Sabtu, 20 November 2010

Lebih 2,000 janin ditemui di kuil di Thai

AMARAN : kalau belum makan nasi..jangan tengok gambar dibawah..amat ngeri sekali..hohoho

haishhh.....macam2 sekarang ni...nak taw x? apa yang atok baca kat KOSMO td? jap ye atok nak kopi dan pasta jap...

BANGKOK - Polis Thailand semalam menemui lebih 2,000 janin dalam bungkusan plastik yang digugurkan secara haram di sebuah rumah mayat di sebuah kuil Buddha di Phya Krai, Bangkok.

Dua orang penjaga kuil mengaku menyembunyikan janin-janin itu di dalam tiga tempat simpanan yang berasingan. Kedua-dua penjaga itu mendedahkan, satu rangkaian klinik pengguguran telah mengupah mereka untuk menyimpan janin tersebut.

Namun, mereka tidak mengetahui bilangan janin yang telah disimpan di dalam rumah mayat tersebut.

"Di dalam sebuah bilik, kami telah menemui janin-janin. Kami kini membuka bilik yang seterusnya," kata Komander Polis Metropolitan Bangkok, Kolonel Sombat Milintajinda.

Sebahagian janin itu telah disimpan selama lebih setahun.

Penemuan itu menggemparkan Thailand, sekali gus menunjukkan situasi pengguguran bayi secara haram di negara berkenaan.

Kementerian Kesihatan menganggarkan daripada satu juta kehamilan, 80,000 bayi digugurkan secara haram.

Ketua penyiasat dari balai polis Phya Krai berkata, setakat ini seorang wanita berusia 33 tahun telah ditahan dan dia mengaku melakukan pengguguran secara haram.

Jenayah itu terbongkar apabila bilangan janin didapati meningkat semasa kerja-kerja pengubahsuaian kuil sedang dijalankan. - AFP


ini la yang berlaku sekarang..ini bukan main2...ini betol2..huh! dasyat la dunia sekarang..boleh buang janin begitu je..tp atok x heran sangat..sebab thailand kan ada industri seks...jadi pengguguran janin secara haram xdelah mengejutkan atok..hik3..tapi yang mengejutkan atok kat mesia pun ade..adeeh...sapa la buang janin n bayi nih? PEKERJA SEKS ke? hurmmm


sedihnya..siap dibakar lagi..huhu..xde rasa kemanusiaan ke? atau pun terus "flush" ke dalam tangki najis....mana satu pilihan anda?



kalau dah nampak..buat xtaw je..hik3..maaf ye cucu ku sayang...
Comments
2 Comments

2 ulasan:

biskut berkata...

terbongkar jenayah apa,patut Thai dah benteras dan lupuskan sistem ekonomi hasil industri seks.

AiMaN berkata...

nk wat cmne..malaysia nk ikut sama dah..hehehe