Isnin, 20 Jun 2011

AF LAKNATULLAH DIHARAMKAN DAN HUKUM PEREMPUAN MENYANYI

kenal ustaz azhar idrus? siapa x kenal memang satu kerugian yang amat besar la..antara penceramah agama paling best dan paling atok suka..hujah dan dalil serta contoh yang beliau gunakan amat rasional dan senang untuk difahami..

atok saja nak berkongsi pasal AF dan hukum menyanyi bagi perempuan untuk sekadar menasihati dan mengingati sesama muslim..

 

peace~ hihihihi

sekali sekala kene jugak jenguk2 video agama..jangan asyik nak bergelak ketawa ja

PETUA ELAK PASSWORD BOCOR

mesti ramai nak tahu ni..entah-entah kerajaan malaysia pun nak taw camne caranya nak elak di”hack” dan elak password diketahui orang ramai..ye la..sekarang ni kan musim hack laman web milik kerajaan..hahaha..

atok x pandai nak ajar..cucu tengok je la caranya dibawah ni..

image

image

image

SELAMAT BERAMAL~

VIDEO : KEMPEN SIBER PROF ABU HASSAN (UM)

Forum Rakyat Manir Kuala Terengganu

image

Name : Associate Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah

Designation : Associate Professor

Department : Department of Media Studies

Faculty : Faculty of Arts and Social Sciences

Tel. No. (Office) : 0379675664

Fax No. : 0379675464

E-mail Address : muring_wienasofi@um.edu.my

Homepage URL : www.muringwien.uni.cc...

Address(Office) : Department of Media Studies, Faculty of Arts and Social Sciences Building, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

SUMBER : ASSOCIATE PROF. DR. ABU HASSAN BIN HASBULLAH

 

 

 

 

 

10 PETUA KENALI LELAKI YANG KURANG BERGUNA

buat cucu-cucu lelaki jangan marah ye..bukan semua orang lelaki camni..sedelintir aje..buat cucu-cucu perempuan..atok dah sediakan sedikit guidelines lelaki kurang berguna..kih3..

sekadar berkongsi gelak ketawa dan nasihat di tengah hari..kepada cucu lelaki yang mana terasa tu, boleh jadikan panduan ni sebagai nasihat dan jadi yang terbaik..

ada 10 cara nak kenali lelaki yang kurang berguna ni..jeng..jeng..jeng…

image1. dah ada awek, kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

image5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

hahaha…

selamat memilih pasangan buat cucu perempuan

PETUA KEHEBATAN SEORANG AYAH

sempena hari bapa..atok nak berkongsi sikit mengenai kelebihan seorang bapa ni..untuk lelaki je la..nanti kalau ada petua kehebatan seorang ibu nanti atok kongsikan buat perempuan semua..hik3..

jom jenguk apa hebatnya seorang ayah

imageBEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan. Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi
ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

imageAnak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

-Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
-Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
-Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

SUMBER : Lubuk Petua Warisan » Rahsia Seorang Ayah | Petua.org | Traditional practices of medicine and healthy life style

Wallahuallam..atok sekadar berkongsi sahaja..ini sekadar kajian yang dibuat..semuanya bergantung kepada iman,akal dan nafsu masing-masing..

Nabi Muhammad S.A.W pun tidak berbapa..jangan jadikan alasan saya manjadi jahat kerana saya tidak berbapa..

Selamat Hari Bapa~