sebab ko dah follow blog aku?? entry entah papa..aku remove ko dari follower aku baru taw”..hahaha

bukan sampai situ je..atok menjelajah di fesbuk pulak..atok sebarkan link di segenap tempat yang boleh di fesbuk..bukan saja di mesej, tapi kebanyakan group yang femes2 di fesbuk..sapa nak tengok tempat atok pomot blog..boleh ke sini : 17 TEMPAT PING BLOG/ENTRY DI FACEBOOK | peTUA KITA semua..kadang-kadang atok paksa jugak orang lain follow blog atok di group tu..

lama lepas tu, follower atok x naik-naik jugak! huh! hampaeh..bukan langsung x bertambah…ada la jugak..tapi amatlah perlahan..lepas tu atok pun kaji la sikit-sikit pasal blog ni..rupa-rupanya, orang nak follow blog kita bukan sebab kita suruh, tapi sebab entry menarik!

mulai dari hari tu, atok cuba la menulis entry dengan baik..lama jugak atok nak berlatih..banyak benda sebenarnya kene buat supaya entry menarik..pertama, tajuk kene ada unsur teruja untuk dibaca..isi entry hendaklah berisi dan menarik untuk dibaca..gaya penulisan yang santai dan tidak membosankan..malah, yang paling penting cara mempersembahkan entry tu..kene ada gambar yang berkaitan supaya x bosan untuk dibaca..

atok rasa..tu jelah rahsia nak dapat follower macam atok..bukan susah…try ur best…gud luck cucu-cucu..hehehe

Rabu, 27 Julai 2011

TESTING 1,2,3….

dah lama atok x update blog kn? ranking Alexa pun makin merosot dari hari ke hari..sebelum ni..blog atok mencatat ranking terbaik di tangga ke 253,843 seluruh dunia..sekarang? huh! makin hampeh..nk dapat 500UV sehari pun susah..sebelum ni rilwk je dapat 1000UV ++ sehari..

semua gara-gara x update..lol….

sebenarnya atok buat entry ni nak test benda baru..nak test facebook comment kat bawah ni..jadi x? cuba commnet..kalau jadi..tulis “JADI”

hahaha

Sabtu, 16 Julai 2011

VIDEO SAMBUTAN KUNING UNTUK NAJIB DI UK

hahaha..kesian najib..duk malaysia kene kutuk dengan rakyat sendiri di malaysia..pergi UK pun kene kutuk jugak..hahahaha..udah-udah la najib..

Minister of Malaysia's Foreign Affair, Y.B. Datuk Anifah bin Haji Aman approached the demonstration group to attempt changing their perspective on what everyone saw happened during the Bersih 2.0 rally at Kuala Lumpur on 9th July 2011.

Datuk Anifah was trying to indicate we do not know what exactly happened by asking, " How long have you not been back to Malaysia?"

Visit 'Bersih 2.0 UK Walk' on Facebook to see other photos and videos of what rakyat in London did for Bersih 2.0 Day and the 3-day Welcoming Demonstration for Najib & Rosmah.

 

The demonstration took place on 15 July 2011 at a small road divider/pavement in front of Intercontinental Hotel near Hyde Park Corner. It began from 6.45pm until slightly past 8pm. One of our objectives was to create awareness for the arriving guests of the event Najib & Rosmah were attending.

Leaders took turn to lead the chant and we shouted even louder when we realized Najib had just arrived. He escaped from facing us and from being seen because we were embarrassing him with our chants like, " Shame, shame, shame on you, Najib!"

Rabu, 13 Julai 2011

[HOT] POLIS TIDAK BENAR MUSLIM BERSOLAT

siapa kata UMNO lebih baik dari Israel dan Komunis??

JAWAB ARTIKEL NI : NAJIB MEMANG @#%& , UMNO = KOMUNIS? | peTUA KITA semua

sejahat Israel, mereka x pernah halang yahudi menunaikan ibadah..hmmm…apa kata najib??

MELAYU BESATU PADU…hahahaha..melayu mana najib oii??

melayu bangla??

image

mula-mula 1MALAYSIA, lepas tu 1MELAYU, lepas tu 1BANGLA…

kah..kah..kah..ketuanan melayu muka bangla..elok KETUANAN MELAYU  ni buat jenama roti canai je la..ROTI KETUANAN MELAYU! hahaha..sapa nk beli?

Selasa, 12 Julai 2011

VIDEO PENUH UCAPAN NAJIB SELEPAS BERSIH 2.0

 

nilai dan hayati kualiti ucapan seorang Perdana Menteri Malaysia..

VIDEO DEMONSTRASI PATRIOT 9/7/2011

atok x dapat cakap apa..sekadar bahan lawak tuk elak mengantuk masa study je…hahahahaha..lawak giler

jangan gelak kuat sangat..takot ada sedara mara cucu..kih..kih..kih..

komen yang atok paling suka pasal video ni di facebook

image

kah..kah..kah..padan muka patriot..

siapakah disebalik pemuda patriot yang gagah perkasa dan berani tu?? jom selidik disini : LAWAK : DI BANGLADESH PUN ADA PATRIOT! | peTUA KITA semua

orang UMNO jangan marah kalau ada bangla mengaku melayu-UMNO dan minta ketuanan melayu sekali..kah..kah..kah..

