Khamis, 26 Mei 2011

ANJING BERNILAI RM39.83 JUTA

image

KUALA LUMPUR - Seorang jutawan Malaysia, Kenny Lai mungkin dianggap pencinta haiwan peliharaan paling mewah di Malaysia apabila memiliki 30 anjing baka Mastiff Tibet bernilai lebih £8 juta (RM39.8 juta), lapor sebuah akhbar dalam talian semalam.

Jutawan berkenaan sanggup menjelajah ke seluruh dunia bagi mencari baka yang 100 peratus tulen kerana haiwan tersebut dianggap sebagai raja segala anjing.

"Berdasarkan nilai pasaran terkini, 30 anjing yang saya miliki sekarang bernilai lebih dari £8 juta, "katanya seperti yang disiarkan di laman berita mailonline. Dia memelihara kesemua anjing di sebuah penthouse mewah miliknya di Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi apabila tempat peliharaan berkeluasan 5,000 meter persegi yang dilengkapi pendingin hawa dingin turut mempunyai pasukan penjaga, jurulatih dan doktor haiwan bagi merawat anjing tersebut.

Penakluk agung, Genghis Khan bersama angkatan tenteranya menggunakan 30,000 haiwan tersebut ketika cuba menakluk Eropah Barat

Penduduk tempatan percaya anjing itu memiliki roh sami-sami yang tidak cukup baik dijelmakan sebagai manusia atau untuk ke syurga.

Dia pada mulanya membeli sembilan anjing itu pada harga £3.2 juta (RM15.95 juta) sebelum membiaknya.

Di United Kingdom, anjing tersebut bernilai di antara £850 (RM4,238) dan £1,000 (RM4,986) bagi setiap seekor anak haiwan itu.

dipetik dari : Jutawan Malaysia pelihara 30 ekor anjing RM39.83 juta

………………………………………………………………………….

pergh!! mahal tol..atok xde selera nak bela anjing ni..kalau bela kuda minat la jugak..cume xde tempat je nak letak..hohoho..jelez jugak bila tengok orang bela kuda ni..cam best je petang-petang pusing-pusing kampung naik kuda..hohoho..nak kuda satu!!

Comments
5 Comments

5 ulasan:

TheChekJah berkata...

kalau la 39 juta tu digunakan untuk membuat masjid, alangkah baiknya... utk bantu anak-anak yatim ke...

saiazuan berkata...

haha gilo tul.. bek bukak zoo

ROROI berkata...

@TheChekJah Dah kawan tu cina..Jutawan melayu sendiri pon x bayar zakat,,apatah lagi nak buat masjid

AiMaN berkata...

@TheChekJahhohho..tu jutawan cina bukan islam la..klu islam pun, xtaw la dapat sumbang x duit byk tu tuk buat msjid n bg kt anak2 yatim

keroro berkata...

wah besnya jadik kaya...nti klu sy jdik jutawan, sy nk bela katak yg paling mahal kt dunia lah...haha :P