Ahad, 15 Mei 2011

[HOT] LAGI ARTIS BERANI ADEGAN BERAHI

Huh! pagi-pagi dah ada citer camni..

hihihi

image

MUMBAI: Sejak aktres Jacqueline Fernandez mengambil alih daripada Mallika Sherawat bagi membintangi filem Murder 2, banyak pihak melabelnya bersikap serius dan imej gadis baik.

Tetapi, wanita jelita dari Sri Lanka ini tidak suka dibandingkan dengan Sherawat yang lebih terkenal dengan watak seksi.

“Tidak mengapa jika ada pihak membandingkan antara kami. Ia adalah perkara biasa dibandingkan dengan Mallika kerana beliau yang berlakon dalam filem pertama Murder manakala saya terbabit dalam sambungannya.

“Saya tidak pernah bertemu Mallika dan saya secara peribadi tidak mengenali beliau tetapi daripada apa yang saya lihat, saya rasa beliau adalah seorang aktres yang baik.”

Fernandez juga tidak senang dengan kenyataan bahawa filem Murder 2 akan banyak memaparkan adegan mendedahkan dan hubungan intim.

“Saya pernah menjadi model dan banyak melakukan penggambaran dan pertunjukan jadi saya amat selesa dengan tubuh. Sebagai seorang pelakon, adegan seperti itu adalah sentiasa menjadi sebahagian cerita.

“Ada antara 50 hingga 100 kru produksi apabila kami merakamkan adegan itu, jadi ia hanyalah kerja dan bukan untuk suka-suka!”

Tetapi, ditanya adakah beliau mempunyai sebarang kebimbangan sebelum mengambil bahagian dalam filem itu, beliau menjawab:

“Tidak sama sekali. Murder 2 adalah sebuah cerita yang menarik, ia disokong oleh pengarah yang dikenali menghasilkan filem berkualiti. Mohit Bhatt adalah seorang pengarah yang baik. Emi (Emraan Hashmi) adalah seorang pelakon yang baik jadi tidak ada sebarang kebimbangan.”

Fernandez juga tidak sabar menanti reaksi penonton terhadap gandingan beliau dengan Hashmi. “Saya rasa kami mempunyai keserasian yang baik di filem,” katanya.

Beliau baru-baru ini mengatakan bahawa seronok menjalani adegan hubungan intim dengan Hashmi dalam Murder

sumber : Berita Harian Online | Aktres berani adegan berahi

Comments
3 Comments

3 ulasan:

areteacar berkata...

relax lah. sexy kan panas. haha..

ShafiqIzwan berkata...

bollywood pon dah nak macam hollywood sekarang. haha.

AiMaN berkata...

@ShafiqIzwanbru ramai org nk tgk..hihihi