Selasa, 10 Mei 2011

PENGAKUAN PROVOKASI

Play lagu dibawa untuk rasa apa yang saya rasa semasa menaip entry ini..kerana saya pun mengulang-ulang lagu ini semasa menulis pengakuan ini.hihihi..kalau suka..boleh download~

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Malam ini adalah malam terakhir saya (aiman) menginap di Kolej Tuanku Bahiyah. Pejam, celik,pejam, celik masa semakin hampir untuk saya meninggalkan kolej ini. Sepanjang setahun saya berada di sini, saya berpuas hati dengan apa yang saya lakukan.

Saya mengaku bahawa saya sendiri merancang untuk melancarkan provokasi melawan ketidak adilan yang berlaku dalam pemilihan pelajar yang dapat menginap di Kolej 2. Dalam masalah ini, saya jelas untuk bersama rakan-rakan yang melawan ketidak adilan dalam pemilihan pelajar pada kali ini. Terdapat banyak ketempangan yang berlaku dalam kreteria pemilihan antaranya soal CGPA, sistem merit dan kuasa khas yang diberikan kepada Presidan dan JKP dalam memilih pelajar untuk “stay” di kolej.

Walau saya banyak dikecam oleh sesetengah pihak kerana seolah-olah sengaja mencetuskan pepecahan dan membuat onar, jauh disudut hati saya berasa sedikit bangga dan girang. Sudah cukup mahasiswa diperlekehkan dengan menganggap kami tidak mampu membuat keputusan. Saya rasa amat bersalah jika rakan saya tidak sedar akan hak mereka untuk bangun melawan.

Setelah saya menjalankan provokasi tersebut dibantu rakan-rakan yang setia menemani, sudah mula tumbuh dengan subur bibit-bibit melawan penindasan.Warga kolej sudah berani untuk mempersoalkan segala tindak tanduk kolej secara terbuka di Facebook dan blog. Walaupun wujud sedikit pergaduhan kecil, namun itulah hakikatnya dalam memperjuangkan hak dan menentang kebatilan.

Apa yang saya bimbang, jika proses pemilihan ini diwariskan kepada adik-adik yang bakal menginap disini pada tahun hadapan.Proses ini bakal diulang-ulang dan dimainkan oleh pentadbiran kolej jika kita tidak bangun sekarang. Bangun melawan bukan hanya bererti keluar kolej demi menunjukkan ketidak puasan hati. Namun, kita masih perlukan warga kolej yang lantang bangun melawan dari dalam kolej tersebut sendiri. Mereka inilah yang bakal mengubah landskap politik kampus dan menentukan jatuh bangun penentangan kezaliman pentadbiran kolej.

Harapan saya, saya amat memerlukan pentadbiran kolej yang sudi mendengar suara besar warga kolej bukannya mendengar suara Presiden dan JTK/JIK semata-mata dalam menetukan segala peraturan serta polisi. Malah, kalau difikir dengan fikrah yang sihat mampukah orang yang dipilih pentadbiran ini melawan pengetua dan penyelia yang zalim dengan terbuka? Maka, saya cadangkan jawatan Presiden dan jawatan utama dalam struktur pentadbiran kolej dipilih oleh mahasiswa sendiri melalui pengundian supaya Presiden dan mereka yang bertanggungjawab terasa adanya rasa untuk membantu mahasiswa dengan serius.

Teringat kisah dirumah, ayah saya selalu bercerita kesusahannya semasa belajar di Universiti Malaya. Ayah saya pernah menghantar surat kepada pihak pentadbiran universiti untuk menyediakan kolej kediaman kepadanya dan kawan-kawan kerana mereka tidak mendapat penempatan di kolej kediaman pada tahun pertama. Dalam surat tersebut menyatakan, ayah saya dan rakannya akan berhenti belajar jika tidak diberikan penempatan di kolej untuk pelajar tahun pertama pada zaman tersebut. Dan ayah saya berjaya mendapat penginapan di Kolej 2. Mungkin, semangat itu tempias di naluri saya. Terima kasih abah..

FIGHT THEM, AND FIGHT THEM HARD 4 JUSTICE!

marilah kawan, mari kita khabarkan..

di tangan kita tergengam arah bangsa.

marilah kawan, mari kita nyanyikan

sebuah lagu tentang pembebasan

dibawah kuasa tirani,

ku susuri garis jalan ini,

berjuta kali turun aksi,

bagiku satu langkah pasti.

Comments
0 Comments

Tiada ulasan: