Jumaat, 27 Mei 2011

PETUA MENANG PERTARUHAN

image

hahaha….kaki judi wajib baca nih..ni teknik pertaruhan terbaik..x perlu kene tipu dengan bomoh..x perlu pakai pengeras..cuma baca cerita dibawah dan ambilkan sebagai pengajaran dalam bertaruh..hahaha

Ada seorang pakcik yang bernama Pak DI yang sangat kaya.

Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak DI : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan bulu ketiak encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba ketiaknya.. ooh masih ada bulu. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati bulu ketiaknyanya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye! .. bulu ketiak saya masih lagi ada..

Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku cek...

Lalu dipegangnya ketiak Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..

Pak DI : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..Pak DI pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang bulu ketiak Manager Bank..
Hahaha... laugh.gif

ATOK : moralnya..jangan bertaruh..dosa tu..kih3

Khamis, 26 Mei 2011

ARNOLD SCHWARZENEGGER BERDEPAN PENCERAIAN BERNILAI $200 JUTA

huh! banyak woo..atok terbaca kisah penceraian manusia terkenal ni di salah satu website berbahasa inggeris..atok pun x pandai sangat nak terjemah ke dalam bahasa melayu..jadi cucu baca la ye lam bi..hik3

Arnold Schwarzenegger Could Face $200 Million Divorce

image

If Maria Shriver decides to file for divorce from Arnold Schwarzenegger, the payout could put Tiger Woods' $110 million divorce to shame. According to Page Six, the couple's net worth has been placed between $200 million and $400 million, which means should Shriver cut legal ties with her husband of 25 years, she could take over $200 million with her.

Though it's believed the power couple has some sort of prenup in place, the longevity of their marriage and Schwarzenegger's infidelity is likely to trump the relevance of the document in court.

Schwarzenegger and Shriver announced their separation earlier this month, and last week news broke that the former California governor had fathered a child with the couple's former maid and assistant.

Other claims that Schwarzenegger has fathered more than one children with different women have also been making the rounds, most audibly from former 'Bond' girl Jane Seymour, who believes "there will be lots of information coming people's way" in the near future.

"I heard about two more [out of wedlock kids] somebody else knows about," Seymour said in a CNN interview. "I even met someone who knows him well."

Like many in Hollywood, Seymour wasn't the least bit surprised by the news of Schwarzenegger's epic philandering. "I was not even remotely surprised," she said. "The moment I heard it, that there was an announcement of their separation -- he was obviously jumping the gun before everyone else told the world of the news."

Though they are separated, Shriver has yet to file for divorce from Schwarzenegger. However, it is believed she has hired top Hollywood divorce lawyer Laura Wasser should she decide to proceed with a divorce.

sumber : Arnold Schwarzenegger Could Face $200 Million Divorce | PopEater.com

 

amacam? kawin pun banyak duit habis..bercerai lagi la banyak duit abis..hahahaha

ANJING BERNILAI RM39.83 JUTA

image

KUALA LUMPUR - Seorang jutawan Malaysia, Kenny Lai mungkin dianggap pencinta haiwan peliharaan paling mewah di Malaysia apabila memiliki 30 anjing baka Mastiff Tibet bernilai lebih £8 juta (RM39.8 juta), lapor sebuah akhbar dalam talian semalam.

Jutawan berkenaan sanggup menjelajah ke seluruh dunia bagi mencari baka yang 100 peratus tulen kerana haiwan tersebut dianggap sebagai raja segala anjing.

"Berdasarkan nilai pasaran terkini, 30 anjing yang saya miliki sekarang bernilai lebih dari £8 juta, "katanya seperti yang disiarkan di laman berita mailonline. Dia memelihara kesemua anjing di sebuah penthouse mewah miliknya di Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi apabila tempat peliharaan berkeluasan 5,000 meter persegi yang dilengkapi pendingin hawa dingin turut mempunyai pasukan penjaga, jurulatih dan doktor haiwan bagi merawat anjing tersebut.

Penakluk agung, Genghis Khan bersama angkatan tenteranya menggunakan 30,000 haiwan tersebut ketika cuba menakluk Eropah Barat

Penduduk tempatan percaya anjing itu memiliki roh sami-sami yang tidak cukup baik dijelmakan sebagai manusia atau untuk ke syurga.

Dia pada mulanya membeli sembilan anjing itu pada harga £3.2 juta (RM15.95 juta) sebelum membiaknya.

Di United Kingdom, anjing tersebut bernilai di antara £850 (RM4,238) dan £1,000 (RM4,986) bagi setiap seekor anak haiwan itu.

dipetik dari : Jutawan Malaysia pelihara 30 ekor anjing RM39.83 juta

………………………………………………………………………….

pergh!! mahal tol..atok xde selera nak bela anjing ni..kalau bela kuda minat la jugak..cume xde tempat je nak letak..hohoho..jelez jugak bila tengok orang bela kuda ni..cam best je petang-petang pusing-pusing kampung naik kuda..hohoho..nak kuda satu!!

17 TEMPAT PING BLOG/ENTRY DI FACEBOOK

image

hah! mesti ramai yang nak taw tempat atok selalu ping entry atok kan?

ke”boring”an tahap melampau ni membuatkan atok nak kongsi sedikit sebanyak tempat yang atok selalu ping entry di facebook setiap hari..

GROUP DI FACEBOOK

malah..atok jugak ada 4 group yang menjadi tempat pengiklanan barang jualan dan sebarang servis..kadang2 atok ping jugak entry kat sini..hihihi

hah..amacam?? puas hati? ni baru GROUP..belum lagi PAGE di FACEBOOK..kalau ada masa..atok akan kongsikan PAGE yang selalu atok tempelkan entry atok setiap hari..

cucu-cucu boleh la bookmark entry ni kalau nak senang tuk pomot entry setiap hari~

p/s : kalau cucu ada tempat baru..jum2 share kat ruangan komen dibawah..hihihihi

MEMANG SHEEEEENGAL!

ubat untuk menghilangkan penyakit S.E.N.G.A.L

image

salam..

hua..hua..hua..mesti ada yang akan terasa dengan atok hari ni nih..saja2 nak buat entry sentap sikit..bukan sebab atok jelez ye..hik3..

pernah x dengar, baca perkataan yang sengal? huh! sebelum ni atok penah jenguk-jenguk blog yang suka sangat guna perkataan  berunsurkan sengal nih..sampai hidung atok ni nak terkepit rasanya bila baca entry dia..yelah, nak sebut perkataan yang sengal bagai tuh..hihihi

atok ada simpan beberapa perkataan dari beberapa blog sengal tu..hik3..antaranya

sengal ---> shengal

tidak mahu ---> tamaww

hati ---> aty

ye ---> yaww

kamu ---> kamoo

jom ---> jhum

always ---> elwez

tapi..sampai sekarang atok xtaw apa maksud sebenar perkataan S.E.N.G.A.L..atok cuba cari di internet..yang atok jumpa hanyalah

Sengal menurut Kamus Dewan edisi ketiga membawa 3 jenis maksud :

Sengal I = berasa sakit-sakit pd sendi (kerana perjalanan darah tertahan dll), kaku, kebas, pegal: ~ kaki (tangan);

Sengal II = ~ nafas susah bernafas, sesak nafas: dgn nafas ~, diberikannya wang lima puluh sen kpd perempuan tua itu; tersengal-sengal termengah-mengah (nafas).