Isnin, 11 Julai 2011

SURAT DARI PEMERHATI BERSIH 2.0

image

surat yang dihantar kepada atok petang tadi dan minta atok publishkan di blog atok..

atok boleh publishkan pendapat ini di blog.kawan saya minta.

ade orang terpekik bilang peserta perhimpunan kotorkan kota raya.selepas lihat semua video dari berita luar negara dan dari orang awam sendiri.aku membuat kesimpulan mudah.yang mengotorkan banda raya dan menyebabkan kerugian adalah polis sendiri.100 juta rugi kenapa?depa pakai water canon dengan asap pemedih mata tu.tu semua duit rakyat.depa seronok ha kata macam tu.depa senang nak ratah duit rakyat lepas ni.atas alasan nak beli senjata untuk tutup mulut rakyat.bagi aku.aku lansung tidak memikirkan politik dalam perhimpunan 9 julai.tapi bagi aku, itu adalah suara rakyat meminta keadilan pada pilihan raya.katanya gunalah surat khabar atau tv untuk suarakan sesuatu.namun apa yang rakyat ada?hak apa yang mereka beri kepada rakyat untuk bersuara?

dari shahizan, 26 tahun

P/S : Siapa nak “publish” pendapat atau sebarang artikel ke blog Petua Kita Semua boleh hantarkan ke facebook atok di : 'Aiman Wahid' | Facebook

boleh bagi sebarang artikel atau gambar serta video untuk “publish” di blog Petua Kita Semua..

NAJIB JAWAB VIDEO NI!!

video ni panjang asalnya adalah 12:33 minit..kalau panjang video ni berkurang, tolong bagi taw atok..nanti atok akan upload yang full sebab youtube cuba sekat video ni dari diketahui orang ramai..tolong download video ni untuk sebaran umum

dalam video ini akan menjawab segala PENIPUAN yang dilakukan oleh NAJIB, pemimpin UMNO dan POLIS..lihatlah dengan mata hati sendiri dan nilaikan betapa kejamnya “anjing” UMNO..bukan semua Polis jahat..tetapi UMNO wajib bertanggungjawab atas arahan yang dikeluarkan kepada POLIS..

atok tidak mampu berkata apa kerana hanya sebak didada kerana rakyat telah DITIPU terang-terangan oleh UMNO dan BN..tolong sebarkan video ini kepada semua yang saudara/saudari kenali..ini adalah tanggungjawab kita untuk melawan penipuan UMNO-BN dan media PRO-UMNO-BN..

semoga Allah membalas jasa baik saudara/saudari yang berniat baik menyebarkan video ini kepada umum..

harap maklum..

SIAKAP SENOHONG,

GELAMA IKAN DURI,

BERCAKAP BOHONG,

LAMA-LAMA JADI MENTERI.

[SEBAR] 3 VIDEO YANG WAJIB DITONTON!

atok ada 3 video yang semua orang wajib tonton dan tengok..tolong bagi semua orang tengok..

lepas tengok..atok nak cucu jawab satu soalan je..boleh kan? tengok video dulu

 

 

jihad

 

siapa baju kuning yang dimaksudkan najib?? sebenarnya najib perli kepada Anwar Ibrahim..namun pada masa yang sama najib mengata pada rakyat malaysia!! RAKYAT MALAYSIA DIHINA NAJIB!!

minta najib minum air dari “water canon” dan hidu gas pemedih mata..biar dia rasakan..

 

 

 

Jawab soalan ni.

 

p/s : “LIKES” UNTUK SEBARKAN DI FACEBOOK MASING-MASING

POLITIK KETAKUTAN? RAKYAT BERANI!

sebelum atok teruskan penulisan atok kali ni..atok rasa ramai yang rasa x senang dengan atok..mak ayah pun mungkin x senang hati bila tengok anaknya kutuk UMNO-BN kerana bimbang masa depan anaknya gelap akibat dibuang universiti dan ditarik biasiswa..oleh itu…buat sesiapa yang takut, atok bagi dadah sikit biar ketakutan tu hilang~ lagu ni khas untuk mereka yang takut..hihihi

putarkan lagu tersebut sebelum baca baris-baris berikutnya..hayati liriknya dibawah

LIRIK LAGU DARAH JUANG

Disini Negeri kami, tempat padi terhampar

imageSamuderanya.. kaya raya

Tanah kami subur Tuhan….

Di negeri permai ini,

Berjuta rakyat bersimbah luka,

Anak kurus tak sekolah,

Pemuda desa tak kerja…

Mereka dirampas haknya,

Tergusur dan lapar,

nazakBunda relakan darah juang kami,

Untuk bebaskan rakyat..

Mereka dirampas haknya,

Tergusur dan lapar,

Bunda relakan darah juang kami,

Padamu kami berjanji…

(ULANG DARI MULA 1X)

Padamu kami berjanji… (ULANG 2X)

panjang lagunya, atok hanya nak hightlight “BONDA RELAKAN DARAH JUANG KAMI, UNTUK MEMBEBASKAN RAKYAT”

ganasselepas Obama memenangi piliharaya di Amerika Syarikat..atok ingatkan “politic of fear” sudah lupus..malah, kedatangan “politic of hopes” mendapat sambutan yang hangat dan jitu oleh pemimpin parti politik dan pemimpin masyarakat di malaysia..namun, ianya tidak berlaku di Malaysia..atok hanya melihat Pakatan Rakyat yang hanya mampu menawarkan “politic of hopes” ini..

pada mula najib berkuasa, najib cuba meniru model politik harapan ini dengan model 1 MALAYSIA yang berakidahkan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..nampaknya najib sendiri murtad dengan akidah 1MALAYSIA..kalau sebelum ni najib diberitakan sebagai seorang insan kamil yang mementingkan rakyat dalam membuat keputusan, sekang najib sudah berubah..rakyat sudah jelas bahawa projek agama 1MALAYSIA adalah ciptaan yahudi-zionis laknatullah yang bertopengkan kebajikan.

malah, siapa yang tidak menganuti kepercayaan 1MALAYSIA ini akan dihukum sebagai penderhaka.bukan itu sahaja, siapa yang menentang UMNO-BN akan dihukum..yang paling suka ditakuti oleh gerombolan UMNO-BN ialah MAHASISWA!

x caya? baca berita ni

KPT tunggu senarai siswa berdemo

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

berita penuh : KPT tunggu senarai siswa berdemo – Malaysiakini

apa komen atok??

x perlu la nak bodohkan dan takutkan mahasiswa lagi..tidak cukup dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk membunuh aktivisme mahasiswa semenjak zaman 1960’an kini diugut pula oleh menteri..pelbagai jenis menteri UMNO-BN yang bangang mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan mahasiswa bersama rakyat..

tabahadakah mahasiswa bukan sebahagian dari rakyat malaysia? bukankah sebahagian mahasiswa boleh mengundi? iaitu mereka yang berumur 21 tahun dan keatas..adakah salah untuk mahasiswa menuntut keadilan dalam pilihanraya?

jawab sendiri..semua mempunyai fikrah

pada atok, UMNO-BN sudah mula takut dengan kebangkitan mahasiswa dan anak muda terutamanya yang berusia 20-30 tahun..UMNO-BN sedar bahawa Hosni Mubarak jatuh kerana anak muda..jadi, anak muda harus dilenyapkan dalam masyarakat…caranya? UGUT BUANG UNIVERSITI, TARIK BIASISWA DAN PINJAMAN, PAKSA PELAJAR KE PROGRAM UMNO-BN

ingatlah wahai UMNO, bukan semua mahasiswa pengampu UMNO..atok sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya bertegas bahawa atok tidak sesekali akan menjadi pencacai politik kotor seperti UMNO-BN..atok tidak akan benarkan UMNO-BN menipu rakyat lagi..sudah cukup rakyat ditindas oleh UMNO-BN selama 50 tahun memerintah..selagi hayat dikandung badan, selagi akal masih waras..atok tidak akan benarkan politik kotor meresapi jiwa rakyat..kalau sang penguasa memenjarakan atok..atok harapkan segala berita dalam blog ini terus menerus dibaca oleh rakyat kebanyakan supaya kita sedar..

solatkepada anak muda, teruskan berjuang dilandasan yang benar kerana kita adalah penentu arah negara..kepada rakyat jelata, kami mahasiswa memohon doa rakyat untuk melawan penindasan dan kezaliman..doakan kejayaan kami melawan penindasan dan kejayaan kami dalam pembelajaran di universiti masing-masing..

kepada bonda..relakan darah juang kami untuk membebaskan rakyat..

putarkan lagu ini kepada kalian yang berjiwa merdeka

 

TAKBIR!

anak muda sila LIKES page ni di facebook: 100 000 anak muda tolak kerajaan BN - Wall | Facebook

"Masa depan negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru."
-Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said-

NAJIB MEMANG @#%& , UMNO = KOMUNIS?

salam..jam di laptop atok tepat jam 2:44 A.M..sudah lewat pagi nampaknya..rumput diluar mulai kesejukan dek embun pagi..angin diluar mulai melembab akibat kesejukan bayu darat..

namun, atok rasa semakin panas bila melihat seorang pemimpin yang begitu angkuh untuk mempertahankan kuasanya..dialah pemimpin melayu agung, partinyalah yang amat berkuasa didunia, pendokong partinya lah yang betul..

ahhh..atok hanya mampu meludah (haktuih) selepas tengok video ni..cucu tengok la video ni

tidak kurang 24 jam selepas demonstrasi BERSIH berjaya di tunjukkan pada masyarakat dunia..najib terpaksa mengumpul pendukung UMNO untuk menunjukkan dia masih berkuasa..yang jelas, Najib sudah mulai berpeluh dengan kebangkitan rakyat..najib sedar, rakyat mulai menolak kepimpinannya dan jelas terpesong dari akidah 1MALAYSIA iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..

najib bimbang, dia akan menerima nasib yang sama seperti pak lah yang turun dari kerusi perdana menteri akibat desakan kuat dari rakyat jelata..hari ini..dunia telah menyaksikan desakan yang hebat di malaysia dalam menuntut pilihanraya yang adil..

kalau sebelum ini, pihak BERSIH di dakwa dengan fitnah membawa agenda komunis..tapi, sedarkah bahawa komunis tidak inginkan pilihanraya? kalau x percaya boleh tanya pak cik Google..dia amat arif..x percaya lagi? cuba cari..bilakah pilihanraya di korea utara dijalankan..korea utara adalah sebuah negara yang mengmalkan dasar komunis..lepas itu, cucu akan sedar bahawa siapa komunis sebenarnya..adakah menuntut pilihan raya yang adil dan telus itu fahaman komunis walhal komunis langsung menolak sistem demokrasi..

kalau nak tahu parti mana yang komunis..blh tgk petikan berita dibawah

UMNO Dikagumi Parti Komunis Cina

imageKUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kejayaan UMNO bersama-sama Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang pentadbiran negara dikagumi pelbagai pihak termasuklah Parti Komunis China (CPC) khususnya dalam mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara sejak 54 tahun merdeka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata hasil kunjungan beliau ke negara kuasa besar tersebut bahawa kerajaan dan para pemimpin China menyatakan rasa hormatnya terhadap kejayaan Malaysia.

berita penuh : UMNO Online - UMNO Dikagumi Parti Komunis Cina

atok bukan petik dari portal pro pakatan rakyat..tapi laman web milik UMNO…hahahahaha…

bersama-sama kita fikir..

  • kenapa komunis kagum dengan UMNO?
  • UMNO ini sejenis parti berideologi komunis ke?
  • yang peliknya, UMNO dikatakan parti yang mengamalkan sistem demokrasi, tapi komunis menolak sistem demokrasi..macam mana UMNO boleh dipuji?

kah..kah..kah…cucu ditipu lagi..nampaknya Parti Komunis Cina nak tahu macam mana UMNO jalankan pilihanraya menipu supaya terus berkuasa..dunia dan penyebaran maklumat sudah luas dan demokrasi..rakyat cina mulai sedar bahawa mereka memerlukan sistem demokrasi bagi memilih pemimpin yang dapat menyempurnakan aspirasi rakyatnya..maka, sistem komunis mula ditolak secara perlahan-lahan oleh orang cina..

perkara ini amat membimbangkan Parti Komunis Cina dan mereka akui mereka terpaksa mengikut jalan demokrasi...maka, Parti Komunis Cina cuba mempelajari taktik penipuan dalam pilihanraya supaya demokrasi olok-olok dapat diwujudkan di negara China..

siapa kata UMNO-BN  berserta SPR x menipu dalam pilihanraya? siapa cakap UMNO bersih dari rasuah pilihanraya? atok cepuk kang..tengok bukti nih!

siapa yang komunis??

kalau rasa UMNO, tekan “LIKES” dibawah..

kalau rasa selain UMNO, tolong bagi bukti yang menyatakan UMNO bukan komunis seperti yang atok dakwa..

P/S: ada sesiapa tahu bahasa mandarin x? tolong terjemah ke dalam bahasa mandarin dan bagitaw kawan-kawan rakyat China bahawa mereka bakal ditipu dalam pilihanraya..boleh tambah satu lagi cawangan BERSIH di China..

kah..kah..kah..

orang tua cakap, kalau kita sebut benda tu lebih dari 40 kali..benda tu akan jadi betul..kalau atok dapat lebih 40 likes dengan bantuan cucu..nampaknya..UMNO MEMANG KOMUNIS..

kah..kah..kah..

PESANAN PENAJA : kalau x boleh nak “LIKES” sebab kadang2 butang likes tu ada masalah..boleh tekan butang “KONGSI” di atas..nanti atok akan tgk, berapa links share post ni..tu bilangan jawapan “YA, UMNO=KOMUNIS”

Ahad, 10 Julai 2011

LAWAK : DI BANGLADESH PUN ADA PATRIOT!

banglapatriot

mesti ramai yang terkejutkan bila baca tajuk post entry atok kali ni..pasti ramai yang tidak percaya..yang orang ramai tahu, BERSIH 2.0 sudah jadi internasional bila ramai rakyat malaysia di luar negara turut sama berhimpun di negara tumpangan masing-masing untuk menyokong 8 tuntutan BERSIH.

namun, tiada siapa tahu bahawa PATRIOT pun telah menjadi badan internasional apabila PATRIOT turut disertai oleh rakyat bangladesh..ini adalah pencapaian yang amat baik bagi penyokong tegar UMNO kerana warga bangladesh ini akan menjadi warga melayu yang sejati dan menyokong penuh ketuanan melayu..maka, kata-kata pendekar Hang Tuah, “tidakkan melayu hilang didunia” menjadi realiti kerana warga melayu boleh di import seperti mana malaysia terpaksa mengimport seluar dalam bersaiz XXXL untuk “big momma”

ok..xpe kalau x caya cakap atok bahawa mamat bangla ni penjaga ketuanan melayu sejati..baca berita ni

