Sabtu, 3 September 2011

KEMERDEKAAN MALAYSIA : FAKTA ATAU AUTA?

selamat hari raya! hehehe
dah lama atok x update blog kn? hari ni atok nak update sikit bersempena dengan ulang tahun penyerahan tanah melayu oleh British kepada pegawai melayu British
antara FAKTA atau AUTA??
image
image
dipetik dari TT : Tukar Tiub: MAT INDERA ANGKAT SENJATA HALAU BRITISH
image
dipetik dari TT : Tukar Tiub: MAT INDERA ANGKAT SENJATA BERJUANG UNTUK MERDEKA
image
persoalan :
adakah yang mempertahankan Rumah pasong bukit kepong itu pejuang? kerana, kalau diteliti semasa tragedi bukit kepong berlaku rumah pasong tersebut milik British dan polis (baca : mata-mata) ini bersumpah taat setia pada raja England bukannya pada Raja Melayu..
pelik bin ajaib untuk mengatakan bahawa polis yang berkhidmat untuk penjajah ini adalah pejuang..adakah UMNO ini penyambung kepada penjajahan British? sebab tu nama UMNO dalam bahasa inggeris..takut nak guna nama melayunya iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar)
kah..kah..kah..
kenapa kita perlu memanggil pertubuhan yang menjaga kepentingan Melayu dengan nama Inggeris iaitu UMNO (United Malay National Organisation).
"Kenapa tidak kita balik kepada nama asal UMNO pada era penubuhannya iaitu Pekembar? Ia ibarat orang Melayu bernama Johan, tetapi kita kini memanggilnya sebagai John? Di mana semangat Melayu?
"Jadi, bagaimana kalau terasnya sudah tidak menampakkan Melayu, kemudian kita mahu perjuangkan tentang hak dan keistimewaan orang Melayu?
dipetik dari : Utusan Malaysia Online – Rencana


Sabtu, 20 Ogos 2011

demiUMku : VIDEO KHAS DEDIKASI UNTUK NC UM

damn2

tiada perkataan yang mampu diucap..sekadar video yang mampu dibuat..

layaaaaaaan…hehehe

P/s : sampaikan link video atau post ini kepada Naib Chansellor UM, Ghauth Jasmon

g7

Rabu, 17 Ogos 2011

[AWEK CUN WAJIB TENGOK] TUTORIAL MAKEUP BERVIDEO.

salam..

pergh…atok terkejut wooo…terjumpa blog pasal makeup perempuan ni..tobat memang kreatif tol..atok x terfikir lak ada orang sanggup buat video tutorial makeup ni..macma-macam ada..

kalau nak jenguk boleh ke sini : zoey zau yah ska-ska hati

ini dia punye header..CUN!

image

dan..video terbaru dia pasal nk kaler-kalerkan mata bagai..hehehe..cuba la..

twink2! cantik x? hehehe

nak kenal siapa dia??

image

ini twitternya : https://twitter.com/#!/zoeyzauyah

ini facebooknya : http://www.facebook.com/zoeyzauyah

dan ini fanpagenya : zoeyzauyah.blogspot.com | Facebook

P/S : jeleznya! nk buat jgk VLOG camni..huhhu..tapi bukan pasal makeup la..hehehe

Isnin, 15 Ogos 2011

YAHOO SEBELUM YAHOO!

salam….

nak taw apa YAHOO sebelum YAHOO? boleh tengok video kat bawah

hahaha…

ini memang super klasik..

tidak diputarkan lagi dizaman anak muda sekarang..

tidak terkenal disaat YAHOO moden sudah femes..

tidak dihalwa telinga dizaman manusia mencari hiburan dengan YAHOO moden..

namun…

YAHOO klasik ini akan terus diputar untuk ditarikan oleh anak muda dahulu..

kerana lagu ini adalah muda dizamannya..

putarkan lagu ini supaya kalian sentiasa muda..

walaupun ianya sekadar YAHOO klasik..

P/S : sementalahan menunggu waktu berbuka, cuba pasangkan lagu ni untuk ayah dan atok cucu semua..pasti diorang akan kata..YAHOO!! cuba la kalau x caya..tengok apa reaksi mereka..

Ahad, 14 Ogos 2011

CHEERS : SETUJU ATAU TIDAK?

salam….

isu best ni..atok nak tanya sikit..universiti atau kolej mana yang ada buat cheers dan menari bagai masa minggu orientasi dah haluan sisiwa? cer komen sikit kat bawah nanti..atok nak tengok..

contoh CHEERS DI UM

al kisah sebermula bulan purnama, tersebutlah kisah…atok nak straight to the point..x ada niat nak malukan universiti atau bangsa serta negara..sebab ni soal agama..bukan boleh buat main-main..betoi x? kalau ada orang nk kondem atau nak marah…atok kasi peluang kt ruangan komen dibawah..cucu-cucu boleh la komen puas-puas..tapi, sekarang ni ruang untuk atok bermadah kata..baca je!