Sengal III = termengah-mengah (nafas).

atok pun ada jumpa maksud best pasal sengal ni..ngee~

S:sayang

E:engkau

N:namun

G:gagal

A:aku

L:luahkan

jadi, jangan risau kalau ada individu yang berlainan jantina mengatakan cucu ni sengal sebab dia sayang cucu, cuma dia x boleh nak luahkan..hahahaha

tapi, kalau sama jantina~  xmo la..huh!

image

papan tanda ni sheeengal x? kah..kah..kah..

image

Rabu, 25 Mei 2011

KENAPA BABI?

image

tajuk haram macam babi…hahaha..

atok nak tanya sikit ni..kenapa ye orang suka tambah perkataan “BABI” bila cakap atau kutuk sesuatu yang keji, hina dan kotor?

contohnya :

  • kotornya bilik ko..macam kandang babi…
  • celaka babi betul perompak tuh..

hahaha…

ada pendapat x?

malah, lebih teruk lagi..ada pulak atok jumpa page di facebook dan blog yang kutuk orang macam babi..haram jadah betul pengutuk tu..macam babi..kah..kah..kah..

antaranya: (AWAS : JANGAN TERKEJUT BILA TENGOK LINK YANG ATOK BAGI)

  • Melayu Memang BABI | Facebook
  • image
  • ntah sapa la yg biadap sangat nak permainkan isu perkauman camni nih..atok bukan nak kutuk kaum mana-mana..tapi, atok kutuk individu yang buat page ni je..haram tol..sengaja nak permainkan isu perkauman..huh!
  • satu lagi, page dan blog si makcik bangang tu..sume dah taw kan? atok cari link blog dia tadi..tp, blog tu dah xde..mungkin dah dipadamkan kot..atau disekat oleh SKMM…haram tol..
  • antara gambar yang dikeluarkan oleh si makcik bangang tersebut..
  • image
  • cucu leh ke link ini ( Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam | .:: AWAN FANTASIA ::. ) kalau nak taw pasal makcik ni secara lebih lanjut..

apa yang penting..atok nak taw..kenapa orang suka tambah perkataan “BABI” bila nak kutuk atau nyatakan sesuatu yang keji? keji sangat ke babi tu?

image

BABI : arghh! malu aku…

LELAKI ITU RUMIT? NO WAY!

image

salam..

sebenarnya, atok ter nak taip entry ni sebab nak menjawab balik entry dari Nick di entry ..M!Z D!ARY..: lelaki itu rumit!! ..aish..memang atok x setuju la kalau dia cakap lelaki ni rumit..nak taw kenapa dia cakap lelaki tu rumit??

alasannya~

1. bile pompuan layan lelaki bebaik..dikatenye pompuan neh mau menggode..ececee..bnyk cantek muke hangg!!

kalau tak layan lelok plak dikatenye bongkak sombong!! jadahnye..tak kan la nak amek tau hal ko 24 jam..lantak ko la heh!!hahaha

ATOK : cewah..banyak cantik! sedap-sedap je kata lelaki ni cam gitu..memang orang puan ni dia suka menggoda..saja nak kikiskan duit lelaki..

laaa…memang la tanggungjawab isteri tuk melayani suami..klu pompuan, mesti la kene amek taw pasal lelaki setiap masa supaya diri ini (lelaki) terasa dihargai..bukan menggoda nak kikis duit ye~

2. bile pompuan pakai cantik2 cakap pompuan neh nak menggatal..nak tunjuk itu ini..tapi bile pompuan tak kemas cakap pompuan plak selekehh..ape neh baiiiii~~~lu pikir sendrik~~

ATOK : ala…kalau pakai cantik tutup aurat ok la..tp, masalahnya ramai yang pkai cantik tapi tersembul sana, tersembul sini..tu yang x tahan tu..bukan kah itu namanya menggoda? pakai cantik-cantik dan tutup aurat sepenuhnya ye..pasti sejuk mata memandang..

3. bile pompuan ngadu macam2..dikatenye pompuan neh manje..gedik..dan sewaktu dengannye..tapi bile pompuan diam dikatenye pula pompuan ini membosankan....wohh!!!nyampahh haihhh~~

ATOK : issshhhhh..bukan takat ngadu je..yang paling x tahan bab membebel..pompuan ni suka ngadu n membebel x tentu hala eh? yang patutnya jadi nasihat dah jadi syarahan pulak..huh!

Allah ciptakan Hawa untuk nabi Adam bagi menghilangkan kebosanan nabi Adam..jadi, kalau pompuan tu duk senyap memanjang je..baik xyah ada pompuan..memang membosankan kalau perempuan diam~ huh!

4. bile pompuan saketkan haty lelaki..dikatenye pompuan neh tak de haty n perasaan..bile lelaki menyakiti hati pompuan..katenye pompuan neh sensitip!! suke merajuk!! purkey??purkeyy??miahaha

ATOK : bila lelaki bahagiakan pompuan..ade pompuan nak hargai? hah? ucap terima kasih pun x..hampeh~

5. bile pompuan menyintai lelaki..die sedaye upaye nak mengekalkan hubungan..tapi bile lelaki tau pompuan menyintai dirinye..die cube menjauhkan diri pule!!haihhh...

ATOK : ala..biasa lah tu..lelaki nak test sejauh mana cinta pompuan tu..kene try berjauh jauhan sikit..hihihihi..sedangkan lidah lagi tergigit..kan2?

6. bile pompuan berpangkat besar ckit dari lelaki..dikatenye perempuan itu kerek..berlagak..tapi bile lelaki berpangkat besar..die merase dirinye sudah terlalu hebat!! perghh..apekah!!hahaha

ATOK : ala..dah lumrah..lelaki mesti la kene hebat dari perempuan..dah namanya lelaki ni ketua dalam keluarga..tol x?..kih3

7. bile pompuan cube mengambil berat..dikatenye pompuan ini mengongkong...tapi bile pompuan buat tak tahu..dikatenye pule pompuan ini tidak prihatin langsung!! ececeeee...tinju kang!!

ATOK : lalala..pompuan memang suka mengongkong..nak kuar ngan pompuan lain x boleh..jelez la tu~ huh..lom kawin lagi dah pandai-pandai nak kongkong..

8. bile pompuan berkate ini semua..maybe lelaki akan mengatakan ini tidak benar..malah membantah sepenuhnye..miahahhaa..ahhhh..rilekla..kalau ko terase mknenye hape??hahaha..pikirrr ahh sdrik!wahaha..larikkkk...

ATOK : pompuan memang suka mencari kesalahan lelaki..yang betul buat-buat x nampak..macam la pompuan tu perfect sangat~

kih3..baru puas hati atok..amacam? mesti ada pompuan yang x puas hati kan?? tambah la kalau berani..cucu lelaki lak boleh tambah lagi kalau ada x puas hati ngan pompuan ni..huh! padan muka..muahahahahaha

Isnin, 23 Mei 2011

NUFFNANG DAN ADVERTLETS LINGKUP!

image

hah! mesti ramai yang terkejut bila atok cakapkan yang nuffnang dan advertlets lingkup..sapa yang nak cayakan?

sebenarnya, bukan syarikat nuffnang dan advertlets yang lingkup..tapi, duit atok dalam nuffnang dan advertlets akan lingkup!

kenapa?

cucu pasan x yang iklan nuffnang dan advertlets atok menghilang?? atok pasan benda ni berlaku sejak blogger membaik pulih dan menaik taraf sistem blogspot baru-bari ini..huh! arghh! geramnya rasa..atok dah cuba tukar code lain..atok amik code di nuffnang dan advertlets dan paste balik, tapi x jadi jugak! masih x kuar apa-apa..

pelik..sebabnya, kalau advertlets walau xde sebarang iklan dia akan tetap keluarkan iklan mengenai advertlets..huh! kenapa jadi camni? atau, komputer atok yang bermasalah sampai x dapat tengok iklan tu?

cuba cucu tengok iklan nuffnang atau advertlets di blog cucu tu..ade ke x? kalau cucu taw apa masalahnya, boleh bagitaw atok x? sebab iklan nuffnang dan advertlets atok dah hilang!!! huarghh!!

tolong!!

KAABAH ITU BERHALA?

mesti ramai yang tertunggu-tunggukan dari petang tadi..apa yang atok nak bagi taw ni sampai ada muzik suspen gitu..hihihi

sebenarnya, semalam atok ada terjumpa satu website yang berkisar tentang agama islam..atok x pasti penulis blog tersebut berbangsa dan beragama apa, kerana isi kandungan blog tersebut berkisar tentang penghinaan terhadap islam..

yang atok terkejutnya, bila baca nama blog tersebut iaitu kaabahituberhala ..terus atok baca dari satu entry ke entry, dari satu perenggan ke perenggan, dan dari satu ayat ke ayat..malah, ada diselitkan beberapa ayat didakwa ayat Al-Quran untuk memperkuatkan hujahnya..

atok ambil satu contoh entry dari blog kaabahituberhala

image

image

itu baru sedikit penghinaan yang ditulis..dikatakan bahawa agama islam itu adalah agama pagan arab, sesetengah perkataan sengaja direka oleh orang arab untuk memaksa orang melayu mengikut agama orang arab dan lagi teruk mengatakan bahawa sebenarnya agama islam tidak perlu bersolat. perkataan solat sengaja direka cipta oleh orang arab.

ada juga dipaparkan bersama video yang merendahkan martabat baitullah dan kota mekah yang suci bagi umat islam seluruh dunia.atok sertakan dibawah ( di ambil dari blog tersebut )

YouTube - ‪Stoneworship In Mecca‬‏ (maaf, atok x dapat nak embeed code video tersebut, SILA KLIK untuk lihat video tersebut)

malah, penulis blog tersebut turut memberi pesanan mengenai video YouTube - ‪Stoneworship In Mecca‬‏ dengan berkata
 

Kalau malas sangat nak baca, atau susah nak faham apa yang dibaca atau tidak boleh faham apa makna sembah batu, Lihat saja video "Stoneworship In Mecca" di bawah. Kalau selepas 3 minit menonton Video clip pendek ini - dan kalau tak faham juga - eloklah isi borang jadi ahli seumur hidup dalam kelab agama Hindu. Mungkin orang-orang buta tidak boleh nampak - tetapi orang-orang pekak dan yang tuli pun boleh lihat dengan jelas batu-batu yang gunakan di setiap amalan ibadat Haji. Mengeliling batu, sembah batu, menciup batu, mengutip batu, membaling batu ke arah batu, berlari antara dua batu, berdiri atas batu.

Yang tidak ada dalam Video ini hanyalah gambar-gambar orang makan atau minum batu! Mungkin satu hari nanti mereka akan sampai ke level ini.

Disebabkan ramai pembaca yang mengaku diri mereka "Beragama Islam" tetapi tidak mahu mengunakan akal yang dianugerah oleh Allah - komen-komen bodoh mereka tidak akan disiar atau dilayan.

Hanya komen-komen orang yang sanggup mengunakan akal sahaja akan disiarkan.

walaubagaimanapun, sudah ada segelintir pihak yang menasihati penulis blog ini dan ada komen-komen yang disiarkan..berdasarkan beberapa komen yang atok baca, ada yang merasakan bahawa penulis blog tersebut bukan islam dan sengaja ingin mengganggu gugat agama islam dalam komuniti melayu.

pada atok, keseluruhan isi kandungan blog tersebut bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar. malah, terdapat beberapa ayat yang didakwa kononnya ayat Al- Quran disalah tafsirkan dan diselewengkan. nasihat atok, kalau nak merujuk tentang agama islam, rujuklah pada mereka yang betul-betul arif, bukan sekadar mencedok ilmu di internet tanpa menapisnya terlebih dahulu. apatah lagi tentang agama dan ibadah seharian.

ntah la..apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni..isu agama pun nak dipermainkan..atok sekadar membaca, meneliti dan mencerita..kalau salah tolong tegur atok..kalau suka boleh LIKE. kalau x suka, komen di entry ni..hihihi

semoga apa yang kita sebarkan mampu memberi manfaat kepada seluruh umat manusia supaya agama islam tidak disalah tafsirkan terutamanya oleh golongan bukan islam..

Ahad, 22 Mei 2011

ATOK KEMBALI LAGI!!

salam..

akhirnya ada jugak mood nak berblogging..sebenarnya dah lama atok x update blog..xtaw kenapa rasa malas nak jenguk blog menghantui diri..ada la jugak cucu yang prihatin duk tanya pasal atok..

kenapa x update blog?

kenapa menyepi sekian lama?

atok pergi mana? lama x nampak..

hah?? x caya ada orang rindukan atok? nah buktinya..hihihi

image

sebenarnya atok sibuk ngan kenduri kesyukuran kat rumah minggu lepas..dan sekarang dah banyak masa free..boleh la atok bersurah di blog ni sampai lebam..hahaha..

k.la.kepada yang rindukan entry atok, nantikan entry yang akan membuatkan cucu rasa macam nak tumbuk je skrin laptop cucu tuh..

jangan bawak kemarahan ni sampai kat kerja dan sekolah dah la ye..

nantikan ( sambil bunyi lagu suspen )

Ahad, 15 Mei 2011

[LAWAK] 10 GAMBAR OBAMA PALING LAWAK

atok jumpa gambar ni sebijik website matsalleh..terasa nak share lak ngn cucu nih..apa pun layan je la gambar photoshop nih..hahaha..

image

nak jadi orang putih ke obama? hahaha..siap rambut warna karat lagi..

image

ini baru african american sejati..afro beb..kih3..ke sarang tebuan? konpiusss..

JOM BERKEBUN DI FARMVILLE

image

salam..

akibat penangan bosan..inilah jadinya..jom berkebun..hahaha..

dah lama atok x main farmville ni..seingat atok..kali terakhir atok berkebun di farmville masa atok di asasi UM dulu..huhuhu..zaman muda-muda..

bila dah lama main..huh! boring~

lepas tu, atok block application FARMVILLE di facebook..hahaha..padan muka..atok tinggal camtu je ladang-ladang dan tanaman atok..langsung atok x hiraukan..setelah sekian lama..atok rasa rindu pulak kt kebun atok dulu..tadi, bila atok buka…YA ALLAH! apa dah jadi ni? tengok la gambar kat atas..apa yang dah jadi..

habis hilang semua traktor, tanaman n bangunan..tu je yang tinggal..nasib baik duit n xp x hilang skali..hmm..atok rasa macam nak main balik je benda alah ni..ye la, cuti 4 bulan..kalau bercucuk tanam dah boleh makan hasil..kih3..tu yang atok pikir nak main farmville ni..sambil kutip hasil, dapat jugak atok sihatkan tubuh badan..

cucu main farmville x? sapa main farmville bagitaw atok..atok nak tambah jiran ni..hihihi..

JOM BERKEBUN DI FARMVILLE…hihihihi

image

[HOT] LAGI ARTIS BERANI ADEGAN BERAHI

Huh! pagi-pagi dah ada citer camni..

hihihi

image

MUMBAI: Sejak aktres Jacqueline Fernandez mengambil alih daripada Mallika Sherawat bagi membintangi filem Murder 2, banyak pihak melabelnya bersikap serius dan imej gadis baik.

Tetapi, wanita jelita dari Sri Lanka ini tidak suka dibandingkan dengan Sherawat yang lebih terkenal dengan watak seksi.

“Tidak mengapa jika ada pihak membandingkan antara kami. Ia adalah perkara biasa dibandingkan dengan Mallika kerana beliau yang berlakon dalam filem pertama Murder manakala saya terbabit dalam sambungannya.

“Saya tidak pernah bertemu Mallika dan saya secara peribadi tidak mengenali beliau tetapi daripada apa yang saya lihat, saya rasa beliau adalah seorang aktres yang baik.”

Fernandez juga tidak senang dengan kenyataan bahawa filem Murder 2 akan banyak memaparkan adegan mendedahkan dan hubungan intim.

5 BAHAGIAN TUBUH LELAKI YANG DIPERHATIKAN PEREMPUAN

salam

aish..dah bersawang abis blog atok nih…dah lama atok x update blog kan? ada jgk cucu yang tertanya-tanya..kemana la atok nih..dah lama x nampak kt blog..atok sebenarnya agak malas nak update blog bila blogger ni buat problem..huh! nasib baik blog atok dah ok semalam..

sebenarnya atok dah ada kt umah ni..tengah berseronok dengan merehatkan diri..hihi..ye la..baru je lepas exam..nak jugak rehat-rehat jap..sekarang ni baru atok nak berblog sampai lebam..kih3…jom la baca entry baru atok ni..hik3

5 BAHAGIAN TUBUH LELAKI YANG DIPERHATIKAN PEREMPUAN

imageSenyuman

amacam? msti ramai yg x caya kan yang senyuman menjadi bahagian yang paling disukai perempuan..aish..kalau atok la..mesti la atok nak pilih perempuan yang senyum kt atok..hihihi..bukan senyum memanjang macam kambing..kih3..tapi, buat lelaki, sebelum nak tackle awek tu..kene belajar cara senyum yang terbaik dulu la ye~

Mata

dari mata turun ke hati..jadi x hairan la kalau perempuan suka tengok mata lelaki kn? hihi..lagipun mata ni menggambarkan kikhlasan dan ketulusan hati seseorang..ye ke?

Tangan

sebenarnya, bab tangan dan jari ini ada satu rahsia lelaki..tapi, atok x pasti ianya mitos ataupun fakta..apa2 pun..bahaya untuk atok ceritakan pada umum..hihihi..sebenarnya, orang perempuan suka tengok tangan untuk menilai kebersihan lelaki tersebut..

Lengan

bab ni atok x pasti..hihihi..orang kata, perempuan suka lengan lelaki yang berketol-ketol..ye ke?hmm..ada sapa2 leh jawab?

Rambut

yang ni atok setuju! hihi..memang la wajib nampak rambut kalau dah tengok muka..lagipun, dari rambut la terserlah personaliti seseorang samada kemas, bergaya dan bajet korea..kah..kah..kah

k.la..atok senaraikan 5 je dulu..tengok tajuk la..hihihi..tapi, itu hanya penilaian dari luaran..yang penting adalah hati, perasaan dan sikap..kalau boleh nk dua-dua kn?

Jumaat, 13 Mei 2011

PETUA BULU MATA JADI LENTIK

image

cantik x? hihih..ni bukan mata air atok..atok main pick up kt google search engine je..entah sapa la ni…tapi, bulu mata dia memang cantik! hihihihi

atok ada petua nak bagi bulu mata lentik..hihihi..nak? atok cari kat lam internet je..jom la baca..kalau nak try amat lah digalakkan….kalau jadi..bgtaw atok ye..atok nak “try” jgk..hihihi

Bahan:
- Tanaman Lidah Buaya
- Tangkai Daun Sirih

Pengolahan:
Lidah buaya diambil lendirnya,
lalu tangkai sirih dicelupkan pada lendir lidah buaya tadi.
Setelah itu secara rutin oleskan pada bulu mata anda.
Untuk sementara hindari dulu pemakaian maskara.
Lakukan hal diatas selama kurang lebih 2 minggu maka akan terlihat hasilnya.

sumber : Agar Bulu Mata Lentik

atok pun jumpa satu blog yang bagi petua pasal bulu mata lentik ni..ada banyak caranya..antaranya

1. Makanan

2. Minyak alami

3. Sikat

4. Trim

kalau nat taw sepenuhnya boleh baca kt sini : Bambam's Story: Tips mendapatkan bulu mata melentik

dah? jom la try..hihihihi

p/s : sapa nak kenal cik epal? meh tengok siapa cik epal sebenarnya disini : .:: diARi sEoRAnG rEMaJA ::.: Aku VS Cik Epal Gonjeng VS Kumpulan 24:7

Selasa, 10 Mei 2011

PENERANGAN PRESIDEN KK2 ATAS ISU PENEMPATAN PELAJAR SESI 2011/2012

image

masalahnya..bila nak panggil buat penerangan kepada pelajar bagi alasan.

penyelia kolej dengan alasan “saya tidak disuruh oleh pengetua untuk memberi kenyataan dalam isu ini, Sila rujuk Presiden Kolej dan Presiden Balai Islam”

mengenai Presiden Kolej yang sibuk dengan minggu peperiksaan, saya amat memahami keadaan beliau sekarang..apa susah kiranya jika Presiden atur kan pertemuan penyelia dan pengetua bersama pelajar?

malah, saya dan beberapa orang rakan cuba mengaturkan pertemuan tersebut dengan harapan dapat menunjukkan kesungguhan kami dalam isu ini namun, jawabnya……”cuba tanya Presiden Balai dan Presiden Kolej”

lupa ke penyelia?? diorang ni exam..x kesian ke?

apakah terlalu berat untuk Penyelia menyatakan pendirian dalam isu ini? kenapa perlu tunggu Pengetua memberikan arahan? adakah hanya pengetua yang memiliki kuasa mutlak dalam hieraki pentadbiran kolej?

Terima kasih atas sokongan sahabat2 yang banyak membantu saya dan saya mengaku segala kesilapan saya, PENGAKUAN PROVOKASI | peTUA KITA semua

Buat sahabat2..

MASA YANG AKAN DATANG KEWAJIBAN MU LAH!!

MENJADI TANGGUNGAN MU TERHADAP NUSA!!

PENGAKUAN PROVOKASI

Play lagu dibawa untuk rasa apa yang saya rasa semasa menaip entry ini..kerana saya pun mengulang-ulang lagu ini semasa menulis pengakuan ini.hihihi..kalau suka..boleh download~

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Malam ini adalah malam terakhir saya (aiman) menginap di Kolej Tuanku Bahiyah. Pejam, celik,pejam, celik masa semakin hampir untuk saya meninggalkan kolej ini. Sepanjang setahun saya berada di sini, saya berpuas hati dengan apa yang saya lakukan.

Saya mengaku bahawa saya sendiri merancang untuk melancarkan provokasi melawan ketidak adilan yang berlaku dalam pemilihan pelajar yang dapat menginap di Kolej 2. Dalam masalah ini, saya jelas untuk bersama rakan-rakan yang melawan ketidak adilan dalam pemilihan pelajar pada kali ini. Terdapat banyak ketempangan yang berlaku dalam kreteria pemilihan antaranya soal CGPA, sistem merit dan kuasa khas yang diberikan kepada Presidan dan JKP dalam memilih pelajar untuk “stay” di kolej.

Walau saya banyak dikecam oleh sesetengah pihak kerana seolah-olah sengaja mencetuskan pepecahan dan membuat onar, jauh disudut hati saya berasa sedikit bangga dan girang. Sudah cukup mahasiswa diperlekehkan dengan menganggap kami tidak mampu membuat keputusan. Saya rasa amat bersalah jika rakan saya tidak sedar akan hak mereka untuk bangun melawan.

Setelah saya menjalankan provokasi tersebut dibantu rakan-rakan yang setia menemani, sudah mula tumbuh dengan subur bibit-bibit melawan penindasan.Warga kolej sudah berani untuk mempersoalkan segala tindak tanduk kolej secara terbuka di Facebook dan blog. Walaupun wujud sedikit pergaduhan kecil, namun itulah hakikatnya dalam memperjuangkan hak dan menentang kebatilan.

Apa yang saya bimbang, jika proses pemilihan ini diwariskan kepada adik-adik yang bakal menginap disini pada tahun hadapan.Proses ini bakal diulang-ulang dan dimainkan oleh pentadbiran kolej jika kita tidak bangun sekarang. Bangun melawan bukan hanya bererti keluar kolej demi menunjukkan ketidak puasan hati. Namun, kita masih perlukan warga kolej yang lantang bangun melawan dari dalam kolej tersebut sendiri. Mereka inilah yang bakal mengubah landskap politik kampus dan menentukan jatuh bangun penentangan kezaliman pentadbiran kolej.

Harapan saya, saya amat memerlukan pentadbiran kolej yang sudi mendengar suara besar warga kolej bukannya mendengar suara Presiden dan JTK/JIK semata-mata dalam menetukan segala peraturan serta polisi. Malah, kalau difikir dengan fikrah yang sihat mampukah orang yang dipilih pentadbiran ini melawan pengetua dan penyelia yang zalim dengan terbuka? Maka, saya cadangkan jawatan Presiden dan jawatan utama dalam struktur pentadbiran kolej dipilih oleh mahasiswa sendiri melalui pengundian supaya Presiden dan mereka yang bertanggungjawab terasa adanya rasa untuk membantu mahasiswa dengan serius.

Teringat kisah dirumah, ayah saya selalu bercerita kesusahannya semasa belajar di Universiti Malaya. Ayah saya pernah menghantar surat kepada pihak pentadbiran universiti untuk menyediakan kolej kediaman kepadanya dan kawan-kawan kerana mereka tidak mendapat penempatan di kolej kediaman pada tahun pertama. Dalam surat tersebut menyatakan, ayah saya dan rakannya akan berhenti belajar jika tidak diberikan penempatan di kolej untuk pelajar tahun pertama pada zaman tersebut. Dan ayah saya berjaya mendapat penginapan di Kolej 2. Mungkin, semangat itu tempias di naluri saya. Terima kasih abah..