Patriot ikrar pertahanan kedaulatan negara

Kumpulan Patriot akan sentiasa tegas dan tidak berkompromi ketika berdepan cubaan menggugat kedaulatan negara oleh puak penderhaka, kata pemimpin kanannya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Abdul Azeez, yang ditahan bersama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ketika

Patriot membantah perhimpunan jalanan di Bukit Bintang semalam, berkata tindakan kumpulan itu bukanlah semata-mata mahu menyertai demonstrasi jalanan, sebaliknya sebagai satu protes terhadap pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dalam negara.

berita penuh : Patriot ikrar pertahanan kedaulatan negara - Malaysiakini

bangla ini sanggup mempertahankan tanah air kita! salute buat mereka

sekian dulu dari atok..kita tengok gambar live dari bangladesh..

bangla umno

Selepas demostrasi BERSIH , maka Najib pun buatlah panggilan kepada KPN.

Najib: Terima Kasih, Tan Sri, you telah uruskan dengan BERSIH, cekap amanah.

KPN: Ini hal kacang putih, kami tangkap 1600 orang dari jumlah 300,000, yang 298,400 terlepas.

Najib: prestasi Cukup cemelang.

KPN: Tapi kami sudah tangkap pemuda umno seramai 20 dari 300, didapati tahu bahawa antara 280 adalah mamak dan Bengala.

Najib: Yang Bengala itu ada kad pengenalankah?

KPN: Semua kerja kontrak dan PTI. macam mana nak uruskan.

Najib: Hantar mereka ke pejabat JPN dan berikan kad penegnalan, lain kali mereka layak jadi pengundi.

KPN: Yes boss, ikut arahan , kami akan uruskan.

sumber : Photos from Road To PutraJaya | Facebook

P/S : x salah nak berlawak kan? esok dah kerja..pasti tension..kalau tension boleh layan blog atok..nanti atok akan ceritakan satu persatu cerita lawak, geram, sedih dan teruja di blog petua kita semua..

kalau kawan di pejabat tu boring-boring masa kerja..boleh la bergelak ketawa dengan post ni..kah..kah..kah..

BERSIH 2.0 YANG BERSEJARAH

semalam, 9/7/2011 adalah antara hari yang bersejarah buat malaysia..hari yang mana rakyat malaysia bangun melawan penindasan dan kezaliman terhadap pilihan raya yang dilaksanakan suruhanjaya pilihanraya yang juga “sebahagian” dari komponen Barisan Nasional

imagetarikh 9/7/2011 adalah hari pembelajaran baru buat anak muda kental semangat yang ingin menghirup udara demokrasi yang subur di malaysia..pembelajaran yang mustahil untuk dicari dimana-mana dewan kuliah di seluruh universiti mahupun kolej..proses pembelajaran yang memerlukan tekad, semangat dan menuntut pengorbanan yang tinggi..ramai mahasiswa turut sama menyertai himpunan aman tanpa merasa gentar dan takut untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih..mahasiswa sanggup menggadaikan nasib mereka di universiti dan usia muda mereka..malah, pemegang biasiswa pun tidak gentar walau percaya biasiswa mereka akan dilucutkan jika didapati menyertai himpunan aman Bersih..namun, atas kesedaran yang tinggi dan berani mahasiswa turut bersama rakyat.

sebelum ini..rakyat diugut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika himpunan aman bersih diteruskan..rakyat di ugut dengan berlakunya tumpah darah dan rusuhan antara kaum..kalau sesiapa yang turun sama, mereka akan tahu siapa yang memainkan isu perkauman dan agama ini..di himpunan tersebut, soal perbezaan agama dan kaum tidak menjadi topik malah langsung tidak difikirkan..dibenak setiap rakyat malaysia yang menyertai himpunan adalah soal harapan mereka untuk melihat 8 tuntutan Bersih terlaksana..

imageyang hairannya, pekedai-pekedai melayu ada yang menutup kedai kerana bimbang rakyat merusuh..namun, peniaga cina ada yang sanggup menjadikan premis mereka sebagai tempat berehat bagi mereka yang terkena gas pemedih mata dan tempat berehat sementara..malah, melayu pun di selamatkan oleh cina yang membawa masuk orang ramai ke lobi hotelnya supaya dapat berehat dan memberikan minyak zaitun untuk menghilangkan pedih mata..ini senarionya..

soal kaum,agama,dan umur bukan menjadi topik bila kita berjuang dengan ikhlas untuk menuntut keadilan dan hak! rakyat malaysia yang pelbagai kaum ditambah lagi etnik dari sabah dan sarawak datang ke Bersih dengan membawa harapan yang sama.  perbezaan agama pun tidak menjadi soal bila titik persamaan dalam perjuangan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih ditemukan..anak muda, mahasiswa sanggup menggadaikan usia dan masa depan mereka dan yang berusia pun bangkit sama dengan harapan yang besar untuk malaysia..inilah gerakan rakyat yang paling hebat di malaysia kerana walau ditekan dan ditindas sebegitu teruk, rakyat pelbagai agama,kaum dan umur tetap bangun melawan.."

