Selasa, 22 Mac 2011

VIDEO SEKS ANUAR IBRAHIM

owh no…politik lagi…apa kes sebenarnya ni? layan berita sudah…hihihi

UTUSAN ONLINE 22/3/2010
Video seks pemimpin pembangkang didedah

KUALA LUMPUR 21 Mac - Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

berita penuh : Utusan Malaysia Online - Berita Utama

image
Anwar nafi bukan dirinya

PETALING JAYA 21 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

berita penuh : Utusan Malaysia Online - Berita Utama

MALAYSIAKINI 22/3/2011

image

Khir Toyo: Mungkin video dicipta mereka sendiri

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.
Ini kerana, kata Dr Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

berita penuh : Khir Toyo: Mungkin video dicipta mereka sendiri – Malaysiakini

Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

berita penuh : Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal – Malaysiakini

image

'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

berita penuh : 'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita' – Malaysiakini

image

Pemimpin Pakatan label video seks 'taktik kotor'

Pemimpin kanan PAS dan DAP hari ini tampil memberi sokongan penuh kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menolak video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu sebagai “taktik kotor” yang bertujuan mengelirukan rakyat bahawa Anwar tidak bermoral.

"Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu," kata Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan Parlimen.

"Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya?

berita penuh : Pemimpin Pakatan label video seks 'taktik kotor' – Malaysiakini

image

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Beliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

berita penuh : Pita seks: Anwar buat laporan polis - Malaysiakini

YOUTUBE

Video sidang media penafian Anwar Ibrahim atas finah mengenai Video Seks yang melibatkan beliau

 

“BOOKING” KEKASIH ORANG

image

hah! nah..terkeluar biji mata pasangan kekasih tengok entry atok ni…hahaha

nak tempah kekasih orang? boleh eh?

kalau dulu, kecoh pasal main kayu tiga..curang…x setia..makan luar..ngorat lelaki atau perempuan lain..

kalau ada orang tempah pakwe atau makwe kita macam mana?

contohnya :

lelaki : you, nanti kalau u dah clash dengan pakwe U, I nak “book” U sebagai kekasih I

perempuan : ok..U tunggu la ye..kalau I xde jodoh dengan pakwe I, I akan terima U pulak..

kah..kah..kah..

dan sebaliknya..mungkin ada perempuan lain yang sedang booking pakwe cucu..jangan terlepas pandang..hihihi

apa pendapat cucu-cucu sekalian pada mereka yang suka “booking” kekasih orang ni?

*p/s : mata air atok jangan marah..I will marry U la sayang..

CIKGU SURAYA, KAMU ADALAH LAGENDA..

salam..hari ni entry x sebanyak semalam, tapi nasib baik traffic masih lagi berada ditahap yang normal..

balik je kelas BI yang @#$% (xtaw nak terangkan camne), atok terus online..on je facebook..aip, bertambah lagi group blogger nih..kawan atok si KAT meng”add” atok ke group Terengganu Bloggers..sepanjang atok berblogging ni, ini kali pertama atok jumpa ramai-ramai blogger terengganu..meriah betul kt group tu..

atok tengok ramai blogger terengganu..hihihi..sape2 nak join boleh la bagi nama akaun facebook kat atok..nanti atok “add” cucu ke group tu..

dah jauh melalut..berbalik ke tajuk asal..hihihi..

masa atok pusing-pusing, kenal member dalam group terengganu blogger tu..atok ternampak nama “CIKGU SURAYA”..aih..menarik..hihihi..sebab kisah cikgu suraya ni satu bintang terkenal bagi pelajar sekolah menengah di zaman atok dulu..xtaw la kalau sekarang dah bertukar kepada orang lain…hahaha

image

cikgu syida masih tidak mampu menandingi kehebatan cikgu suraya

nak diceritakan pasal cikgu suraya ni, cikgu ni memang best la..tiap masa, ada je pelajar lelaki sekolah atok mencari cikgu ni..kalau boleh, tiap hari wajib study subjek cikgu suraya…kadang-kadang, waktu tidur..lampu dah “off” pun ade lagi yang nak belajar subjek ni..ada yang sampai baca nota tu dengan lampu suluh..betapa hebat penangan cikgu suraya ni..

atok cuba bayangkan, betapa hebatnya kalau pelajar lain “study” subjek-subjek lain seperti diorang “study” subjek cikgu suraya tu..mesti ramai yang dah ke oversea sekarang..

yang bestnya..atok dah jumpa blog cikgu suraya..hot2…hahaha..nak? nah

.::CiKgU sUrAyA::.

eh…silap…tu cikgu suraya lain..

cikgu suraya yang hebat tu, cikgu lain..kalau cucu nak kenal, pergi ke GOOGLE..taipkan CIKGU SURAYA..itulah yang menjadi lagenda zaman berzaman…hahahaha

KUCING HITAM “PEMBAWA PESANAN”..takotnye~

masa cucu kecik-kecik dulu, atau dah besar panjang sekarang pun, ade x dengar pasal kucing hitam? hohoho.mengerikan wooo…

nak diceritakan, dulu atok ada la bela sekor kucing hitam..kami, satu family panggil la dia Itam..memang cantik dan amat manja..kalau bab tidur malam, x tidur di kaki sapa2 memang x sah..tiap malam tidur di kaki family atok..x kisah la sape2 pun..asalkan family atok..

nak dijadikan cerita, adik bongsu atok cerita la yang kucing hitam ni boleh buat macam-macam..

hah! buat ape?? buat anak kucing? hahaha..ye la..itam tu betina…kih…kih..kih

rupanya buat lain la..dia cakap..hohoho..seram pulak nak cerita..atok kasi dalam bentuk point je la..

  • kucing hitam, bila dia melangkah mayat, mayat tu boleh bangun balik…woooo…apa kejadahnya..mayat tu dah mati, macam mana kucing hitam tu boleh hidupkan balik?? hantu kot..hohoho..xmo2..
  • kucing hitam ni pembawa sial…kah.kah..kah..ini memang lawak..sampai mati pun atok xnk caye..sedangkan binatang peliharaan nabi pun kucing..xkn la nabi nak bela haiwan yang membawa sial..sedangkan kucing tu boleh membawa rahmat kalau kita jaga dengan baik..ini sah2 nk “kencing”…

itu yang dulu-dulu..sekarang atok ada jumpa satu lagi kehebatan kucing hitam ni..kucing hitam mampu menulis dan bercakap seperti manusia!!

X caya? cucu baca la kat sini : Kuching Hitam

memang terbaik la kucing tu…dekat bawah ni pulak atok jumpa BLOG KUCING HITAM..dia ada join SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua hari tu..(nak join? klik la di link entry tu)

ini la rupa blognya

nak ke blog KUCING HITAM?? ini linknya : Kuching Hitam

hihihi..amacam? smart x blog dia? kepada yang dah tekan link ke blog pasal kucing boleh menulis dan bercaka seperti manusia tadi..atok minta maaf ye..tipu je..kui3…

nak join segmen atok tolong promot blog??

klik di sini : SEGMEN : NAK PROMOTE BLOG DI BLOG ATOK? | peTUA KITA semua