Sabtu, 30 April 2011

BOB LOKMAN DIHENTAM OLEH AWIE KERANA HIBURAN

image

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

Sumber : Metro

P/S :macam-macam dalam dunia nih..selepas berubah makin banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh bob..semoga Allah menguatkan hatinya untuk menegakkan islam

Comments
14 Comments

14 ulasan:

♥NuR SyAFiQah♥ berkata...

ish3...jadi baik slh..jadi jahat pon slh -,-

Afsar berkata...

bagusla jadi baik..tapi takyah la ngutuk2..kan tak elok..bob, bob

Corat-coret berkata...

dugaan... bese laa bila org npk kite dah brubah...tegur cket pun kan dah melenting

jaya jr berkata...

haha,awie yang salah..bob lokman berarah kepada kebaikan..takpe laa die nak cerita pasal keburukan dunia artis sebab boleh halang lagi ramai terjebak kearah maksiat

nini berkata...

ak sokong jaya jr...

biasanya kalu kita berubah, kita tanak sorang2...kalau boleh kita nak bawak sekali orang lain ke arah kebaikan...tapi yelah, mungkin cara kita tak kena tuk bawak orang....=)

efa nur berkata...

macam-macam laa dunia artis nie..huhu

safra berkata...

nasib baik jadi cikgu.. hahahaha!!! jimat hutang 50%!

AiMaN berkata...

@safrabaik jadi cikgu je kn?

aku berkata...

assalamualaikum..
teringat kata2 sang murobbi..
sekali kita menyatakan utk melakukan perubahan yg baik (pengabdian sebenar kpd Allah) umpama membuka jalan kpd sgala mehnah dan tribulasi.. kita umpama akan mengharungi sungai yg arusnya betentangan..

Ahmad Taufik berkata...

apa la awie ni. org nak sebarkan islam, dia bantah pulak. subahanallah...

محمد شافق berkata...

sod ... ba ... ra...
kita kena faham terhadap golongan yang xfaham....

bersama kak Es berkata...

Islam datangnya dagang (terasing)
kembalinya pun terasing.

Sape nak amalkan Islam sungguh diasingkan..dan terasing itu adalah 'biasa'

ejoy berkata...

org xnampak cahaya mmg banyak karenah ....
tapi org yang dah nampak dan dapt mmg xkan bercakap banyak

muhammadumno berkata...

@♥NuR SyAFiQah♥Walaupun BOB LOKMAN telah berubah, tapi dia tiada untuk menjatuhkan maruah artis-artis yang masih belum sedar. Bob wajib menjaga aib artis-artis, kalau PAS lantang menyalahkan UMNO kerana tidak menjaga aib anwar ibrahim. Begitu juga BOB LOKMAN kena jaga aib artis kita. Berdoa lah agar lebih ramai artis kita berubah kepada kebaikan. Bob Lokman tidak sepatutnya menjaja cerita keburukan artis kita secara terbuka. Bersabarlah dalam menyebarkan dakwah, insyallah ALLAH S.W.T sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Sekian.