DARIPADA : PELAJAR KK 2
KEPADA : PENGURUSAN KOLEJ 2 YANG DIKASIHI
SUBJEK : KENAPA KAMI DIPERGUNAKAN?
TARIKH : 7. MEI. 2011
Merujuk kepada senarai nama pelajar yang diterima untuk menginap di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah 2011/2012.
Saya, mewakili pelajar yang memohon untuk menginap di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah sesi 2011/2012 ingin menyatakan BANTAHAN dan KETIDAKPUASAN HATI kami terhadap pentadbiran kolej dalam proses pemilihan pelajar..
Saya amat terkejut kerana rata-rata pelajar yang tidak dapat menginap bagi sesi 2011/2012 adalah pelajar yang aktif dengan aktiviti kolej. Malah, lebih menyedihkan lagi apabila terdapat pelajar kolej yang tidak aktif diterima masuk untuk menginap pada sesi 2011/2012
Kalau dilihat kepada kretiria yang dipilih oleh pentadbiran, secara jelas menunjukkan ketidak adilan berlaku terhadap mahasiswa yang aktif aktiviti kolej. Persoalannya :
1. KENAPA 76 PELAJAR TERAWAL KE ROADSHOW TNC DIBERIKAN MERIT KHAS UNTUK MENGINAP SESI 2011/2012?
a. Apakah roadshow itu terlalu agung hingga 76 pelajar terawal mendapat tempat untuk menginap? Maknanya, kalau pelajar itu tidak menyertai sebarang aktiviti kolej tetapi termasuk dalam golongan 76 terawal..maka, dia berhak untuk menginap pada sesi 2011/2012. Ini jelas bertentangan dengan apa yang diuar-uarkan kepada pelajar sebelum ini iaitu hanya pelajar yang aktif sahaja dibenarkan menginap pada sesi hadapan.
b. Malah, kalau diperhatikan pada senarai nama 76 pelajar terawal, rata-ratanya pelajar bukan muslim..kenapa pelajar muslim amat sedikit? Kalau rakan-rakan ingat, pada waktu dan saat 76 nama diambil ialah waktu maghrib dan sebagai seorang muslim, seorang muslim wajib menunaikan tanggungjawabnya terlebih dahulu untuk solat maghrib pada waktu itu.maka, tidak hairanlah kalau saya jelas menolak senarai nama 76 pelajar tersebut kerana jelas ketidak adilan berlaku terhadap pelajar muslim
2. KENAPA HANYA 2 ORANG PELAJAR YANG MENYERTAI BALAI ISLAM TERSENARAI UNTUK MENDAPAT TEMPAT PENGINAPAN DI KK2?
a. Persoalan yang bermain-main difikiran kebanyakan pelajar..setahu saya, pelajar yang menganggotai balai islam adalah pelajar yang aktif..masakan tidak, pelbagai aktiviti dibawah balai islam telah dijalankan antaranya Ihram, Prosas dan program mengimarahkan surau seperti kuliah maghrib dan bacaan Yasin.
b. Adakah hanya 2 orang pelajar terlibat dalam menjalankan program tersebut? Kenapa hanya 2 orang sahaja diberikan penginapan? Semuanya telah dirancang dan diatur untuk menutup kezaliman pentadbiran kolej dengan alasan mereka telah menyenaraikan 2 orang pelajar balai islam. Kalaulah ditakdirkan Presiden Balai Islam 2010/2011 tidak mendapat tempat, maka ianya secara jelas memperlihatkan bahawa balai islam lah penyebab pelajar tidak dapat penginapan kolej. Manakala, seorang lagi pelajar tersebut bakal ditabalkan menjadi Presiden Balai Islam 2011/2012.semuanya telah diatur dengan sangkaan bahawa pelajar itu bodoh untuk menilai.
3. SOKONG PRO-M TIDAK DAPAT PENGINAPAN?
a. Sekali lagi masalah politik kampus berlaku dikolej. Kalau dilihat pada Pilihanraya Kampus 2011/2012 baru-baru ini. Nampaknya pentadbiran kolej 2 begitu bertolak ansur dengan Pro mahasiswa. Adakah ini satu taktik dan cara untuk mengenali mahasiswa yang bersimpati dengan Pro mahasiswa dan memberikan penalti untuk di tolak permohonan menginap kolej bagi sesi 2011/2012? Adakah kerana bersimpati dengan perjuangan Pro Mahasiswa akan dikenakan tindakan? Kenapa ada wakil calon Pro Mahasiswa yang aktif kolej tidak mendapat tempat untuk menginap di kolej pada sesi hadapan?
4. TEMPOH RAYUAN YANG TIDAK MUNASABAH!
a. Kenapa tempoh rayuan dilakukan selepas minggu haluansiswa? Kenapa tempoh rayuan tidak dibuat dalam tempoh seminggu selepas keputusan keluar seperti kolej-kolej lain? Kalau tempoh rayuan dilakukan selepas minggu haluan siswa,adakah pelajar yang membuat rayuan tersebut terpaksa merempat di kaki lima sementara menunggu keputusan?
Apakah alasan yang bakal diberikan oleh pihak kolej apabila pelajar ingin tahu apakah kecelakaan dan musibah hingga mereka disingkirkan dari mendapat tempat untuk menginap di kolej kediaman?
Apakah alasan “Atas sebab yang tidak boleh diberitahu” akan dijadikan zikir dan munajat oleh pentadbiran kolej bagi mengelak kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran kolej..
Sama-sama kita nantikan….
P/S : LIKES la sekali…letih atok taip nih!!