Isnin, 20 Jun 2011

PETUA KEHEBATAN SEORANG AYAH

sempena hari bapa..atok nak berkongsi sikit mengenai kelebihan seorang bapa ni..untuk lelaki je la..nanti kalau ada petua kehebatan seorang ibu nanti atok kongsikan buat perempuan semua..hik3..

jom jenguk apa hebatnya seorang ayah

imageBEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan. Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi
ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

imageAnak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

-Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
-Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
-Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

SUMBER : Lubuk Petua Warisan » Rahsia Seorang Ayah | Petua.org | Traditional practices of medicine and healthy life style

Wallahuallam..atok sekadar berkongsi sahaja..ini sekadar kajian yang dibuat..semuanya bergantung kepada iman,akal dan nafsu masing-masing..

Nabi Muhammad S.A.W pun tidak berbapa..jangan jadikan alasan saya manjadi jahat kerana saya tidak berbapa..

Selamat Hari Bapa~

Comments
5 Comments

5 ulasan:

Syazwan berkata...

wwahhhh..menarik tok.

irza berkata...

kalau petua kehebatan seorang atok cam ne??...hehe

AiMaN berkata...

@irza hihihi..tunggu hari atok la ye..

AiMaN berkata...

@Syazwanx sabar nak jd ayah dh ko?

irza berkata...

huhu...bile tu hari atok...atok kuat gosip...haha