“Salute” buat mereka yang berani kecuali Patriot sebab mereka turun kerana rakyat turun "BERSIH” bukannya atas dasar perjuangan..sekadar untuk menunjukan UMNO masih wujud..

kah..kah..kah..

nak tengok siapa yang join PATRIOT??

image

melayu ke ni?

asal mana?

baru dapat kad pengenalan ke?

nanti turun mengundi dacing ye?

kah..kah..kah..

rakyat malaysia tidak akan diperbodohkan lagi!!

lihat mereka yang BERSIH

image

image

ini baru rakyat malaysia..mamat PATRIOT 2 orang tu orang mana? hahahaha

dah la pilihanraya pun menipu..turun berdemonstrasi pun nak menipu?

sampai kiamat aku tidak akan izinkan rakyat ditipu oleh UMNO dan BN

tolong pasangkan lagu ni..atok tujukan khas buat rakyat malaysia..peace!

harapan atok kepada anak muda..jangan jadi seperti ini

x sukur

pandai-pandai la nilaikan

Jumaat, 8 Julai 2011

[TERGEMPAR] NASA KESAN PENYOKONG BERSIH 2.0 DI KL!!

image

TERKINI: Ini imej yang dirakam oleh satelit NASA pagi td. Terdapat pergerakan imej yang dipercayai manusia yang bilangannya luar biasa telah menuju ke arah Kuala Lumpur sejak pagi tadi. Menurut NASA imej itu berganda jumlahnya setiap jam dan akan menyebabkan KL ditutupi warna kuning sehingga esok. Yang anehnya terdapat juga setompok kecil imej merah yang menjauhi KL.

sumber : Log In | Facebook

nampaknya rakyat sudah mula memenuhi KL dengan warna kuning..kih..kih..kih.. oppps..jangan tunjuk imej setelit ni kat orang UMNO..nanti diorang akan cakap BERSIH 2.0 ada konspirasi dengan NASA untuk jatuhkan dan malukan kerajaan malaysia pimpinan Najib..kah..kah..kah..

VIDEO : KEMPEN BERSIH 2.0 TERBAIK part2

sebelum ni atok dah bagi satu video bahagian pertama (VIDEO KEMPEN BERSIH 2.0 TERBAIK!! | peTUA KITA semua)..ni video kedua..hihihihi..baik punya..layan la ye

 

ini semua bakal menjadi sejarah!

bersama kita lakarkan sejarah baru esok

SEBARAN UMUM KEPADA PESERTA BERSIH 2.0

image

No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

Semua peserta TAK PERLU pakai KUNING, TAK PERLU pakai LOGO BERSIH dan TAK PERLU pakaian berlogo PARTI. Masuk dengan pakaian bebas.Janji boleh masuk KL.!

tempat berhimpun sebelum berjalan ke dataran merdeka

1. sogo
2. masjid negara
3. kg baru masjid jamek

wajib tengok bagi sesiapa yang bawa kenderaan sendiri ke BERSIH 2.0 : PENUTUPAN / LENCONGAN JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011 | peTUA KITA semua

masa berkumpul dalam pukul 12-1 jika di masjid selepas solat zohor kite jalan menghala ke stadium merdeka.. sebab nak sampai di stadium pukul 2.. Kite serah MEMO bersama2... doakan kejayaan RAKYAT!!

bila dah sampai di tempat berkumpul..tolong ikuti panduan yang telah disediakan..kepada yang xtaw apa panduannya boleh tengok disini: [WAJIB BACA] PANDUAN PENTING SEMASA DEMO BERSIH 2.0 | peTUA KITA semua

Harap Maklum.

P/S : SEBARKAN KEPADA SEMUA!!!

VIDEO KEMPEN BERSIH 2.0 TERBAIK!!

 

video ni patut menang anugerah!

jom bergelak ketawa sebelum berjuang esok..

selamat berjuang wahai anak muda dan pencinta keadilan

PENUTUPAN / LENCONGAN JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Pihak polis akan membuat penutupan / lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam ini (9 Julai 2011).

imageJalan - jalan yang terlibat adalah :-

- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara;

- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara;

- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (9 Julai 2011) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Sumber : IPK Kuala Lumpur

rujuk disini : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) | Facebook

Khamis, 7 Julai 2011

DEKLAMASI SAJAK PELUDAH WARNA–A.SAMAD SAID

nampaknya sasterawan rakyat sudah berani dengan puisinya~

DEKLAMASI SAJAK OLEH A SAMAD SAID

Peludah Warna by A Samad Said

 

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

P/S : jangan lupa UNGGUN BERSIH dari A Samad Said : [TERSENTUH] DEKLAMASI UNGGUN BERSIH DARI A.SAMAD SAID | peTUA KITA semua

