Sabtu, 13 Ogos 2011

[HOT] NAJIB DIPAKSA LETAK JAWATAN OLEH PEMIMPIN UMNO

salam..

desas desus bahawa najib akan dipaksa letak jawatan oleh pemimpin umno dah lama kedengaran..malah, semenjak dua tahun pertama najib memerintah malaysia..sudah ada kedengaran suara sumbang dari umno sendiri untuk menggesa najib razak berundur sebagai perdana menteri malaysia atas sebab tertentu..

paling jelas apabila muhyidin cuba merampas takhta PM dari najib dengan senyap apabila mengumpul 100 ahli parlimen BN baru-baru ini..malah, kali ini nampaknya muhyidin boleh tidur dengan lena dan aman damai sekali kerana beberapa pemimpin umno sudah mula mengkhianati akidah 1MALAYSIA najib secara terang-terangan..najib yang amat terkenal dengan 1MALAYSIA  nya kini dalam keadaan bingung dan tercabar dengan pelbagai isu yang tidak mampu dijawab oleh beliau antaranya kes rasuah kapal selam, kes BERSIH 2.0, masalah ketirisan wang rakyat dan dibebani dengan sikap isterinya yang boros.

tidak keterlaluan untuk melabel najib sebagai liabiliti kepada survival UMNO dan BN pada PRU-13..video dibawah sudah cukup untuk menjadi bukti bahawa ada komplot dibelakang najib yang cuba menjatuhkan akidah 1MALAYSIAnya yang bertunjangkan kepada PERPADUAN KAUM..

dua-tiga kerat pelompat dari Keadilan kepada Bebas dan UMNO (video : Ezam lancar perang jihad keatas penganut kristian) yang dibanggakan oleh penyokong gerombolan sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka adalah politikus yang rasis..sanggup menggadaikan keamanan negara dengan melancarkan perang jihad terhadap bukan Islam tanpa usul periksa..

VIDEO : EZAM LANCAR PERANG JIHAD TERHADAP PENGANUT KRISTIAN

kenapa pihak mereka dan UMNO tidak menuntut penjelasan daripada gereja dan JAIS? sedangkan itu yang dianjurkan dalam islam..semasa nabi membuka kota mekah sekalipun, bukannya nabi terus lancarkan perang jihad..nabi berunding dan berbincang dulu dengan kebilah-kabilah di kota mekah..

malah, dengan cara yang UMNO & PERKASA tunjukkan ini…seolah-olah menggambarkan Islam ini agama yang kejam dan tiada tolak ansur..sedangkan mereka yang murtad terlebih dahulu dinasihati dan jika sifulan tersebut tetap ingkar atas nasihat untuk kembali kepada islam, barulah dia boleh dibunuh..

pada atok, ini adalah cara UMNO mengalihkan pandangan rakyat malaysia keatas isu yang dibawa dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0 dan juga isu rasuah kapal selam akan akan dibuka di mahkamah perancis pada bulan 9 nanti..kalau benar UMNO ingin menegakkan islam, kenapa najib razak meluluskan judi bola sepak? boleh tolong jawab?

P/S : nampaknya Rosmah kene ceraikan najib dan kawin dengan muhyidin cepat-cepat..nanti hilang takhta First Lady tu..kalau dengar cerita rosmah fail cerai terhadap najib..maknanya…jeng..jeng..jeng..ini konspirasi terhebat! hahahaha

Comments
0 Comments

Tiada ulasan: