Selasa, 22 Mac 2011

VIDEO SEKS ANUAR IBRAHIM

owh no…politik lagi…apa kes sebenarnya ni? layan berita sudah…hihihi

UTUSAN ONLINE 22/3/2010
Video seks pemimpin pembangkang didedah

KUALA LUMPUR 21 Mac - Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

berita penuh : Utusan Malaysia Online - Berita Utama

image
Anwar nafi bukan dirinya

PETALING JAYA 21 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

berita penuh : Utusan Malaysia Online - Berita Utama

MALAYSIAKINI 22/3/2011

image

Khir Toyo: Mungkin video dicipta mereka sendiri

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.
Ini kerana, kata Dr Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

berita penuh : Khir Toyo: Mungkin video dicipta mereka sendiri – Malaysiakini

Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

berita penuh : Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal – Malaysiakini

image

'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

berita penuh : 'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita' – Malaysiakini

image

Pemimpin Pakatan label video seks 'taktik kotor'

Pemimpin kanan PAS dan DAP hari ini tampil memberi sokongan penuh kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menolak video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu sebagai “taktik kotor” yang bertujuan mengelirukan rakyat bahawa Anwar tidak bermoral.

"Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu," kata Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan Parlimen.

"Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya?

berita penuh : Pemimpin Pakatan label video seks 'taktik kotor' – Malaysiakini

image

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Beliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

berita penuh : Pita seks: Anwar buat laporan polis - Malaysiakini

YOUTUBE

Video sidang media penafian Anwar Ibrahim atas finah mengenai Video Seks yang melibatkan beliau

 

Comments
1 Comments

1 ulasan:

Renjer Sungai berkata...

renjer tak suka politik! tah pihak mane yg benar.. sedar la kita di bumi yang aman..bebas.. pe lagi kita nak??????