masa atok mula-mula masuk UM adalah di zaman asasi..pergh! masa dapat surat tawaran tu bukan main happy..klaau boleh, rasa nak melompat sampai tinggi ke cucur atap..memang dah mengidam sangat nak masuk UM ni..orang kata ni universiti terbaik di malaysia..xtaw la terbaik dari segi apa..huhuhu..

bila dah masuk..hurmmm..boleh tahan..besar gak universiti ni..xdelah macam universiti yang berselerak dicelah bangunan kedai sekitar bandar KL (maksud atok universiti swasta)..minggu pertama, MINGGU HALUAN SISWA..tup2 masuk..atok dah diajar tuk menari (baca : CHEERS)..pergh! malu beb..x pernah atok buat benda camni..tegelek-gelek depan pompuan..tobat atok malu..

tapi, kadang-kadang..bila tengok awek-awek berbaju ketat dan sendat menggoyangkan pinggulnya demi cheers buat hati atok meracau(pendedahan ekslusif)…hahaha…memang “hot” la masa buat cheers tu sebab main campur je laki dan pompuan..lepas tu jerit-jerit dan gelek-gelek..sumpah atok x tipu yang mata lelaki ni asyik menari-nari di tubuh perempuan..BEST! (hati terdetik)

masa tu memang dah lupa kot pasal nak jadi manusia berguna bila masuk universiti (pesanan yang selalu kedengaran dari ibubapa)..siapa yang x lupa cer bagitaw…kah..kah..kah..jangan nak tipu atok..lepas tu..bila dah habis asasi…masuk degree pulak..still kene buat benda yang sama..

soo, sepanjang 2 kali atok buat tarian gedik (baca : CHEERS) ni..dah banyak kopmplen yang atok terima dari member-member..cuma kami terpaksa follow sebab kami JUNIOR! kalau x buat nanti kene buat atas pentas sorang-sorang..lagi la F#&K! damn! malah, masa minggu haluan siswa asasi hari tu..ada student APIDS yang “ponteng” minggu haluan siswa kerana xnk buat cheers..tapi, ponteng dengan cara terhormat la..buat-buat demam! hahaha…ye la..mana taknya…atok tengok pun kesian kat student APIDS perempuan..dengan sifat pemalu yang feminin tu disamping tudung labuh dan jubah, dipaksa pulak untuk menari..

sekarang ni kecoh pasal page di facebook yang membantah budaya CHEERS masa minggu haluansiswa di UM..jujurnya atok setuju dengan page tu..dah lama sebenarnya student complain..tapi, macam atok cakap tadi la..KAMI JUNIOR! TERPAKSA IKUT! (masa zaman tersebut la)..

lantak la apa alasan yang student lain nak bagi..memupuk perpaduan melalui cheers la..nak upkan keyakinan diri la..apa ntah lagi..atok x amik port langsung..yang atok taw, Minggu Haluan Siswa di UM pada zaman dulu x begini..kalau nak taw camne minggu haluan siswa di UM dulu boleh tengok video dibawah

Student Power - Fahmi Reza (Ops Bilang 2010 pt 1) from seluanpegak on Vimeo.

part 2 boleh kesini : Student Power - Fahmi Reza (Ops Bilang 2010 pt 2) on Vimeo

kesimpulannya atok x setuju dengan cheers yang dah bercampur aduk dengan hedonisme serta ada percampuaran antara lelaki dan perempuan (walaupun nafsu kata nak)..tak ada alternatif lain ke? jom pakat-pakat brainstorming kat bawah ni..hehehe

p/s : buat CHEERS ni boleh kasi up ranking universiti x? kalau boleh up…mungkin atok akan sokong kooooot….

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

dipetik dari page Kami Bantah Budaya 'cheers' di Minggu Haluansiswa UM | Facebook

image

pesanan dari pihak penaja

image

opsss…satu lagi..ada orang marah..sebab page ni dah memalukan UM dan semua orang tahu..komen atok, memang group ni dibuat untuk hebahan pada orang ramai pun bahawasanya UM ni ada benda “stim” camni..kalau korang sendiri rasa malu..itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa CHEERS INI SALAH! tol x? satu lagi…elok kalau benda ni masuk lam paper n news…hahaha..kasi gempak sikit..baru ranking universiti boleh naik..

image

“BERSAHUR” DIRANJANG

dipetik dari mymetro

image

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.

Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.

sumber : myMetro‘Bersahur’ di ranjang

kih..kih..kih..ini memang terbaik punya..ada ke patut..orang lain tengah syok duk tarawih dan tahajud malam-malam, ada jugak yang tengah khusyuk layan nafsu..haish..bulan yang tak ada setan pun dah macam ni..kalau ada setan macam mana agaknya?

insaf-insaf la…sebolehnya tutuplah tempat-tempat maksiat tu sempena bulan ramadhan ni..kalau tak mampu tutup pun..haramkan kepada yang muslim..tapi, masalahnya orang muslim la yang ramai..hahahaha..macam mana nak niaga kalau melayu tak datang kan?

hurmmm…

siang berpuasa..malam mentekedarah…agak-agak dapat pahala dan dosa sama banyak x? hehehehe

GAMBAR YUYU ZULAIKHA DISABOTAJ

ingat lagi pada yuyu zulaikha yang atok pernah citer banyak kali dalam blog suatu ketika dulu? orangnya kecik comel memikat hati..huhuhuhu…kepada sesiapa yang belum kenal boleh ke blognya di http://kupukupukecik.blogspot.com/

image

dan..ingat lagi tak entry atok yang pernah menggemparkan tanah air pasal curi gambar awek-awek cun di pesbuk?? kalau dah lupa-lupa ingat boleh ke sini : [WAJIB BACA!!] FACEBOOK : Pengumpul Gambar Awek Bertudung ~ Petua Kita Semua …kat situ atok penah citer pasal sekumpulan manusia yang tak bertanggungjawab mancurik pic gadis-gadis yang cun sebagai santapan mata…atok pun penah tengok jugak..kui3..tapi, tu cerita lama..

ini ada cerita baru..kali ini menggunakan taktik yang sama, cuma tujuan yang berbeza..si fulan ni akan amik gambar sesiapa saja yang dia suka dan buat FAKE FB PROFILE!! sebelum ni atok selalu je tengok fake fb profile..tapi semuanya guna pic pemimpin dan orang yang atok tak kenal..kali ni atok terkejut..

WTF!! YUYU pun kene?? hah! mesti cucu tak cayakan? nah atok sertakan buktinya..

image

si Princess Rara ni guna pic yuyu!! arghhh..atok tak dapat nak terima..atok yakin tu bukan keje yuyu..

image

memang banyak dan aktif si Rara ni

image

damn!! ingatkan satu dua keping je gambar yuyu yang dia cilok..berlambak beb!

imageimage

amacam?? 18 gambar yang dia curik!! sesiapa yang nak kenal si Princess Rara ni boleh ke sini : http://www.facebook.com/profile.php?id=100002602735709

pesanan atok : tolong jaga pic cucu sume..especially perempuan..sebab dah banyak orang yang kene sabotaj diluar sana..diorang akan guna pic kita dan buat fake fb profile lalu komen dan kata yang bukan-bukan..bukan apa..takut nanti family atau kawan kita tengok macam mana? malu sakan tu dah satu hal..satu hal lagi, mesti ada yang pandang serong kalau diorang tak tahu benda sebenar..

satu lagi..kalau boleh tolong la privatekan gambar-gambar tu..sekarang macam-macam boleh jadi..jangan terkejut kalau muka cucu tapi body model pakaian dalam…mula la orang kata kita ni pelakon lucah..bukan apa..sekadar mengingati..

soo, WATCH OUT plissss…..

p/s : tolong LIKES untuk sebaran di facebook bagi memperingati sesama mulim dan muslimat supaya kita terhindar dari perkara khianat seperti ini..insyaAllah

p/s : lupa lak nak bagi taw..sesiapa yang kenal yuyu zulaikha atau ada fb dia..boleh tolong bgtaw dia x? ataupun kasi je entry atok ni kt dia..cakap kat dia..atok dah cuba nak hantar mesej di pesbuk..tapi, x dapat..huh!

BEZA ANTARA RUSUHAN DI LONDON DAN PERHIMPUNAN AMAN BERSIH

imageimage

Salam..mungkin buat masa sekarang..mereka yang anti perhimpunan aman Bersih akan menggunakan dalil rusuhan di london untuk mengharamkan tindakan rakyat yang turun ke jalanraya bagi menyokong 8 tuntutan Bersih 2.0..

namun, jauh bezanya..hehehe..buat sesiapa yang ingin berhujah dengan mereka yang anti Bersih ni..boleh menggunakan hujah dibawah sebagai sokongan..

* Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound;

* Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong BERSIH 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota;

* Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas;

* Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin;

* Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail” untuk mencederakan orang awam;

* Di KL, penyokong BERSIH 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata;

* Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis;

* Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta BERSIH 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu.

* Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari.

* Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.

P/S : demonstrasi patriot pun lagi merbahaya dari rusuhan dilondon..sebab menggunakan kepakaran dari luar negara untuk melawan Bersih..mana ketuanan melayu hishamuddin keris?

image

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

P/S : tolong SHARE dekat mamat dan minah UMNO, PERKASA, PESILAT WHEELCHAIR

Sabtu, 13 Ogos 2011

[HOT] NAJIB DIPAKSA LETAK JAWATAN OLEH PEMIMPIN UMNO

salam..

desas desus bahawa najib akan dipaksa letak jawatan oleh pemimpin umno dah lama kedengaran..malah, semenjak dua tahun pertama najib memerintah malaysia..sudah ada kedengaran suara sumbang dari umno sendiri untuk menggesa najib razak berundur sebagai perdana menteri malaysia atas sebab tertentu..