VIDEO : IKLAN BERSIH PALING LAWAK DI TV

tengok la..hahahha..iklan paling lawak

nampaknya kerajaan UMNO-BN sudah amat terdesak untuk menggagalkan BERSIH 2.0..bukan saja menggunakan media massa dan media cetak..malah, sekolah pun dipaksa untuk membuat aktiviti wajib pada hari sabtu ini untuk mengelakkan guru-guru dan ibu bapa turut serta dalam perhimpunan aman bersih

tambahan lagi, JPA telah mengeluarkan pekeliling baru yang melarang semua penjawat awam untuk hadir sama dalam perhimpunan tersebut..ini jelas menunjukkan kerajaan sudah mula rasa tergugat untuk mempertahankan pilihanraya yang kotor..sudah jelas pelbagai taktik kotor yang digunakan oleh SPR dan UMNO-BN dalam menentukan survival politik UMNO-BN..kalau benar UMNO menang dengan undi ikhlas dari rakyat, kenapa kerajaan menolak kesemua tuntutan BERSIH 1.0 yang lalu?

kalau nak tahu kenapa kerajaan UMNO-BN menolak BERSIH 2.0.. rujuk disini : BERSIH 2.0 DI STADIUM MERDEKA & ALASAN UMNO TOLAK BERSIH | peTUA KITA semua

MALAYSIAKU BUKAN GAZA

dengar dan hayati~

yang ni atok punye..bukan yg sajak bro isham

KERAJAAN UMNO-BN LEBIH ZALIM DARI YAHUDI?

sejahat-jahat yahudi yang menubuhkan negara haram israel di palestin, askarnya tidak menembak rakyatnya…

secelaka-celaka yahudi yang merampas tanah palestin, dia x rampas tanah "milik" rakyatnya sendiri…

selaknat-laknat yahudi, mereka x rela tanah haram mereka di ambil oleh rakyat palestin..

tapi malaysia? rela menembak rakyatnya yang turun demonstrasi melawan kezaliman..

tapi malaysia? siapa yang membunuh rakyat ketika peristiwa memali berlaku?

tapi malaysia? merampas tanah rakyat sendiri seperti di kg berembang dan kg chu badak..

tapi malaysia? jual tanjung pagar pada singapura semudah-mudahnya..

imageAPA BEZA MALAYSIA dan ISRAEL?

1MALAYSIA itu 1ISRAEL?

ye, benarnya..

1 MALAYSIA bukan 1ISRAEL tapi cipataan APCO dan Yahudi…

kerajaan israel tidak memberikan biasiswa kepada pelajar yahudi?

ye, benarnya..

kerajaan malaysia akan menarik biasiswa mahasiswa yang melawan UMNO-BN

kerajaan israel tidak menyediakan rumah pada rakyatnya?

ye, benarnya..

kerajaan malaysia merampas tanah-tanah orang melayu di kampung berembang dan kg chu badak

kerajaan isreal tidak menyokong demokrasi?

ye, benarnya..

kerajaan malaysia menipu dalam pilihanraya..

GAZA sudah berada didepan mata..

bersama kita lawan zionis-yahudi tempatan!

P/S : siapa nak dengar atok bersajak..turun 9/7 ni untuk BERSIH 2.0 dan cari atok…atok akan bersajak..hihihihi

Rabu, 6 Julai 2011

BERSIH 2.0 DI STADIUM MERDEKA & ALASAN UMNO TOLAK BERSIH

PENGUNGUMAN TERBARU!!

Sebarkan ! Himpunan Aman BERSIH 2.0 akan terus berlangsung setelah temu YDPA di istana negara dgn perarakan berjalan bermula jam 2pm 3 lokasi
1) Masjid Jamek Kg Baru
2) sogo
3) depan Bangunan DBKL.
Kemuncak ke Stadium Merdeka utk serahan 8 tuntutan..

nampaknya dah setuju BERSIH 2.0 di stadium merdeka..

dari malaysiakini

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang. Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

sumber : BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka – Malaysiakini

nampaknya, perhimpunan BERSIH 2.0 adalah perhimpunan yang sah dan di perkenan oleh Agong..pada atok, ini adalah satu tamparan hebat kepada Najib dan kerajaan Malaysia kerana setelah pelbagai wayang kulit dimainkan oleh mereka, namun Agong masih mengiktiraf BERSIH adalah HALAL..maka, tidak wujud soal BERSIH ingin menghapuskan sistem beraja seperti yang didakwa oleh media pro-umno yang menuduh BERSIH adalah agenda komunis..

malah, Agong amat suka kerana ingin melihat demokrasi hidup subur di malaysia walaupun telah berkali ditekan dan ditindas oleh UMNO-BN..walaubagaimanapun, UMNO cuba memburukkan imej BERSIH dengan mengkaitkan BERSIH dengan geng penyangak mata wang, liar, ganas, ingin menjatuhkan kerajaan dan sebagainya..

kalau dilihat pada 8 tuntutan BERSIH, tiada satu pun tuntutan yang berpihak kepada pembangkang mahupun kerajaan..malah, kalau kesemua 8 tuntutan ini terlaksana belum tentu UMNO-BN akan kalah kerana mandat dan undi diberikan oleh rakyat bukannya oleh SPR..