FIGHT THEM, AND FIGHT THEM HARD 4 JUSTICE!

marilah kawan, mari kita khabarkan..

di tangan kita tergengam arah bangsa.

marilah kawan, mari kita nyanyikan

sebuah lagu tentang pembebasan

dibawah kuasa tirani,

ku susuri garis jalan ini,

berjuta kali turun aksi,

bagiku satu langkah pasti.

Isnin, 9 Mei 2011

BERFUNGSIKAH PRESIDEN KOLEJ?

Usaha saudara Muhsi, Saudari Intan mewakili MPMUM dan rakan-rakan untuk membela nasib pelajar kolej 2 tidak akan terhenti walau mereka ditempelek oleh Pengetua dan Penyelia kolej dengan menolak permintaan untuk berjumpa dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi.

Hari ini sudah jelas bahawa pihak pentadbiran kolej langsung tidak menghiraukan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kenapa perlu mengelak apabila mahasiswa ingin mempersoalkan tindakan pentadbiran kolej lakukan? Adakah kerana pihak pentadbiran sedar bahawa mereka melakukan kesilapan? Ah..semua bisa diatur..

Malah, saudara Asyraf dijadikan kambing hitam bagi menutup kesilapan kolej. Apabila pertemuan antara mahasiswa dan pentadbiran nak dilakukan, mereka dengan lewa berkata “ Tanyalah Presiden kolej dan Presiden Balai”..

Ini jelas membuktikan bahawa pengetua dan penyelia tidak berniat untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Lebih teruk, saudara Asyraf terpaksa menghadapi pelbagai persoalan dari mahasiswa atas apa yang berlaku di tambah lagi dengan bebanan peperiksaan. Malangnya, Presiden Kolej 2 hanya diam seribu bahasa seolah-olah mengiyakan segala tindakan pengetua dan penyelia.

Inilah bahana yang berlaku apabila Presiden Kolej dilantik oleh pihak pentadbiran kolej. Presiden kolej terpaksa memenangi hati pentadbiran kolej kerana terasa berhutang budi atas perlantikannya. Maka, Presiden kolej tidak mampu untuk memperjuangkan hak mahasiswa kerana beliau tidak rasa terhutang budi dengan mahasiswa. Presiden kolej sudah tidak berfungsi lagi. Yang bertambah peliknya, bila masalah penginapan berlaku mahasiswa terpaksa memanggil MPMUM untuk membantu mahasiswa walhal sepatutnya Tuan Rumah (Presiden kolej) terlebih dahulu membantu warga kolej.

Hari ini, saya terlebih dahulu menggesa Presidan Kolej untuk mengaturkan pertemuan antara Pengetua dan penyelia dengan mahasiswa untuk menjelaskan keadaan sebenar. Saya rasakan orang yang dilipih oleh pengetua mungkin mampu melembutkan hati pengetua dan penyelia untuk bertentang mata dengan mahasiswa. Diharapkan Presiden Kolej berfungsi buat kali pertama untuk mahasiswa.

FIGHT THEM AND FIGHT THEM HARD!

PENDAPAT PERIBADI MENGENAI RAKAMAN SUARA TERSEBUT

tengok video terlebih dahulu disini : RAKAMAN SUARA SEMASA PERTEMUAN ANTARA PELAJAR DENGAN PENGETUA SERTA PENYELIA KK2 MENGENAI MASALAH PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ 2!!! | peTUA KITA semua

image

image

image

akan di update dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan dan keperluan semasa..

RAKAMAN SUARA SEMASA PERTEMUAN ANTARA PELAJAR DENGAN PENGETUA SERTA PENYELIA KK2 MENGENAI MASALAH PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ 2!!!


RAKAMAN SUARA TELAH DIBUANG ATAS SEBAB TERTENTU

pelajar tersebut adalah Presiden Balai Islam KK2 2010/2011 saudara Ahmad Asyraf

jika aku diberi peluang untuk bersama MUHSI,INTAN dan rakan..benda pertama yang aku akan BANGKANG ialah

KENAPA PRESIDEN DAN JKP MASING-MASING DIBENARKAN UNTUK MEMILIH 10 ORANG TERBAIK UNTUK DISENARAIKAN TERPILIH MENDAPAT PENGINAPAN?

APAKAH KRETIRIA UNTUK MEMILIH 50-60 ORANG PELAJAR TERSEBUT? ADAKAH ATAS SIFAT KASIHAN TERHADAP RAKAN ATAU FAKTOR PERSAMAAN IDEOLOGI POLITIK?

FIGHT THEM, AND FIGHT THEM HARD!!!

Ahad, 8 Mei 2011

PENJELASAN DARI PRESIDEN KK2 MENGENAI SOAL PENEMPATAN KK2 SESI 2011/2012

ini bukan edit ye..hanya printscreen dari komen di FB atok..

sebelum baca penjelasan ni..elok la dibaca pesanan ini terlebih dahulu PESANANKU KEPADA ADMIN KK2 | peTUA KITA semua supaya tahu apa yang berlaku sebenarnya

Amrulz Murshiduz adalah Presiden Kolej Kediaman ke-2 bagi sesi 2010/2011

image

image

image

segala update akan diberitahu dari semasa ke semasa

sekadar berkongsi..supaya warga KK2 jelas apa yang berlaku..jangan terlalu mengikut emosi dan perasaan..kita perlu jaga nama kolej sebaik mungkin…hihihi

UPDATE ! : PENJELASAN DARI PRESIDEN KK2 : PENJELASAN DARI PRESIDEN KK2 MENGENAI SOAL PENEMPATAN KK2 SESI 2011/2012 | peTUA KITA semua

P/S : LIKES untuk bagitaw kawan-kawan yang lain

Sabtu, 7 Mei 2011

PESANANKU KEPADA ADMIN KK2

image

DARIPADA : PELAJAR KK 2

KEPADA : PENGURUSAN KOLEJ 2 YANG DIKASIHI

SUBJEK : KENAPA KAMI DIPERGUNAKAN?

TARIKH : 7. MEI. 2011

Merujuk kepada senarai nama pelajar yang diterima untuk menginap di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah 2011/2012.

Saya, mewakili pelajar yang memohon untuk menginap di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah sesi 2011/2012 ingin menyatakan BANTAHAN dan KETIDAKPUASAN HATI kami terhadap pentadbiran kolej dalam proses pemilihan pelajar..

