Jumaat, 7 Januari 2011

PENGARAH PELAJARAN JOHOR DIDAKWA KEMPEN UNTUK BN

alamak…BUDAK SEKOLAH BOLEH MENGUNDI DAH KE? aipp..pelik je…ini cerita politik baru..hahaha

bagus sangat la tu kan…benda paling asas iaitu ilmu diperingkat sekolah lagi dah nak diterapkan budaya turrr…huhuhu..

si Pengarah ni namanya MARKOM..cuba check dalam internet..kalau-kalau betol muka dengan penceramah lam video ni dangan si MARKOM,Pengarah Pelajaran Johor..jeng..jeng..jeng…

xnak percaya? jenguk2 la video ni sendiri…

PENGARAH PELAJARAN JOHOR DIDAKWA KEMPEN UNTUK BN-mkini

PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.
Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefli Mohamad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Dalam laporan polis itu, Mazlan mendakwa Markom telah menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN

kuang…kuang…kuang…dah kantoi..

PETUA MELEMBUTKAN DAGING DAN AYAM BAKAR

cucu perasan x, apa yang atok perasan? atok terperasan bahawa blog atok ni dah terlalu universal..daripada dulu duk bercerita pasal petua zaman kuno…sekarang dah jadi saluran berita nasional…huh! dah macam rancangan majalah 3 pulak..

disebabkan dah lama x update pasal petua yang betul-betul petua..jadi di keheningan malam ni atok teringat satu petua yang dikasi oleh jiran rumah lama atok..hari tu atok n family ada bakar ayam..jadi dia ajar la petua macam mana nak melembutkan daging bakar dan ayam bakar..

image

caranya senang saja..letakkan MADU SECUKUP RASA ke dalam rempah daging bakar dan ayam bakar yang cucu buatkan atau belikan tu..atok pun x pasti macam mana secara ilmiahnya madu tu dapat melembutkan struktur daging..

tapi memang betul..kalau TAMBAH MADU dalam daging bakar..daging yang cucu bakar tu kurang keras..malah lebih lembut dan tidak kering..biasanya kalau bakar daging pasti cepat kering dan jadi keras bila masak..tapi kalau di taruk madu, daging menjadi lebih lembut dan enak disampaing tambah zat…

SELAMAT MENCUBA~