Isnin, 23 Mei 2011

NUFFNANG DAN ADVERTLETS LINGKUP!

image

hah! mesti ramai yang terkejut bila atok cakapkan yang nuffnang dan advertlets lingkup..sapa yang nak cayakan?

sebenarnya, bukan syarikat nuffnang dan advertlets yang lingkup..tapi, duit atok dalam nuffnang dan advertlets akan lingkup!

kenapa?

cucu pasan x yang iklan nuffnang dan advertlets atok menghilang?? atok pasan benda ni berlaku sejak blogger membaik pulih dan menaik taraf sistem blogspot baru-bari ini..huh! arghh! geramnya rasa..atok dah cuba tukar code lain..atok amik code di nuffnang dan advertlets dan paste balik, tapi x jadi jugak! masih x kuar apa-apa..

pelik..sebabnya, kalau advertlets walau xde sebarang iklan dia akan tetap keluarkan iklan mengenai advertlets..huh! kenapa jadi camni? atau, komputer atok yang bermasalah sampai x dapat tengok iklan tu?

cuba cucu tengok iklan nuffnang atau advertlets di blog cucu tu..ade ke x? kalau cucu taw apa masalahnya, boleh bagitaw atok x? sebab iklan nuffnang dan advertlets atok dah hilang!!! huarghh!!

tolong!!

KAABAH ITU BERHALA?

mesti ramai yang tertunggu-tunggukan dari petang tadi..apa yang atok nak bagi taw ni sampai ada muzik suspen gitu..hihihi

sebenarnya, semalam atok ada terjumpa satu website yang berkisar tentang agama islam..atok x pasti penulis blog tersebut berbangsa dan beragama apa, kerana isi kandungan blog tersebut berkisar tentang penghinaan terhadap islam..

yang atok terkejutnya, bila baca nama blog tersebut iaitu kaabahituberhala ..terus atok baca dari satu entry ke entry, dari satu perenggan ke perenggan, dan dari satu ayat ke ayat..malah, ada diselitkan beberapa ayat didakwa ayat Al-Quran untuk memperkuatkan hujahnya..

atok ambil satu contoh entry dari blog kaabahituberhala

image

image

itu baru sedikit penghinaan yang ditulis..dikatakan bahawa agama islam itu adalah agama pagan arab, sesetengah perkataan sengaja direka oleh orang arab untuk memaksa orang melayu mengikut agama orang arab dan lagi teruk mengatakan bahawa sebenarnya agama islam tidak perlu bersolat. perkataan solat sengaja direka cipta oleh orang arab.

ada juga dipaparkan bersama video yang merendahkan martabat baitullah dan kota mekah yang suci bagi umat islam seluruh dunia.atok sertakan dibawah ( di ambil dari blog tersebut )

YouTube - ‪Stoneworship In Mecca‬‏ (maaf, atok x dapat nak embeed code video tersebut, SILA KLIK untuk lihat video tersebut)

malah, penulis blog tersebut turut memberi pesanan mengenai video YouTube - ‪Stoneworship In Mecca‬‏ dengan berkata
 

Kalau malas sangat nak baca, atau susah nak faham apa yang dibaca atau tidak boleh faham apa makna sembah batu, Lihat saja video "Stoneworship In Mecca" di bawah. Kalau selepas 3 minit menonton Video clip pendek ini - dan kalau tak faham juga - eloklah isi borang jadi ahli seumur hidup dalam kelab agama Hindu. Mungkin orang-orang buta tidak boleh nampak - tetapi orang-orang pekak dan yang tuli pun boleh lihat dengan jelas batu-batu yang gunakan di setiap amalan ibadat Haji. Mengeliling batu, sembah batu, menciup batu, mengutip batu, membaling batu ke arah batu, berlari antara dua batu, berdiri atas batu.

Yang tidak ada dalam Video ini hanyalah gambar-gambar orang makan atau minum batu! Mungkin satu hari nanti mereka akan sampai ke level ini.

Disebabkan ramai pembaca yang mengaku diri mereka "Beragama Islam" tetapi tidak mahu mengunakan akal yang dianugerah oleh Allah - komen-komen bodoh mereka tidak akan disiar atau dilayan.

Hanya komen-komen orang yang sanggup mengunakan akal sahaja akan disiarkan.

walaubagaimanapun, sudah ada segelintir pihak yang menasihati penulis blog ini dan ada komen-komen yang disiarkan..berdasarkan beberapa komen yang atok baca, ada yang merasakan bahawa penulis blog tersebut bukan islam dan sengaja ingin mengganggu gugat agama islam dalam komuniti melayu.

pada atok, keseluruhan isi kandungan blog tersebut bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar. malah, terdapat beberapa ayat yang didakwa kononnya ayat Al- Quran disalah tafsirkan dan diselewengkan. nasihat atok, kalau nak merujuk tentang agama islam, rujuklah pada mereka yang betul-betul arif, bukan sekadar mencedok ilmu di internet tanpa menapisnya terlebih dahulu. apatah lagi tentang agama dan ibadah seharian.

ntah la..apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni..isu agama pun nak dipermainkan..atok sekadar membaca, meneliti dan mencerita..kalau salah tolong tegur atok..kalau suka boleh LIKE. kalau x suka, komen di entry ni..hihihi

semoga apa yang kita sebarkan mampu memberi manfaat kepada seluruh umat manusia supaya agama islam tidak disalah tafsirkan terutamanya oleh golongan bukan islam..