paling jelas apabila muhyidin cuba merampas takhta PM dari najib dengan senyap apabila mengumpul 100 ahli parlimen BN baru-baru ini..malah, kali ini nampaknya muhyidin boleh tidur dengan lena dan aman damai sekali kerana beberapa pemimpin umno sudah mula mengkhianati akidah 1MALAYSIA najib secara terang-terangan..najib yang amat terkenal dengan 1MALAYSIA  nya kini dalam keadaan bingung dan tercabar dengan pelbagai isu yang tidak mampu dijawab oleh beliau antaranya kes rasuah kapal selam, kes BERSIH 2.0, masalah ketirisan wang rakyat dan dibebani dengan sikap isterinya yang boros.

tidak keterlaluan untuk melabel najib sebagai liabiliti kepada survival UMNO dan BN pada PRU-13..video dibawah sudah cukup untuk menjadi bukti bahawa ada komplot dibelakang najib yang cuba menjatuhkan akidah 1MALAYSIAnya yang bertunjangkan kepada PERPADUAN KAUM..

dua-tiga kerat pelompat dari Keadilan kepada Bebas dan UMNO (video : Ezam lancar perang jihad keatas penganut kristian) yang dibanggakan oleh penyokong gerombolan sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka adalah politikus yang rasis..sanggup menggadaikan keamanan negara dengan melancarkan perang jihad terhadap bukan Islam tanpa usul periksa..

VIDEO : EZAM LANCAR PERANG JIHAD TERHADAP PENGANUT KRISTIAN

kenapa pihak mereka dan UMNO tidak menuntut penjelasan daripada gereja dan JAIS? sedangkan itu yang dianjurkan dalam islam..semasa nabi membuka kota mekah sekalipun, bukannya nabi terus lancarkan perang jihad..nabi berunding dan berbincang dulu dengan kebilah-kabilah di kota mekah..

malah, dengan cara yang UMNO & PERKASA tunjukkan ini…seolah-olah menggambarkan Islam ini agama yang kejam dan tiada tolak ansur..sedangkan mereka yang murtad terlebih dahulu dinasihati dan jika sifulan tersebut tetap ingkar atas nasihat untuk kembali kepada islam, barulah dia boleh dibunuh..

pada atok, ini adalah cara UMNO mengalihkan pandangan rakyat malaysia keatas isu yang dibawa dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0 dan juga isu rasuah kapal selam akan akan dibuka di mahkamah perancis pada bulan 9 nanti..kalau benar UMNO ingin menegakkan islam, kenapa najib razak meluluskan judi bola sepak? boleh tolong jawab?

P/S : nampaknya Rosmah kene ceraikan najib dan kawin dengan muhyidin cepat-cepat..nanti hilang takhta First Lady tu..kalau dengar cerita rosmah fail cerai terhadap najib..maknanya…jeng..jeng..jeng..ini konspirasi terhebat! hahahaha

UMNO DAH TAK LAKU??

image

gambar ini dipetik dari Isu gereja: Ezam ugut 'bakar' Malaysiakini – Malaysiakini

atok mula-mula tak perasan bila pertama kali tengok gambar ni..bila tengok dua tiga kali, baru atok perasan..atok tengah pelik ni..apa yang atok pelik??

atok pelik, yang ramai sokong tindakan JAIS ni adalah pemimpin UMNO dan mereka yang Pro-UMNO..yang peliknya, dalam gambar ni kenapa ada guna lambang PAS? sedangkan Pas masih lagi belum mengeluarkan kata putus tentang isu gereja ni sehingga berjumpa dengan pihak JAIS dan gereja “face to face” pada 15.8.2011 nanti.

yang tambah peliknya, sejak bila UMNO pandai cakap bab hudud ni? setahu atok..sebelum ni, Presiden Pas dah banyak kali usulkan agar rang undang-undang murtad dan hudud dibahaskan di parlimen..tapi, tak pernah diterima..

imagepadahal, masa PM luluskan lesen judi bola dan si Kak Mah ke Islamic Fesyen Festival yang berbulu mata atok tengok hari tu..xde la pulak puak-puak umno ni pergi berdemo kalau benar nak tegakkan islam dan hukum hudud..sedangkan ianya sudah terang bertentangan dengan islam..

yang atok makin hairan..adakah Islam bagi umno hanyalah diharamkan murtad kerana dalam perlembagaan malaysia termaktub bahawa melayu mesti islam walaupun mentekedarah arak dan berjudi tiap malam? kalau orang melayu murtad..hilang ke status melayu dan bumiputra tu? maka, berkecil hatilah hang tuah kerana melayu makin hilang didunia..

kah..kah..kah..

P/S : kesian UMNO..ahli UMNO nak guna lambang UMNO pun malu..sanggup guna lambang Pas…

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

Jumaat, 12 Ogos 2011

31 OGOS TIDAK BERMAKNA BAGI RAKYAT MALAYSIA?

Sambutan kemerdekaan tahun ini mungkin bersekali dengan 1 Syawal..mungkkin sambutan hari kemerdekaan pada kali ini amatlah dan palinglah hambar kerana umat manusia di malaysia dalam mood raya..

bagi atok..dah lama atok tidak ada mood untuk sambut hari kemerdekaan pada setiap kali 31 Ogos setiap tahun kerana kita telah ditipu oleh gerombolan..masa atok masih sekolah rendah, hari kemerdekaan adalah hari yang paling atok tunggu kerana nak tengok perarakan kereta berhias dan tentera…itu saja pengertian kemerdekaan bagi atok..

selepas meniti umur 12 tahun, atok telah terbaca tentang perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air..menarik! ada macam-macam jenis perjuangan dan penentangan..masa itu, atok masih tidak mampu untuk mentakrifkan apa yang atok baca..yang atok tahu..ianya amat menarik…

di zaman sekolah menengah..atok mula memberi tafsiran kepada apa yang atok baca..dari situ, atok mula ragui tentang sejarah tanah melayu dan malaysia dari buku teks sekolah..banyak bezanya dengan apa yang atok menelaah selama ini..yang atok pelajari, hanya UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan..betul ke?

huh! dengan kemajuan internet..atok cuba menelaah lebih lagi..nampaknya makin menarik..banyak persoalan mula timbul dan atok cuba cari jawapannya..antaranya

  • siapa itu AWAS, API, KMM, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Al –Helmy, Abdullah CD dan beberapa pemimpin serta persatuan/kesatuan yang lain?
  • apa kaitan mereka dengan perjuangan menuntut kemerdekaan?
  • komunis pun turut sama meperjuangkan tanah melayu dari British?

persoalan tentang perjuangan rakyat sebelum merdeka banyak bermain difikiran atok..selepas merdeka..persoalan lain pula timbul

  • kenapa irama lagu Negaraku dan Mamula Moon sama? adakah lagu negeraku ini hasil ciplak?
  • kenapa bendera Malaysia semacam bendera Amerika je..huh!
  • apa jadi dengan bendera sang saka? (siapa x tahu tolong GOOGLE) kenapa x guna sebagai bendera malaysia?

sementara berfikir tentang soalan-soalan tu..mari sejenak kita bergumbira dengan lagu mamula moon

atok biarkan persoalan itu menari-manari buat cucu yang membaca entry ni…kalau sesiapa yang ada jawapan tentang persoalan diatas..boleh komen..atok amat hargai setiap komen tu..

HAPUSKAN SIKAP HARAP JALUR GEMILANG PERCUMA – utusan meloya

JOHOR BAHRU 11 Ogos - Masyarakat berbilang kaum di negeri ini tidak seharusnya mengharapkan pemberian Jalur Gemilang secara percuma setiap kali menjelang sambutan Hari Kemerdekaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan Negeri, Md. Jais Sarday berkata, mentaliti subsidi seperti itu harus dihapuskan kerana Jalur Gemilang hanya wajar diberikan percuma kepada mereka yang tidak mampu untuk membelinya.

"Sehingga hari ini masih ramai tidak mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis, pejabat dan kenderaan walaupun berada dalam bulan kemerdekaan. Diharap semangat patriotisme diterjemahkan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Apalah harga satu bendera dibanding nilai kemerdekaan yang tidak ternilai ini.

P/S : siapa nak bagi bendera free tahun ni? atok nak pasang kat rumah…

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

kah..kah..kah..

Khamis, 11 Ogos 2011

[HOT] URL BLOG ANDA BOLEH MENJADI URL LAMANWEB BIBLE DAN YAHUDI

image

salam…

mesti ramai yang terkejutkan bila terbaca tajuk entry atok kali ni..ini bukan penipuan mahupun propaganda dari atok bersempena kes JAIS yang menyerbu gereja baru-baru ini..

ini adalah kes benar..percaya x yang url blog dan lamanweb cucu-cucu boleh menjadi url laman web mengenai agama kristian dan Bible?

x percaya? cuba try..

  1. buka blog masing-masing
  2. bagi yang menggunakan domain blogspot, buangkan huruf ‘s’ dah buka laman ke url tersebut..
  3. bagi sesiapa yang tidak menggunakan domain blogspot..boleh menambah perkataan ‘blogpot’ sebelum ‘.com’
  4. tengok, laman web apa yang keluar..

selamat berkongsi dengan kawan-kawan..

mungkin ini adalah salah satu keajaiban dunia terbaru yang kedua selepas entry ini : 1 DARI 7 KEAJAIBAN DUNIA YANG BARU ~ Petua Kita Semua

atau..adakah ini cara yang mudah untuk menyesatkan umat manusia??

P/S : LIKES dan SHARE untuk sebarkan pada member-member di Facebook

GELAGAT MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN

image

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

imageManusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

imageSekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.

P/S : cara sebar paling mudah..LIKES LIKES LIKES….hehehe

Ahad, 7 Ogos 2011

1 DARI 7 KEAJAIBAN DUNIA YANG BARU

keajaiban tersebut ialah…….

image

apa yang ajaibnya?? buka GOOGLE TRANSLATE

lepas tu, pilih untuk menterjemah dari ENGLISH kepada MALAY

copy ayat dibawah

Do not snatch philippines money
The people of bangladesh are angry
pakistani people hate national row

jangan gelak kuat sangat..nanti terbatal puasa…kah..kah..kah..

Jumaat, 5 Ogos 2011

FATWA BARU WAJIB DIKELUARKAN UNTUK ISU INI!!

apa isunya?? tengok gambar dibawah dan fikirkan..

image

lepas tu gambar ni pulak

image

soalan untuk mufti dan ulama UMNO : APAKAH HUKUM KALAU MENIPU ORANG RAMAI SEMASA PILIHANRAYA???

ada sesiapa boleh contact hamba Allah ni x?

imageimage

sesiapa yang rajin boleh emailkan post ni kepada pengerusi jawatankuasa Fatwa kebangsaan, Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj Husin..kalau amat rajin..boleh pukul no telefon pejabat dia..

kah..kah..kah…

macam mana sebijik LEMBAGA yang usia hampir mencapai 100 tahun boleh mengundi dan disahkan walaupun lembaga ini tidak mempunyai kad pengenalan jika disemak di laman web Jabatan Pendaftaran Negara??

P/S :atok dah jumpa gambar pengundi hantu ni..dah terjumpa semalam ( [TERGEMPAR] HANTU MUNCUL DI GOOGLE MAPS!! | peTUA KITA semua ) siapa jumpa hubungi atok melalui pesbuk..atok akan bagi ganjaran yang lumayan..

X PERCAYA?? jom check

No IC : 111231325542

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DARI SPR : http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

SEMAKAN STATUS MYKAD : http://www.jpn.gov.my/semakic/

kalau x percaya lagi boleh hantuk kepala kat dinding sekarang..

ESOK(sabtu)  BERSAMA BERKUNINGAN~ hahahaha…

jom tengok video lawak komplot SPR,UMNO, ATM

image

Khamis, 4 Ogos 2011

[TERGEMPAR] HANTU MUNCUL DI GOOGLE MAPS!!

atok terbaca entry dari kawan atok di blognya iaitu Dunia Seorang Remaja pasal Pendedahan Sensasi - Imej Pelik Di Google Maps | Dunia Seorang Remaja

atok cuba la cari..mula-mula cari memang x jumpa..lama lepas tu atok TERJUMPA!! huhuhu..agak menyeramkan walaupun disiang hari pada bulan ramadhan lak tu..kalau malam-malam..tobat x tidur sorang-sorang..hehehe..nak tengok gambar tu? atok dah printscreen dari google maps

image

image

image

apakah ini?? adakah Ayah Pin dari kerajaan langit? atau makhluk halus yang bertebaran diudara? atau………

masih misteri..

nak cari sendiri?? caranya

  1. Buka Google Maps ( Maps.google.com )
  2. Search 47.110579,9.227568 <<copy and paste kt search..
  3. Cari panah warna hijau, trus klik 'street view' 
  4. Tekan gambar ke arah atas dan tekan kiri dan tengok apa yang ada kat langit...

CARA KEMBALIKAN CHATBOX FB YANG DULU

image

image

 

sesiapa rasa menyampah bila FACEBOOK tukar chat tu??? atok memang geram sangat-sangat la sebab x dapat tengok berapa orang yang online..lepas tu x boleh pulak cari kawan-kawan yang tengah online..arghhh! tension gak..

hari ni atok nak share benda best! hehehe..sapa-sapa yang nak tukar chat tu, dari yang baru ke yang lama boleh klik pada link dibawah..atok buat kejap je..x caya tengok la waktu tu pada gambar yang atok print screen tu..dalam 1 minit je..simple..

sedihnya…untuk internet explorer xde..

sapa yang nak ke caht yang lama..boleh tukar sekarang!!

p/s : jangan lupa “LIKES” dan “SHARE” kt kawan-kawan..hehehe

Selasa, 2 Ogos 2011

PELAJAR UIA MENINGGAL DUNIA DI ASRAMA

dipetik dari berita harian online

Pelajar UIA ditemui mati dalam bilik asrama

imageKUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang mengikuti jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ditemui mati di dalam bilik asramanya di Blok D, Kolej Bilal, tengah hari semalam.
Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, seorang warga negara Guinea, ditemui penyelia asramanya selepas dimaklumkan penuntut lain mengenai bau busuk yang datang dari bilik mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejak seminggu lalu, tetapi mayatnya hanya ditemui tengah hari semalam.

“Tiada sebarang unsur pecah masuk mahupun unsur pergelutan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan mangsa mati disebabkan penyakit,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, Mamadou pernah menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital berhampiran bagi penyakit sawan yang dihidapinya sejak kecil.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

sumber : Berita Harian Online | Pelajar UIA ditemui mati dalam bilik asrama

bahaya jugak ye..ni mesti kes duduk sorang-sorang dalam bilik..kene sawan lepas tu xde sapa yang tengok..bilik pulak berkunci..alamat temui mayat jelah..itu lah, kalau boleh jangan la duduk satu bilik seorang..kalau nak duduk satu bilik seorang pun, suruh la kawan-kawan datang jenguk..lagi satu, xkn la kawan dia x datang tengok..huhuhu..

