Isnin, 23 Mei 2011

KAABAH ITU BERHALA?

mesti ramai yang tertunggu-tunggukan dari petang tadi..apa yang atok nak bagi taw ni sampai ada muzik suspen gitu..hihihi

sebenarnya, semalam atok ada terjumpa satu website yang berkisar tentang agama islam..atok x pasti penulis blog tersebut berbangsa dan beragama apa, kerana isi kandungan blog tersebut berkisar tentang penghinaan terhadap islam..

yang atok terkejutnya, bila baca nama blog tersebut iaitu kaabahituberhala ..terus atok baca dari satu entry ke entry, dari satu perenggan ke perenggan, dan dari satu ayat ke ayat..malah, ada diselitkan beberapa ayat didakwa ayat Al-Quran untuk memperkuatkan hujahnya..

atok ambil satu contoh entry dari blog kaabahituberhala

image

image

itu baru sedikit penghinaan yang ditulis..dikatakan bahawa agama islam itu adalah agama pagan arab, sesetengah perkataan sengaja direka oleh orang arab untuk memaksa orang melayu mengikut agama orang arab dan lagi teruk mengatakan bahawa sebenarnya agama islam tidak perlu bersolat. perkataan solat sengaja direka cipta oleh orang arab.

ada juga dipaparkan bersama video yang merendahkan martabat baitullah dan kota mekah yang suci bagi umat islam seluruh dunia.atok sertakan dibawah ( di ambil dari blog tersebut )

YouTube - ‪Stoneworship In Mecca‬‏ (maaf, atok x dapat nak embeed code video tersebut, SILA KLIK untuk lihat video tersebut)

malah, penulis blog tersebut turut memberi pesanan mengenai video YouTube - ‪Stoneworship In Mecca‬‏ dengan berkata
 

Kalau malas sangat nak baca, atau susah nak faham apa yang dibaca atau tidak boleh faham apa makna sembah batu, Lihat saja video "Stoneworship In Mecca" di bawah. Kalau selepas 3 minit menonton Video clip pendek ini - dan kalau tak faham juga - eloklah isi borang jadi ahli seumur hidup dalam kelab agama Hindu. Mungkin orang-orang buta tidak boleh nampak - tetapi orang-orang pekak dan yang tuli pun boleh lihat dengan jelas batu-batu yang gunakan di setiap amalan ibadat Haji. Mengeliling batu, sembah batu, menciup batu, mengutip batu, membaling batu ke arah batu, berlari antara dua batu, berdiri atas batu.

Yang tidak ada dalam Video ini hanyalah gambar-gambar orang makan atau minum batu! Mungkin satu hari nanti mereka akan sampai ke level ini.

Disebabkan ramai pembaca yang mengaku diri mereka "Beragama Islam" tetapi tidak mahu mengunakan akal yang dianugerah oleh Allah - komen-komen bodoh mereka tidak akan disiar atau dilayan.

Hanya komen-komen orang yang sanggup mengunakan akal sahaja akan disiarkan.

walaubagaimanapun, sudah ada segelintir pihak yang menasihati penulis blog ini dan ada komen-komen yang disiarkan..berdasarkan beberapa komen yang atok baca, ada yang merasakan bahawa penulis blog tersebut bukan islam dan sengaja ingin mengganggu gugat agama islam dalam komuniti melayu.

pada atok, keseluruhan isi kandungan blog tersebut bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar. malah, terdapat beberapa ayat yang didakwa kononnya ayat Al- Quran disalah tafsirkan dan diselewengkan. nasihat atok, kalau nak merujuk tentang agama islam, rujuklah pada mereka yang betul-betul arif, bukan sekadar mencedok ilmu di internet tanpa menapisnya terlebih dahulu. apatah lagi tentang agama dan ibadah seharian.

ntah la..apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni..isu agama pun nak dipermainkan..atok sekadar membaca, meneliti dan mencerita..kalau salah tolong tegur atok..kalau suka boleh LIKE. kalau x suka, komen di entry ni..hihihi

semoga apa yang kita sebarkan mampu memberi manfaat kepada seluruh umat manusia supaya agama islam tidak disalah tafsirkan terutamanya oleh golongan bukan islam..

Comments
17 Comments

17 ulasan:

forever love berkata...

salah satu cara untuk menjatuhkan agama islam camtue la.. ayat die memang nampak orang melayu yang tulis.. tapi ingt.. melayu tak semestinya islam..

mungkin orang dari agama lain kot.. wallahu a'alam

Orang Kampung berkata...

thanks atas info ni..
pening2.. aku pun masuk blog tdi..
stiap entri dia mmg crita detail.. pnjng btoi.. jdi aku mlas nk bca..

tgok tjuk ja.. hehe..
dri segi pnulisan dia, nmpk cm org mlayu..

AiMaN berkata...

@Orang Kampungyup..dari segi penulisan memang macam orang melayu..

mungkin bukan islam

SITI NOARIZAH ARIS berkata...

Adakah si penulis itu dah khatam memahami isi Al-Quran 30 juzuk itu atau sekadar mencedok dlm inet atau dgn org2 yg juga sepertinya?

Pha Is berkata...

org blagak pandai macam ni la...

Cik Tim berkata...

nauzubillah.. dia igt smua benda boleh guna akal ke?? Allah pn dah kata, akal tu terbatas. Bukan ke kaabah dulu tmpt berhala. Tp skrg, bukan berhala.. tu kn pusat bumi.. apa la mnusia skrg nih.. moga2 kita semua tidak tergolong dalam golongan yg dimurkai Allah.

boblorisewa berkata...

Apabila dtg seuatu berita dr seorg yg fasik, hendaklah d selidiki dulu..
atok, kita x yah layan je citer cam ni.. org Islam yg sebenar tau yg mana betul dan x betul.. sentiasa berdoa agar ISLAM dilindungi oleh ALLAH SWT

mehmed berkata...

ada teringat satu contoh jwpn terhadap soalan, mengapakah solat itu menghadap kaabah dan adakah ALLAH berada didalam kaabah..

ini ada satu analogi
kita menonton match bola sepak di
television..
persoalannya adalah
1. adakah kita tengok TV atau Bola?

pkpk kanlah

Blogger berkata...

Pada masa Allah menyuruh para malaikat sujud ke arah Adam, adakah ia bermaksud malaikat menyembah nabi Adam? Bukan kata tak ada akal cuma akal beliau tak digunakan dengan sebaiknya. Ego kerana merasa diri seorang pemikir. Samalah dengan ego Iblis, yang membuatnya dilaknat sehingga hari ini.

Anti-Batu berkata...

Satu persoalan,

Adakah atok pernah ke mekah sebelum ini? Berapa kali "umrah" dan "haji" sudah ditunaikan?

Sekadar bertanya.............

Tanpa Nama berkata...

@arrayyanzaki
korang pegi baca buku MENTAL BONDAGE,baca sampai abis ok,pastu korang buat kwsimpulan sendiri apa2 mesej dalam buku tu...harap gunakan akal bukan emosi yaaaa...

ahmad berkata...

10:100 - dan tidak ada seorang pun akan beriman kcuali dgn izin allah. Dan allah mnimpakan kmurkaan kpada org2 yg tdak mmpergunakan akalnya. - kalo tk guna akal utk faham al quran, nk guna apa????

Tanpa Nama berkata...

Mereka semua adalah golongan anti hadith yg telah begitu lama bermain dlm blog2x.
Mereka hanya membaca terjemahan al-Quran dan membuat andaian2x sendiri.
Bila berdialog dengan mereka ttg bagaimana solat itu sampai kepada mereka, mereka kata mereka ikut mak bapak dia.. bermula dari sinilah track mereka mula tergelincir..
Cari nick name Juang,Bayau,Payau Putih..
Sekarang ni mereka masih mendapat ramai penyokong..

Tanpa Nama berkata...

Kaabah beerti 'buku lali'..cuba chek kamus ye..
Kaabain beerti dua mata kaki..
Solat beerti komitmen..cuba chek kamus ye..
Di sisi Allah..org2 Arab adalah mushrik tegar..
Waspada la umat muhammad...!!!

Tanpa Nama berkata...

Jika kita guna akal sihat..perhatikan majlis perkahwinan org hindu. Pasangan pengantin di wajibkan bertawaf 7 atau 10x. Dan acara membaling juga sama seperti org2 islam mengerjakan haji..selesai acara membaling baru sah perkahwinannya..serupa juga 'ibadah haji'. Selepas melontar batu baru sah hajinya. Inilah dia agama ikut ikutan..

Unknown berkata...

Cuba masuk page fb. . kiub batu itu berhala. . situ ramai quranist menganggap kaabah itu berhala dan solat itu hanya ritual yg direka oleh ahli hadis

Unknown berkata...

Fahaman anti-Hadis adalah kafir. Sejak 25 tahun yang lalu, fahaman ini telah dan sedang berkembang pesat di kalangan umat Islam di Malaysia kita ini kerana kerajaan kita yang mendorong dan memberi laluan mudah kepada mereka.

Pengasas ajaran sesat ini ialah Rashad Khalifa dpd Mesir. Beliau belajar fahaman ini dpd Goldhizer, seorang Yahudi dpd Germany. Dpd Mesir, Rashad Khalifa berhijrah ke Amerika dan dpd sana beliau mengembangkan fahaman ini ke seluruh dunia termasduk ke Malaysia kita ini.