
1. Cinta itu KOMITMEN. Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
 Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab  pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah  sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami  yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang  afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi  mahabbah, mawaddah dan sakinah 
 2. Cinta itu intuitive: NALURI.
 Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”.  Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang  yang kita sayang.
 Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak  disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa  bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada  anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang  baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?
 3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
 Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa  kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi  dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang  lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan  suci.
 4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
 Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling  mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu.  Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di  puncak kehidupan.
 5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
 Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri  sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini.  Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita  sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
 Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan  yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna.
P/S : aku x pasti la macam mana aku bercinta..hihihi..ni belom cinta selepas kahwin lg..hurmm..cmne ye atok?