Isnin, 1 Ogos 2011

KERAJAAN KELANTAN BERSIH RASUAH

image

Tiada rasuah kaitkan Kerajaan Kelantan

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isu Bazar Tok Guru selain tidak menerima laporan rasuah daripada mana-mana pihak mengenai isu Ladang Rakyat.

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor berkata, pihaknya menjalankan siasatan rapi dan telus terhadap kes terbabit dan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa SPRM tidak melakukan siasatan.

“Saya ingin ulangi kenyataan sebelum ini bahawa tiada elemen ko-rupsi dalam isu Bazar Tok Guru dan kami menyangkal tidak buat kerja berhubung kes ini. Jika ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa kami masuk, tapi setakat ini tidak terima (laporan berasas mengenainya).

“Mengenai isu Ladang Rakyat pula, setakat ini tiada mana-mana pihak yang membuat laporan mengenainya, tetapi kami menjalankan siasatan berdasarkan laporan dalam media dan pemantauan masih dilakukan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM negeri yang baru, Nor Rasmi Shari, disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Putrajaya, Datuk Sutinah Sutan di Bangunan SPRM, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengerusi Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian, bahawa terdapat pegawai SPRM Kelantan lebih berpihak kepada Pas.

Nasaruddin juga menolak dakwaan pertukarannya ke ibu pejabat sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme disebabkan tekanan pihak tertentu.

sumber : SH

komen atok : alahai..kesian dengan UMNO ni..nak tuduh kerajaan Kelantan dengan Rasuah..buat-buat lupa lak, parti UMNO sendiri pernah diharamkan kerana rasuah dan politik wang…

kes PKFZ bila nak selesai? hehehe..xkn nak siasat sampai mati kot seperti kes teoh beng hock dan Sarbani..

kes stadium runtuh di terengganu apa citer? dulu-dulu ada dengar nak suruh SPRM siasat..kot2 ada rasuah sebab amat jarang stadium runtuh..

siasat video ni sekali..hehehe..nampak macam syok je wanita umno bagi-bagi duit tu..

najib pun dah tergigil ni..takot di panggil ke mahkamah Perancis atas dakwaan rasuah kapal selam..hahaha..

SPRM dah selesai siasat kerajaan negeri kelantan kan? lepas ni boleh la siasat Taib mahmud di sarawak dan jangan buat-buat lupa untuk siasat Najib dan kak Mah…hahaha

jangan siasat sampai mati sudah..x sempat nak tengok najib dan kak mah kene hukuman dari SPRM dan Mahkamah..

[WAJIB BACA] KURMA JORDAN RIVER DARI ISRAEL

image

JANGAN BELI KORMA JORDAN RIVER

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.
Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

imageDalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

imageNamun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

artikel penuh : Tukar Tiub: GEROMBOOLAN NAK JADI BARUA ZIONIS

bukan saja kurma berjenama JORDAN RIVER..tetapi beberapa jenama kurma yang lain seperti di dalam gambar dibawah

image

atok bukan apa..sekadar menasihati dan berpesan-pesan kepada semua..memang susah kita nak elak untuk membeli produk israel atau yahudi ni, kerana mereka juga antara pemegang ekonomi dunia terbesar..namun, kita akan meminimakan pembelian barangan dari Israel..semoga Allah memberikan keberkatan kepada kita dibulan ramadhan ini..

p/s : pohon share atau sekadar “LIKES” untuk sebaran di facebook masing-masing supa kita dapat sebarkan kepada kawan-kawan lain yang  tidak tahu..wallahu’alam..

NAKALNYAKU DIBULAN PUASA

image

esok dah nak start puasa..baru je balik tarawih ni..dah lama x tarawih..mula-mula rasa rajin jugak..bila dah hujung-hujung tu, almaklumla..hahaha…sibuk nak beraya..bukan malas..

sebenarnya atok teringin sangat nk hupdate blog malam ni..tapi, xtaw nak tulis pasal pe..atok dah tanya di pesbuk..ada la yang bagi idea..tp, cam x beshh je..suh cite pasal pembaziran di bulan pose n pasal berdating…x mo la..

imagepikir-punye pikir..atok nak citer pasal bulan pose lepas-lepas je..hehehe..nak taw x? masa atok kecik-kecik dulu atok pun pose..masa tu memang sah-sah belum baligh lagi..memang macam-macam yang atok buat time pose ni..penah jugak atok ponteng pose..hahaha..tapi, xde siapa yang taw..hebat x atok? masa kecik dulu, bila amik wudhuk je..mesti minum sikit air paip..hehehe..air paip pun jadi la..asalkan boleh hilang dahaga..

lepas tu..masa bila entah..lupa lak umur bape tahun..tengah hari la, bulan pose..atok pergi amik air oren..atok minum kt belakang langsir…hahaha…terbatal puasa..tp, x kenyang pun..sekadar hilangkan dahaga masa tu…yang pastinya..atok x pernah makan masa puasa..setakat minum air jelah..

tu je yang atok ingat..tu pun masa zaman sekolah rendah lagi..yang lain-lain atok x ingat..tp, lepas atok baligh..atok rasa…atok puasa penuh kot…kih3…