Isnin, 1 Ogos 2011

KERAJAAN KELANTAN BERSIH RASUAH

image

Tiada rasuah kaitkan Kerajaan Kelantan

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isu Bazar Tok Guru selain tidak menerima laporan rasuah daripada mana-mana pihak mengenai isu Ladang Rakyat.

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor berkata, pihaknya menjalankan siasatan rapi dan telus terhadap kes terbabit dan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa SPRM tidak melakukan siasatan.

“Saya ingin ulangi kenyataan sebelum ini bahawa tiada elemen ko-rupsi dalam isu Bazar Tok Guru dan kami menyangkal tidak buat kerja berhubung kes ini. Jika ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa kami masuk, tapi setakat ini tidak terima (laporan berasas mengenainya).

“Mengenai isu Ladang Rakyat pula, setakat ini tiada mana-mana pihak yang membuat laporan mengenainya, tetapi kami menjalankan siasatan berdasarkan laporan dalam media dan pemantauan masih dilakukan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM negeri yang baru, Nor Rasmi Shari, disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Putrajaya, Datuk Sutinah Sutan di Bangunan SPRM, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengerusi Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian, bahawa terdapat pegawai SPRM Kelantan lebih berpihak kepada Pas.

Nasaruddin juga menolak dakwaan pertukarannya ke ibu pejabat sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme disebabkan tekanan pihak tertentu.

sumber : SH

komen atok : alahai..kesian dengan UMNO ni..nak tuduh kerajaan Kelantan dengan Rasuah..buat-buat lupa lak, parti UMNO sendiri pernah diharamkan kerana rasuah dan politik wang…

kes PKFZ bila nak selesai? hehehe..xkn nak siasat sampai mati kot seperti kes teoh beng hock dan Sarbani..

kes stadium runtuh di terengganu apa citer? dulu-dulu ada dengar nak suruh SPRM siasat..kot2 ada rasuah sebab amat jarang stadium runtuh..

siasat video ni sekali..hehehe..nampak macam syok je wanita umno bagi-bagi duit tu..

najib pun dah tergigil ni..takot di panggil ke mahkamah Perancis atas dakwaan rasuah kapal selam..hahaha..

SPRM dah selesai siasat kerajaan negeri kelantan kan? lepas ni boleh la siasat Taib mahmud di sarawak dan jangan buat-buat lupa untuk siasat Najib dan kak Mah…hahaha

jangan siasat sampai mati sudah..x sempat nak tengok najib dan kak mah kene hukuman dari SPRM dan Mahkamah..

[WAJIB BACA] KURMA JORDAN RIVER DARI ISRAEL

image

JANGAN BELI KORMA JORDAN RIVER

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.
Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

imageDalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

imageNamun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

artikel penuh : Tukar Tiub: GEROMBOOLAN NAK JADI BARUA ZIONIS

bukan saja kurma berjenama JORDAN RIVER..tetapi beberapa jenama kurma yang lain seperti di dalam gambar dibawah

image

atok bukan apa..sekadar menasihati dan berpesan-pesan kepada semua..memang susah kita nak elak untuk membeli produk israel atau yahudi ni, kerana mereka juga antara pemegang ekonomi dunia terbesar..namun, kita akan meminimakan pembelian barangan dari Israel..semoga Allah memberikan keberkatan kepada kita dibulan ramadhan ini..

p/s : pohon share atau sekadar “LIKES” untuk sebaran di facebook masing-masing supa kita dapat sebarkan kepada kawan-kawan lain yang  tidak tahu..wallahu’alam..

NAKALNYAKU DIBULAN PUASA

image

esok dah nak start puasa..baru je balik tarawih ni..dah lama x tarawih..mula-mula rasa rajin jugak..bila dah hujung-hujung tu, almaklumla..hahaha…sibuk nak beraya..bukan malas..

sebenarnya atok teringin sangat nk hupdate blog malam ni..tapi, xtaw nak tulis pasal pe..atok dah tanya di pesbuk..ada la yang bagi idea..tp, cam x beshh je..suh cite pasal pembaziran di bulan pose n pasal berdating…x mo la..

imagepikir-punye pikir..atok nak citer pasal bulan pose lepas-lepas je..hehehe..nak taw x? masa atok kecik-kecik dulu atok pun pose..masa tu memang sah-sah belum baligh lagi..memang macam-macam yang atok buat time pose ni..penah jugak atok ponteng pose..hahaha..tapi, xde siapa yang taw..hebat x atok? masa kecik dulu, bila amik wudhuk je..mesti minum sikit air paip..hehehe..air paip pun jadi la..asalkan boleh hilang dahaga..

