da lama atok x berkongsi pasal petua kan? oklah, malam ni, sebelum tidur atok nak kongsi pasal petua penjagaan seluar jeans..
atok kasi petua ni sebab rata-rata manusia dalam dunia ni pakai seluar jeans..tapi cucu taw x cara penjagaan jeans yang betul?? senang je caranya…
- Cuci jeans cucu dengan air yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu hangat -- suam-suam kuku je.
- Jangan gunakan peluntur untuk mencuci jeans -- kalau guna jugak, luntur la warna..hahaha
- Jangan gunakan mesin pengering untuk mengeringkan jeans.
- Biarkan jeans yang selesai dicuci diampaian yang teduh untuk dikeringkan secara semulajadi –- jangan jemur ditengah panas terik
- Terbalikkan jeans ketika mencucinya untuk mengelakkan warna jeans cepat pudar.
- Mencuci jeans baru dan lama secara sekali gus juga dikatakan dapat melambatkan proses pemudaran warna kepada jeans yang lama.
- Jangan mencuci jeans dengan kuantiti yang banyak sekali gus. Hadkan kepada hanya 4 helai untuk satu cucian -- rasa macam rugi lak kalau basuh pakai mesin..huhuh
- Terdapat jeans yang boleh mengecut sehingga 5cm(2 inci) selepas dibasuh. Cara terbaik ialah bertanya kepada penjual jeans sejauh mana jeans akan mengecut setelah dibasuh -- ye ke? x pasan lak
tapi..ada je segelintir manusia yang sengaja melunturkan warna jeans untuk kelihatan lebih ranggi..apa pendapat cucu?