Jumaat, 18 Mac 2011

TARIKH PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

musim tengkujuh dah bermula..guruh sudah berdentum..awan sudah gelap..menanda hari nak hujan..tapi, air tempayan dicurah jangan..papetah melayu lama yang masih lagi dipegang

sebenarnya dah lama cakap-cakap mengenai tarikh sebenar pilihanraya negeri sarawak kedengaran..namun, tiada satu pun tanda yang jelas menunjukkan bahawa pilihanraya negeri sarawak akan dibuat..

namun, hari ini(18/3/2011)..tanda-tanda pilihanraya sarawak akan bermula sudah tersebar di akhbar Utusan Meloya..

petikan akhbar Utusan online

Taib jumpa Yang Dipertua Negeri

image

KUCHING 17 Mac - Adakah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memaklumkan hasrat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng?

Perkara itu menimbulkan tanda-tanya apabila Abdul Taib mengadakan pertemuan bersama Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri bermula pukul 9.40 pagi ini.

Pertemuan berkenaan berjaya 'dihidu' oleh Utusan Malaysia dan Bernama yang kemudiannya tersebar di kalangan petugas media sehingga menarik puluhan wartawan berkumpul di pintu pagar masuk Astana Negeri.

Kira-kira sejam selepas itu, Abdul Taib yang menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri meninggalkan Astana Negeri menuju ke Wisma Bapa Malaysia untuk menghadiri mesyuarat Kabinet negeri.

Kegagalan mendapatkan reaksi beliau di situ menyebabkan wartawan bergegas ke Wisma Bapa Malaysia dan 'berkampung' di lobinya dengan jangkaan Abdul Taib akan mengadakan sidang media mengumumkan pembubaran DUN Sarawak.

artikel penuh : Utusan Malaysia Online - Berita Utama

kalau ini cerita bukan dongeng..maknanya pilihanraya sarawak kemungkinan besar akan jatuh pada bulan April..

kerana, kebiasaanya ketua menteri atau menteri besar akan berjumpa dengan Sultan,Raja atau Yang Dipertua Negeri masing-masing untuk memohon perkenan pembubaran Dun, sebulan sebelum pembubaran dilaksanakan..

kalau macam ni..jom pergi sarawak..macam best je pilihanraya negeri sarawak tahun ni..hahaha..kita lihat, adakah BN masih mampu mendominasi DUN-DUN sarawak setelah pelbagai skandal dan salahlaku Taib Mahmud didedah di London dan media massa..

adakah angin perubahan yang melanda di Kuching akan terus merebak ke seluruh negeri sarawak? sama-sama kita nantikan…

*p/s : test SEO..hihihi

Comments
0 Comments

Tiada ulasan: