Isnin, 14 Februari 2011

KENAPA BAJU BEDAH DOKTOR WARNA HIJAU?

image

kan2? pernah perasan x? ke x pernah masuk bilik bedah? hahaha..siapa yang pernah? ramai la x pernah..

tapi, yang pastinya semua baju bedah doktor warna hijau..sebab apa warna hijau eh? pernah x tertanya? kenapa bukan warna lain?

pada zaman dahulu kala..doktor bedah pakai baju warna putih selari dengan kebersihan..tapi, ada seorang doktor yang berpengaruh telah mencadangkan agar warna putih ditukar kepada warna hijau..

mungkin sebab nampak cool kot…hihihihi..maksud atok, nampak sejuk la..tetapi ada jugak sebab-sebab lain..antaranya :

  • Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
  • Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.
  • terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
  • Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor

itulah adasan yang diberikan.namun, sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

cucu ada pendapat lain x? hurmmm….

Comments
4 Comments

4 ulasan:

Ayuni berkata...

hm, betul , sedap je mata memandang...

Tanpa Nama berkata...

haah la... betol gak kan.. baru pasan hihih...

Cik SCC berkata...

erm..
kenapa tak kaler biru laut..
atau krim...?
hoho

teratai berkata...

hijau itukan warna alam!