lepas tu..masa bila entah..lupa lak umur bape tahun..tengah hari la, bulan pose..atok pergi amik air oren..atok minum kt belakang langsir…hahaha…terbatal puasa..tp, x kenyang pun..sekadar hilangkan dahaga masa tu…yang pastinya..atok x pernah makan masa puasa..setakat minum air jelah..

tu je yang atok ingat..tu pun masa zaman sekolah rendah lagi..yang lain-lain atok x ingat..tp, lepas atok baligh..atok rasa…atok puasa penuh kot…kih3…

Ahad, 31 Julai 2011

[GAMBAR] CANTIKNYA ROSMAH BERTUDUNG LABUH

atok rasa tenang sangat bila tengok kak mah, isteri PM, Najib Razak bertudung litup..

image

cun jugak Rosmah bila bertudung ni..hehehe..hilang habis rambut tebal dia..hairan atok..camne dia boleh sorokkan rambut dia tu..hehehe..sebelum ni, atok tengok macam x boleh nak tutup..tapi, berkat melawat baitullah di Mekah, Alhamdulillah, kak mah berjaya jugak tutup aurat dia semasa tawaf di kaabah..semoga Allah memberikan hidayah kepada kak mah untuk terus menutup aurat dengan sempurna..

KOLEKSI RAKAMAN CCTV, KEMALANGAN JALANRAYA

salam..atok terjumpa satu video rakaman cctv kemalangan jalanraya..atok x pasti dimana..tapi, ditengokkan pada tulisan..mungkin jepun, china atau korea..

pesanan ikhlas dari atok : hati-hati dijalan raya

 

Sabtu, 30 Julai 2011

PETUA PASANG KOMEN FACEBOOK DI SETIAP ENTRY DI BLOGSPOT

mesti ramai yang nak taw camne caranya atok buat komen facebook di blogkn? atok pun baru je tahu cara pasang komen faceboook di setiap entry di blogspot ni..atok tanye blooger “Demo lanie”..Alhamdulillah dia x kedekut ilmu..

ada beberapa step je…follow ye

  1. mula-mula…kene buat entry dulu..siapkan entry tersebut dan publish
  2. bila dah publish entry tu..copy dia punye link..contohnya : http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/07/testing-123.html
  3. lepas tu buka link ni : http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/comments/
  4. maka, cucu akan nampak satu kotak iaitu kotak ni
    • image
  5. letakkan link entry tu diruangan “URL to comment on”
  6. tentukan bilangan komen yang nk ditunjukkan di blog pada “ Number of posts”..kalau x faha boleh tekan pada lambang tanda soal tu
  7. bila dah siap semuanya, tekan butang “ Get Code”
  8. maka, akan keluar la kod tersebut..copy kod tu..
  9. edit balik post yang dah publish td..tekan pada edit HTML dan letakkan kod tu diruang paling bawah entry..lepas tu Publish balik..
  10. SIAP!
  11. awas..step ini perlu diulang-ulang bagi setiap entry..paham? bukannya buat sekali, sampai bila-bila benda ni akan keluar di setiap entry..
  12. tapi, bila cucu publish tapi x keluar jugak..cucu bagitaw atok…komen la di entry ni...atok akan ajarkan caranya dientry berikutnya..

ASHRAF GAGAL TUKAR NAMA PEREMPUAN MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.

Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.

berita penuh : Ashraf gagal tukar nama jadi wanita meninggal dunia - The Malaysian Insider

semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah..sama-sama kita doakan agar dosa arwah diampunkan kerana Allah maha pengampun lagi maha pengasihani…Al-Fatihah

Jumaat, 29 Julai 2011

SISTEM BIOMETRIK, SIAPA ORTODOKS?

Dipetik dari UMNO ONLINE

Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas

KUALA LUMPUR, 26 Julai  - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.

berita penuh : UMNO Online - Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas

Kenapa Pas tolak sistem biometrik? dengar jawapan husam musa

 

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. 

berita penuh : Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

lebih baik dituduh ortodok daripada jadi penipu…hahaha

10 KERETA YANG BERBALOI UNTUK DITUNGGU PELANCARAN

atok jumpa senarai 10 kereta yang berbaloi ditunggu untuk dilancarkan dan dijual…atok petik berita ni dari yahoo..10 kereta tersebut ialah

  1. BMW i3 Electric City Car (Early 2013)
    • image
  2. Chevrolet Camaro ZL1 (January 2012)
    • image
  3. Chevrolet Corvette C7 (Late 2012)
    • image
  4. Ford Fiesta ST (Fall 2012)
    • image
  5. Hyundai Veloster (November 2011)
    • image
  6. Mini Paceman (April 2012)
    • image
  7. Mitsubishi Evo XI (February 2012)
    • image
  8. Toyota/Subaru FT-86 Sports Car (December 2011)
    • image
  9. Toyota Prius C (March 2012)
    • image
  10. Volkswagen Golf R (Early 2012)
    • image

sesiapa  yang nak taw tenang kereta ni dengan lebih lanjut boleh ke sini : 10 New Cars That Are Worth Waiting For - Yahoo! Autos