sebelum atok teruskan penulisan atok kali ni..atok rasa ramai yang rasa x senang dengan atok..mak ayah pun mungkin x senang hati bila tengok anaknya kutuk UMNO-BN kerana bimbang masa depan anaknya gelap akibat dibuang universiti dan ditarik biasiswa..oleh itu…buat sesiapa yang takut, atok bagi dadah sikit biar ketakutan tu hilang~ lagu ni khas untuk mereka yang takut..hihihi
putarkan lagu tersebut sebelum baca baris-baris berikutnya..hayati liriknya dibawah
LIRIK LAGU DARAH JUANG
Disini Negeri kami, tempat padi terhampar
Tanah kami subur Tuhan….
Di negeri permai ini,
Berjuta rakyat bersimbah luka,
Anak kurus tak sekolah,
Pemuda desa tak kerja…
Mereka dirampas haknya,
Tergusur dan lapar,
Bunda relakan darah juang kami,
Untuk bebaskan rakyat..
Mereka dirampas haknya,
Tergusur dan lapar,
Bunda relakan darah juang kami,
Padamu kami berjanji…
(ULANG DARI MULA 1X)
Padamu kami berjanji… (ULANG 2X)
panjang lagunya, atok hanya nak hightlight “BONDA RELAKAN DARAH JUANG KAMI, UNTUK MEMBEBASKAN RAKYAT”
selepas Obama memenangi piliharaya di Amerika Syarikat..atok ingatkan “politic of fear” sudah lupus..malah, kedatangan “politic of hopes” mendapat sambutan yang hangat dan jitu oleh pemimpin parti politik dan pemimpin masyarakat di malaysia..namun, ianya tidak berlaku di Malaysia..atok hanya melihat Pakatan Rakyat yang hanya mampu menawarkan “politic of hopes” ini..
pada mula najib berkuasa, najib cuba meniru model politik harapan ini dengan model 1 MALAYSIA yang berakidahkan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..nampaknya najib sendiri murtad dengan akidah 1MALAYSIA..kalau sebelum ni najib diberitakan sebagai seorang insan kamil yang mementingkan rakyat dalam membuat keputusan, sekang najib sudah berubah..rakyat sudah jelas bahawa projek agama 1MALAYSIA adalah ciptaan yahudi-zionis laknatullah yang bertopengkan kebajikan.
malah, siapa yang tidak menganuti kepercayaan 1MALAYSIA ini akan dihukum sebagai penderhaka.bukan itu sahaja, siapa yang menentang UMNO-BN akan dihukum..yang paling suka ditakuti oleh gerombolan UMNO-BN ialah MAHASISWA!
x caya? baca berita ni
KPT tunggu senarai siswa berdemo
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.
berita penuh : KPT tunggu senarai siswa berdemo – Malaysiakini
apa komen atok??
x perlu la nak bodohkan dan takutkan mahasiswa lagi..tidak cukup dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk membunuh aktivisme mahasiswa semenjak zaman 1960’an kini diugut pula oleh menteri..pelbagai jenis menteri UMNO-BN yang bangang mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan mahasiswa bersama rakyat..
adakah mahasiswa bukan sebahagian dari rakyat malaysia? bukankah sebahagian mahasiswa boleh mengundi? iaitu mereka yang berumur 21 tahun dan keatas..adakah salah untuk mahasiswa menuntut keadilan dalam pilihanraya?
jawab sendiri..semua mempunyai fikrah
pada atok, UMNO-BN sudah mula takut dengan kebangkitan mahasiswa dan anak muda terutamanya yang berusia 20-30 tahun..UMNO-BN sedar bahawa Hosni Mubarak jatuh kerana anak muda..jadi, anak muda harus dilenyapkan dalam masyarakat…caranya? UGUT BUANG UNIVERSITI, TARIK BIASISWA DAN PINJAMAN, PAKSA PELAJAR KE PROGRAM UMNO-BN
ingatlah wahai UMNO, bukan semua mahasiswa pengampu UMNO..atok sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya bertegas bahawa atok tidak sesekali akan menjadi pencacai politik kotor seperti UMNO-BN..atok tidak akan benarkan UMNO-BN menipu rakyat lagi..sudah cukup rakyat ditindas oleh UMNO-BN selama 50 tahun memerintah..selagi hayat dikandung badan, selagi akal masih waras..atok tidak akan benarkan politik kotor meresapi jiwa rakyat..kalau sang penguasa memenjarakan atok..atok harapkan segala berita dalam blog ini terus menerus dibaca oleh rakyat kebanyakan supaya kita sedar..
kepada anak muda, teruskan berjuang dilandasan yang benar kerana kita adalah penentu arah negara..kepada rakyat jelata, kami mahasiswa memohon doa rakyat untuk melawan penindasan dan kezaliman..doakan kejayaan kami melawan penindasan dan kejayaan kami dalam pembelajaran di universiti masing-masing..
kepada bonda..relakan darah juang kami untuk membebaskan rakyat..
putarkan lagu ini kepada kalian yang berjiwa merdeka
TAKBIR!
anak muda sila LIKES page ni di facebook: 100 000 anak muda tolak kerajaan BN - Wall | Facebook