Isnin, 1 Ogos 2011

[WAJIB BACA] KURMA JORDAN RIVER DARI ISRAEL

image

JANGAN BELI KORMA JORDAN RIVER

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.
Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

imageDalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

imageNamun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

artikel penuh : Tukar Tiub: GEROMBOOLAN NAK JADI BARUA ZIONIS

bukan saja kurma berjenama JORDAN RIVER..tetapi beberapa jenama kurma yang lain seperti di dalam gambar dibawah

image

atok bukan apa..sekadar menasihati dan berpesan-pesan kepada semua..memang susah kita nak elak untuk membeli produk israel atau yahudi ni, kerana mereka juga antara pemegang ekonomi dunia terbesar..namun, kita akan meminimakan pembelian barangan dari Israel..semoga Allah memberikan keberkatan kepada kita dibulan ramadhan ini..

p/s : pohon share atau sekadar “LIKES” untuk sebaran di facebook masing-masing supa kita dapat sebarkan kepada kawan-kawan lain yang  tidak tahu..wallahu’alam..

Comments
3 Comments

3 ulasan:

Aesya Zealous berkata...

thanks atok share info ni :D

AiMaN berkata...

yup..welcome~

Syazwan berkata...

ingat Yusuff Taiyob je. hikhik