Jumaat, 29 Julai 2011

SISTEM BIOMETRIK, SIAPA ORTODOKS?

Dipetik dari UMNO ONLINE

Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas

KUALA LUMPUR, 26 Julai  - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.

berita penuh : UMNO Online - Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas

Kenapa Pas tolak sistem biometrik? dengar jawapan husam musa

 

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. 

berita penuh : Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

lebih baik dituduh ortodok daripada jadi penipu…hahaha

Comments
0 Comments

Tiada ulasan: