Khamis, 6 Januari 2011

KUANG HAJAQ PUNYA CIKGU!

CKGU
“ pusat tuisyen kurang ajar... sakit hati bila gunakan perkataan kurang sopan bila ditanya tentang bermulanya sesi tuisyen.... (tak payah jadi cikgu kalau diri sendiri tak reti berbahasa) “

maaf la kalau tajuk entry ni mengguris perasaan cikgu-cikgu…meh cini atok nak terangkan perkara sebenar..apa yang berlaku..

benda ni berlaku pada maksu peni…peni ni, cucu tersayang atok..dia dah luahkan kt facebook..tapi dia nak jugak atok ceritakan kt blog atok nih..hehehe..xpelah..atok ceritakan untuk menjaga standard guru-guru dan etika diorang..

alkisah sebermula selepas maghrib pada 5.Disember.2011…atok copy n paste balik apa yang diceritakan oleh peni..

Rabu, 5 Januari 2011

MENTERI ROGOL AMAH part2 [ PENAFIAN RAIS YATIM ]

image

“saya baik…saya x rogol amah”

kali ini atok petik pulak dari sumber berita nasional dan akhbar..haih! panas jugak isu ni…boley lawan kes Altantuya x? hahaha..kali ini kita baca sendiri penafian tuan punya badan..

berita ini atok petik dari bernama

Rais Yatim Nafi Dakwaan Laporan Blog & Pembangkang

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata "alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.
Rais berkata beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

kalau nak baca berita penuh..klik je kt tajuk berita tu..panjang kot..

haish! betul ke ni? mana satu yang boleh dipercayai? atok ada satu lagi cerita pasal menteri rogol amah ni..nantikan esok ye..pape pun..entry pasal menteri ni dah jadi bersiri pulak lam blog atok..kakakaka…petua apa ni agak2 nya? hahaha