x tahu la bila si chin Peng akan pulang ke Malaysia..adakah hanya setelah Chin Peng meninggal dunia..maka, baru lah jasadnya dibenarkan berada di bumi malaysia..
mesti dah ramai lupa pasal chin peng kan?? atau, ada ke yang x kenal siapakah chin peng ini?? kejap atok kenalkan..
Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. beliau dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.[1]
Sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng bukan berasal dari China , tetapi beliau adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
dipetik dari : Chin Peng - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
dah kenal?? macam mana pulak atok tahu yang chin peng bakal pulang?? hihihhihi
sebenarnya atok x tahu adakah chin peng akan pulang atau tidak..tapi, berdasarkan kepada berita dan artikel di internet..mungkin chin peng bakal dibenarkan ke malaysia..mungkin bakal dibenarkkan pulang..tidak tahu bila dan bagaimana..adakah chin peng tidak mahu pulang ke malaysia?? hanya hati chin peng tahu jawapannya..
Patuhilah Perjanjian Damai Hatyai, benarkan Chin Peng pulang
Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG tidak setuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein beberapa hari dahulu bahawa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia jika beliau enggan meninggalkan ideologi komunisme dan tidak mengakui kesetiaan kepada Yang Di Pertuan Agong. Kami menggesa Menteri Dalam Negeri menghormati Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani oleh tiga pihak: Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (MCP) pada 1989, menunaikan janji iaitu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.
dipetik dari : MerdekaReview - Patuhilah Perjanjian Damai Hatyai, benarkan Chin Peng pulang
pada pandangan atok..atok bersetuju dengan komen abadi romeo
pada atok…biar la si chin peng tu habiskan sisa hidupnya di malaysia..kesian dekat dia..dah bertahun-tahun dia berada di thailand..mungkin dia teramat rindu pada kampung halamannya..yang pastinya, orang yang tua pasti ingin menamatkan sisa usia emasnya dikampung halaman..pada atok..dari pada kita halang si chin peng berada di malaysia..lebih baik kita tiup kipas sampai berpusing..
sebab, chin peng sudah tua dan teramat uzur…ada sumber memberitahu bahawa chin peng sudah mulai lupa dan nyanyuk, tidak mampu bercakap dengan petah..malah, kisah komunisme sudah ketinggalan zaman kalau kita nak bicarakan dalam soal politik sekarang..malah, kalau di perkirakan..adakah orang ramai akan berbicara tentang chin peng atau kes politikus-politikus yang ada sekarang??
mengenai sejarah..
baca cerita disini : sepuluh tahun sebelum merdeka
apa yang berlaku 10 tahun sebelum kemerdekaan..siapa yang memburukkan siapa sebenarnya..
ataupun..boleh tonton dokumentri pendek di you tube : YouTube - Broadcast Yourself.