Saya amat terkejut kerana rata-rata pelajar yang tidak dapat menginap bagi sesi 2011/2012 adalah pelajar yang aktif dengan aktiviti kolej. Malah, lebih menyedihkan lagi apabila terdapat pelajar kolej yang tidak aktif diterima masuk untuk menginap pada sesi 2011/2012

Kalau dilihat kepada kretiria yang dipilih oleh pentadbiran, secara jelas menunjukkan ketidak adilan berlaku terhadap mahasiswa yang aktif aktiviti kolej. Persoalannya :

1. KENAPA 76 PELAJAR TERAWAL KE ROADSHOW TNC DIBERIKAN MERIT KHAS UNTUK MENGINAP SESI 2011/2012?

a. Apakah roadshow itu terlalu agung hingga 76 pelajar terawal mendapat tempat untuk menginap? Maknanya, kalau pelajar itu tidak menyertai sebarang aktiviti kolej tetapi termasuk dalam golongan 76 terawal..maka, dia berhak untuk menginap pada sesi 2011/2012. Ini jelas bertentangan dengan apa yang diuar-uarkan kepada pelajar sebelum ini iaitu hanya pelajar yang aktif sahaja dibenarkan menginap pada sesi hadapan.

b. Malah, kalau diperhatikan pada senarai nama 76 pelajar terawal, rata-ratanya pelajar bukan muslim..kenapa pelajar muslim amat sedikit? Kalau rakan-rakan ingat, pada waktu dan saat 76 nama diambil ialah waktu maghrib dan sebagai seorang muslim, seorang muslim wajib menunaikan tanggungjawabnya terlebih dahulu untuk solat maghrib pada waktu itu.maka, tidak hairanlah kalau saya jelas menolak senarai nama 76 pelajar tersebut kerana jelas ketidak adilan berlaku terhadap pelajar muslim

2. KENAPA HANYA 2 ORANG PELAJAR YANG MENYERTAI BALAI ISLAM TERSENARAI UNTUK MENDAPAT TEMPAT PENGINAPAN DI KK2?

a. Persoalan yang bermain-main difikiran kebanyakan pelajar..setahu saya, pelajar yang menganggotai balai islam adalah pelajar yang aktif..masakan tidak, pelbagai aktiviti dibawah balai islam telah dijalankan antaranya Ihram, Prosas dan program mengimarahkan surau seperti kuliah maghrib dan bacaan Yasin.

b. Adakah hanya 2 orang pelajar terlibat dalam menjalankan program tersebut? Kenapa hanya 2 orang sahaja diberikan penginapan? Semuanya telah dirancang dan diatur untuk menutup kezaliman pentadbiran kolej dengan alasan mereka telah menyenaraikan 2 orang pelajar balai islam. Kalaulah ditakdirkan Presiden Balai Islam 2010/2011 tidak mendapat tempat, maka ianya secara jelas memperlihatkan bahawa balai islam lah penyebab pelajar tidak dapat penginapan kolej. Manakala, seorang lagi pelajar tersebut bakal ditabalkan menjadi Presiden Balai Islam 2011/2012.semuanya telah diatur dengan sangkaan bahawa pelajar itu bodoh untuk menilai.

3. SOKONG PRO-M TIDAK DAPAT PENGINAPAN?

a. Sekali lagi masalah politik kampus berlaku dikolej. Kalau dilihat pada Pilihanraya Kampus 2011/2012 baru-baru ini. Nampaknya pentadbiran kolej 2 begitu bertolak ansur dengan Pro mahasiswa. Adakah ini satu taktik dan cara untuk mengenali mahasiswa yang bersimpati dengan Pro mahasiswa dan memberikan penalti untuk di tolak permohonan menginap kolej bagi sesi 2011/2012? Adakah kerana bersimpati dengan perjuangan Pro Mahasiswa akan dikenakan tindakan? Kenapa ada wakil calon Pro Mahasiswa yang aktif kolej tidak mendapat tempat untuk menginap di kolej pada sesi hadapan?

4. TEMPOH RAYUAN YANG TIDAK MUNASABAH!

a. Kenapa tempoh rayuan dilakukan selepas minggu haluansiswa? Kenapa tempoh rayuan tidak dibuat dalam tempoh seminggu selepas keputusan keluar seperti kolej-kolej lain? Kalau tempoh rayuan dilakukan selepas minggu haluan siswa,adakah pelajar yang membuat rayuan tersebut terpaksa merempat di kaki lima sementara menunggu keputusan?

Apakah alasan yang bakal diberikan oleh pihak kolej apabila pelajar ingin tahu apakah kecelakaan dan musibah hingga mereka disingkirkan dari mendapat tempat untuk menginap di kolej kediaman?

Apakah alasan “Atas sebab yang tidak boleh diberitahu” akan dijadikan zikir dan munajat oleh pentadbiran kolej bagi mengelak kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran kolej..

Sama-sama kita nantikan….

P/S : LIKES la sekali…letih atok taip nih!!

PETUA LETAK IKLAN part 2.

sebelum ni atok dah cerita pasal petua nak letak iklan untuk dapatkan earing tinggi di sini :

hari ni atok nak kongsi pulak..macam mana caranya nak letak iklan-iklan semua nih…senang je..meh nak citer..

sebenarnya cara nak letak iklan advertlets dan nuffnang ni sama je..cuma si advertlets ni x ajar cra nak letak iklan..hampeh!

Langkah 1: Akses akaun Blogger anda
  1. Log masuk ke dalam akaun Blogger anda di http://www.blogger.com/start.
Langkah 2: Masuk ke dalam halaman Design
  1. Anda seterusnya akan dibawa ke halaman Dashboard dan anda akan dapat melihat senarai blog anda di bahagian 'Manage Your Blogs'. Klik pada pautan 'Design' pada blog yang anda ingin memasang kod iklan Nuffnang.
  2. Klik pada pautan 'Edit HTML' untuk mengubah templat blog tersebut.
  3. pasang iklan Leaderboard (728x90)

sila pastikan opsyen pilihan 'Expand Widget Templates' telah ditandakan: ✓

letakkan code iklan dari advertlets selepas <body ……………..>

bagaimana nak cari code <body?

tekan Ctrl+F dan type kan <body

p/s : abaikan ikaln nuffnang

image

4. pasang iklan Large Rectangle (336x280)

Cari "post-footer-line-2" di dalam templat, diikuti dengan elemen </b:includable> yang berdekatan. Tampal kod iklan di atas lokasi elemen </b:includable> seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut:

image

begitulah caranya..kredit untuk Nuffnang Malaysia | Asia Pacific窶冱 First Blog Advertising Community » Invalid Cookie Information walaupun atok dah memadukan nuffnang..

[TERBONGKAR] SIAPA YANG TEMBAK OSAMA?

hasih..setelah kematian osama disahkan sendiri oleh Al-Qaeda..kini, Al-Qaeda menjalankan misi membela kematian ketuanya iaitu osama.. rujuk malaysiakini : Al-Qaeda ikrar balas dendam - Malaysiakini

isu terbaru timbul..siapakah yang membunuh osama?? adakah ia seorang muslim atau kritian atau yahudi? adakah ianya lelaki atau perempuan..malah, isu rasis iaitu adalah penembak osama ini berkulit hitam atau putih?

atok ada terbaca diberita yahoo mengenai ciri-ciri lelaki yang menembak mati osama..antara ciri-cirinya

image

  • He is the unknown shooter. The nameless, faceless triggerman who put a bullet in the head of the world’s most notorious terrorist.
  • He’s likely between the ages of 26 and 33, says Marcinko, founder of the elite “SEALs Team 6” — now known as DEVGRU
  • He’ll be old enough to have had time to hurdle the extra training tests required to join the elite counter-terrorism unit, yet young enough to withstand the body-punishing rigors of the job.
  • The shooter’s a man, it’s safe to say, because there are no women in the SEALs.
  • And there’s a good chance he’s white, though the SEALs have stepped up efforts to increase the number of minorities in their ranks
  • He was probably a high school or college athlete, Smith says, a physical specimen who combines strength, speed and agility.
  • He’s got a lot of upper-body strength. Long arms. Thin waist. Flat tummy.
  • There are SEALs who are 5 feet 4 and SEALs who are 6 feet 5
  • not the crew-cut, neatly shaven ideal we’ve come to expect from American fighting forces.

image

banyak lagi sebenarnya..kalau cucu nak baca penuh..boleh kesini : Who shot bin Laden? Former SEALs fill in the blanks - The Washington Post

siapa pembunuh osama sebenarnya?? kenapa unit ini dirahsiakan? adakah kerana ianya hanya satu konspirasi pembunuhan atau ingin mengelakkan lelaki tersebut diserang…

adakah osama ini hanyalah satu boneka Amarika untuk menyerang iraq dan afganistan? atau, sememangnya osama ini pejuang jihad islam?? adakah semuanya terjawab disini OSAMA MASIH HIDUP! | peTUA KITA semua ?

Jumaat, 6 Mei 2011

PETUA LETAK IKLAN UNTUK DAPAT EARNING TINGGI!

sebelum ni..atok ceritakan kenapa atok telah memilih advertlets sekaligus memadukan nuffnang yang selama ini banyak mencurahkan jasa dan bakti kedalam poket atok tiap-tiap bulan..hihihi..kalau cucu lom baca..boleh jenguk kat sini :http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/05/sebab-atok-ceraikan-nuffnang-tanpa.html

sebenarnya, atok baru tahu bahawa bukan boleh ikut sesuka hati je nak letak iklan..nak letak tepi la..bawah la..celah ni la..pop-up la..macam-macam style ada..tapi, adakah dengan bermacam style tu menjamin pendapatan yang lumayan??

maka, bila atok guna advertlets ni..atok cuba-cuba la godek2 sikit informasi pasal advertlets ni..rupa-rupanya, ada syarat untuk dapatkan earning tinggi melalui advertlets..

cara pertama, semua orang dah tahu bahawa advertlet tidak seperti nuffnang..pendapatan advertlets adalah berdasarkan pageviews..kalau pageviews dan pengunjung ke blog adalah tinggi..maka, pendapatan advertlets akan naik mencanak!!

cara kedua..ini yang atok nak kongsikan..hihihi..CARA MELETAKKAN IKLAN UNTUK MENDAPATKAN EARNING TINGGI!!!..meh baca kat bawah..sengaja atok hanya copy n paste tanpa mengubah apa-apa untuk mengelakkan salah terjemah disebabkan kelemahan bahasa inggeris atok..hik3..

Which Advertlets Ad formats earn the most?

You will earn the most from these Advertlets ad formats, listed in order from highest to lowest. Ad earnings also depend on your placement, do take note of the placement suggestions for optimal earnings.

Sidebar (165x240)
In order for this to perform optimally, please install this ad format to be visible on your blog without scrolling.

Leaderboard (728x90)
This performs best right if placed right on the top area of your blog.

Large Rectangle (336x280)
This will perform well in the following locations - on your blog sidebar (if you have a large sidebar), in between blog posts, and in the comments section of your blog (before the comments box).

Banner (468x60)
This performs best right on top of your blog or between posts.

Button (180x150)
This is the smallest ad format, that will perform best within blog posts.

dah dapat?? paham x? hik3..harap-harap la paham..kalau x paham..boleh tanya atok diruangan komen..atok akan cuba terjemahkan sebaik mungkin..

SELAMAT BERAMAL~

Khamis, 5 Mei 2011

[GEMPAR!] BIGFOOT DITEMUI

atok xnk ulas panjang..cucu tengok la video ni..

huh! jaga-jaga..mungkin ada banyak lagi bigfoot dibelakang umah cucu

SENARAI GAME YANG MENGHINA ISLAM part2

salam..

hari ni atok jenguk-jenguk internet xde benda best pun..huh! sedih…susah la nak update blog cmni..xde idea baru dan gempak..last-last..atok kaji selidik la pasal game-game yang menghina islam..sebelum ni atok ada penah kongsi satu artikel facebook pasal game yang menghina islam..kalau nak baca..klik kt sini : [TERBARU] GAME YANG MENGHINA ISLAM | peTUA KITA semua

sekarang ni..atok ada jumpa beberapa gambe lain yang turut sama menghina islam..ada game lama dan ada game yang masih hot! hihihi

atok petik dari forum

1.Clive Barker; Undying

image

Permainan ini mengesahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Aku dah habis main lah game clive barker undying ni. memang ada pun nama Allah dengan tulisan terbaik kat dinding ngan tiang. tapi kat stage last- last. tapi kalau kat stage awal-awal tu tak perasan lak aku. Tapi game ni dah lame la.

 

 

2.BATTLE OF THE GODSimage

3.C&C General

kalau korang perasan la, masa kita pakai GLA kita buat orang reramai riot tu......dia akan takbir Allah hu akbar....bunyi salawat pun ada...

yes... civilian tu ada yg takbir dan selawat...
aku guna diorang ramai2 pi attack base US...
terbarai US bila tengok 'pejuang2 islam' nie datang ramai2

C&C Generals, bangunan GLA cam masjid..lagi ampeh gak

P/S : LIKES untuk SHARE di FACEBOOK masing-masing