Selasa, 2 Ogos 2011

PELAJAR UIA MENINGGAL DUNIA DI ASRAMA

dipetik dari berita harian online

Pelajar UIA ditemui mati dalam bilik asrama

imageKUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang mengikuti jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ditemui mati di dalam bilik asramanya di Blok D, Kolej Bilal, tengah hari semalam.
Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, seorang warga negara Guinea, ditemui penyelia asramanya selepas dimaklumkan penuntut lain mengenai bau busuk yang datang dari bilik mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejak seminggu lalu, tetapi mayatnya hanya ditemui tengah hari semalam.

“Tiada sebarang unsur pecah masuk mahupun unsur pergelutan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan mangsa mati disebabkan penyakit,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, Mamadou pernah menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital berhampiran bagi penyakit sawan yang dihidapinya sejak kecil.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

sumber : Berita Harian Online | Pelajar UIA ditemui mati dalam bilik asrama

bahaya jugak ye..ni mesti kes duduk sorang-sorang dalam bilik..kene sawan lepas tu xde sapa yang tengok..bilik pulak berkunci..alamat temui mayat jelah..itu lah, kalau boleh jangan la duduk satu bilik seorang..kalau nak duduk satu bilik seorang pun, suruh la kawan-kawan datang jenguk..lagi satu, xkn la kawan dia x datang tengok..huhuhu..

Comments
3 Comments

3 ulasan:

ame elms ! berkata...

dah seminggu mati , baru jumpa ? :\ kesian nye .

shaliza khairi berkata...

kesiannya dia. rakan terdekat patot lebih peka.

zih@n berkata...

btl la..xde ke kwn2 yg prasan dgn kehilangan dia..lama xnmpk msti ttanya2 mn dia pegi..