8 TUNTUTAN BERSIH 2.0

Bersihkan senarai undi

    • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
    • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

Mereformasikan undi pos

    • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
    • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
    • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

Gunakan dakwat kekal

    • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

Masa kempen minima 21 hari

    • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
    • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

Akses media yang bebas dan adil

    • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
    • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
    • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

Kukuhkan institusi awam

    • Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya :

    • Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
    • Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
    • Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
    • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
    • Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Hentikan rasuah

    • Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
    • Pembelian undi harus dihentikan!
    • Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

Hentikan politik kotor

    • BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

namun, UMNO-BN tetap menolak perhimpunan BERSIH dan semua tuntutan BERSIH kerana selama ini mereka menipu dalam pilihanraya..ramai tahu bahawa rasuah pilihan raya bermaharaja lela..ramai yang tahu bahawa pengundi hantu itu wujud..namun, tiada satu pun tindakan yang di ambil oleh pihak berwajib atas alasan kemenangan pilihanraya harus diberi keutamaan pada UMNO-BN..

x caya??

jom tengok siapa kaki rasuah semasa pilihanraya dan samseng..ini buktinya..

kita tengok pulak siapa yang suka main politik kotor

siapa yang suka menipu dalam pilihanraya?? siapakah pengundi hantu?? jom kita cek disini

jadi, sudah jelas rasanya kenapa Najib, UMNO-BN dengan terang menolak BERSIH dan tuntutan BERSIH kerana selama ini mereka menipu dalam pilihanraya..atok rasa..video dibawah ni pun dah cukup untuk cucu-cucu semua sokong BERSIH walau x turun bersama-sama dalam himpunan BERSIH 9/7 nanti..

Enter video caption here

Suruhanjaya Pilihanraya x jawab lagi pasal video ni..bila nak respon?? hihihhi

Selasa, 5 Julai 2011

GAMBAR : LAWAK YANG PALING LAWAK

asyik cakap pasal politik je kn? boring jugak..jom release tension dengan tengok dan gelak, tengok dan gelak,tengok dan gelak

image

VIDEO : BAPAK SAMSENG DAN BAPAK RASUAH!

kita tengok siapa yang samseng..hihihi

kita tengok siapa yang kaki rasuah

kih..kih..kih..

p/s : “LIKES” banyak2..hahahaha

AGONG SETUJU BERSIH 2.0 DI STADIUM?

image

dipetik dari malaysiakini

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

sumber: BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium - Malaysiakini

hahahaha..kesian orang UMNO..terpaksa tunduk dengan warna kuning..hihihi..nampaknya, Agong pun sanggup berbincang dengan pertubuhan “HARAM” ni..tapi, atok agak sedih la sebab x dapat nak berpesta air dijalanan tahun ni..hmmm..

yang atok tengah fikir sekarang ni..PERKASA nak berhimpun kat mana..hahaha..puak2 gerombolan dah surrender xnk berdemo dengan alasan patuh pada titah Agong..sebenarnya, xde pun ahli UMNO nak turun demo..kah..kah..kah..setakat bawa budak sekolah berhimpun boleh la, tu pun kene bagi RM10.00

semalam, PERKASA umum nak turun sama mengacau BERSIH 2.0 (rujuk : Perhimpunan: Jika BERSIH buat, PERKASA teruskan – Malaysiakini) ..tapi, puak2 PERKASA ni belum minta izin polis pun lagi..malah, jumpa Agong pun tidak..BERSIH dah dapat perkenan Agong..nampaknya PERKASA bersorak la di stadium merdeka dengan labu-labunya 9/7 nanti..hihihi

dasyatnya, perang psikologi dan tuduhan terhadap BERSIH masih wujud walaupun Agong dah bersetuju dengan BERSIH tentang beberapa perkara dan ini menunjukkan sikap terdesak UMNO dan Najib dalam meraih kepercayaan rakyat setelah Agong bertitah supaya Najib bersikap adil..kih3..

dipetik dari malaysiakini

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Titah baginda: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.

sumber : Iktibar kepemimpinan tulen untuk Najib – Malaysiakini

najibnamun, najib kelihatan amat terdesak apabila memberikan respon yang menjatuhkan maruah dan kepimpinannya sendiri kerana termakan hati dengan teguran Agong

dipetik dari malaysiakini

Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu:

“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah”

Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan semalam adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur BERSIH 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.

sumber : Iktibar kepemimpinan tulen untuk Najib – Malaysiakini

malah, BERSIH terus diburukkan oleh media PRO-UMNO walau Agong bersetuju dengan BERSIH atas beberapa syarat..rakyat terus ditakutkan dan dimomokkan dengan himpunan ini..ini jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak inginkan pilihanraya yang bersih selaras dengan hasrat Agong yang ingin melihat demokrasi sihat hidup subur di malaysia..

atok : setuju sangat la bila Agong pun dah setuju dengan BERSIH..rakyat bukan nak jumpa fru dan najib pun..rakyat nak minta perkenan Agong..harap-harap Agong turut sama hadir di stadium dan memakai baju kuning pada 9/7 nanti..

UMNO dah terdesak gila babi..polis dan fru tengah meroyan sebab x dapat nak lawan rakyat, Agong dah setuju dengan BERSIH..hihihi..baca berita dibawah

x taw la kalau pakai baju BERSIH 2.0 dan baju warna kuning pun kene tangkap sebab Agong dah bagi lampu hijau..kalau polis tangkap jugak INI NEGARA POLIS!!!