Ahad, 19 Jun 2011

JENIS-JENIS SIHIR MELAYU

image

orang melayu ni agak femes la dengan sihir..walau dah tahu sihir ni benda yang haram namun masih ada yang mengamalkannya..

ada ke? hihihi..agak-agak je..

nak bercerita pasal sihir ni memang panjang la..atok cuma senaraikan jenis-jenis sihir je..itu pun atok petik dari notes kawan di facebook..jum tengok jenis-jenis sihir yang ada

Sihir Menyetubuhi Perempuan - mendatangkan ruh kepada perempuan yang sedang tidur bertujuan menjimakkannya.

Sihir Berahi - sihir yang membangkitkan keinginan syahwat seseorang mangsa meluap-luap ketahap yang tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Sihir Salwah -perasaan cinta dan sayang seseorang yang terlalu tinggi kepada seseorang.

Sihir Bunga dan Bau-bauan - sihir menggunakan bunga-bunga asli yang dipetik dari pokok-pokok tertentu pada waktu-waktu tertentu.

Sihir Seri - dilakukan kepada mangsa bertujuan untuk menghilangkan seri wajahnya, sebahagian sihir ini termasuk dalam sihir mengambang. Sihir seri juga digunakan oleh pengamal bertujuan untuk menarik orang ramai kepada wajahnya.

Sihir Pengantin - sihir yang dilakukan ke atas pengantin pada hari perkahwinannya bertujuan untuk memalukannya atau keluarganya.

Sihir Kunci Selera - sihir ini akan menjadikan mangsanya mengalami masalah dalam melakukan hubungan kelamin suami isteri dan menimbulkan pelbagai masalah-masalah rumah tangga yang berpanjangan.

Sihir Santau Makanan - makanan yang dihantar kepadanya bahan-bahan yang berbisa dan beracun melalui perantaraan sihir bertujuan membinasakan orang yang memakannya.

Pukau - mengikat fikiran dan sedar seseorang supaya mangsa tersebut mematuhi arahan penyihir tanpa membantah apa-apa  pun. Sihir ini bertujuan mendapat sesuatu barang yang dimiliki mangsa tanpa kekerasan tetapi bukan juga dengan keredhaan mangsa tersebut.

Sihir Menyempit Kemaluan - sihir yang diamalkan untuk menaikkan kenikmatan bersetubuh

Sihir Pengikat Sanggul - sihir yang digunakan bertujuan kecantikan dan pemikat

Sihir Gambar - sihir ini menggunakan gambar orang yang ingin disihir

Sihir Seluar Dalam - sihir ini menggunakan selaur dalam orang yang ingin disihir

Sihir sisa badan - sihir ini menggunakan sisa badan orang tersebut seperti kuku, rambut, najis dan sebagainya lagi. Sisa ini dipuja beberapa lama lalu diletakkan ke dalam makanan si mangsa. Tujuan sihir ini dibuat ialah supaya mangsa tersebut akan mengasihinya secara yang amat melampaui.

taken from a book 'Sihir Pengasih Dalam Masyarakat Melayu Dan Rwatan Islam Terhadapnya'

pergh! macam-macam jenis sihir rupanya..bahaya betul..

ada x cucu-cucu yang pernah kena sihir?

ada x sapa-sapa taw cara nak ubati dan elak terkena sihir ni?

jom kongsi-kongsi

Comments
10 Comments

10 ulasan:

Syazwan Che Deraman berkata...

banyaknya tok..

Prince berkata...

atuk..nk blaja sihir bole?haha

Pha Is berkata...

sihir nak bagi kebal x de kew? hehehe

intan.maisarah berkata...

..
mcm mcm ye

Homemade by Milla berkata...

hi atok..
ade tak tanda2 nk kenal lau kena sihir2 ni sume tok??
kot2 la bleh buat pedoman..

AiMaN berkata...

@Mila nanti ada masa atok buat research..tq bg idea

Homemade by Milla berkata...

beres atok...
mila tunggu...
*dulu hampir2 terkena sihir..
kali ni nk berjaga2 la...

AiMaN berkata...

@Mila ye ke? camne mila taw hampir2 terkena?

Homemade by Milla berkata...

:)
mimpi ular nk patuk..
4 kali..tp tak kena patuk la..
then ade kawan yg pandai skit bab2 ni..
dia yg ckp...
bila dgr ceramah agama pon ckp lau mimpi pasal ular ni..mimpi xelok..
kawan ckp ade org nk anta sihir kt mila..
tp xtau la sejauh mane kebenarannya...
alhamdulillah..lepas tu dah xde mimpi pape dah..

AiMaN berkata...

@Mila owh..ye ke? sblm ni jiran atok dah penah kena..dah 2 org jiran atok kene..

tetiba jadi sakit dan xde selera nak makan..sampai kurus n x bermaya..bila ke hospital doktor ckp xde mslh kesihatan

skrg alhamdulillah dah makin sembuh..cuma sorang tu dia kene duk kt masjid je tuk elak "benda tu" serang dia..klu dia duk luar masjid "bnda tu" akan kacau dia

kesian..