Ahad, 17 April 2011

CHIN PENG BAKAL PULANG KE MALAYSIA

x tahu la bila si chin Peng akan pulang ke Malaysia..adakah hanya setelah Chin Peng meninggal dunia..maka, baru lah jasadnya dibenarkan berada di bumi malaysia..

mesti dah ramai lupa pasal chin peng kan?? atau, ada ke yang x kenal siapakah chin peng ini?? kejap atok kenalkan..

imageChin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. beliau dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.[1]

Sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng bukan berasal dari China , tetapi beliau adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

dipetik dari : Chin Peng - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

 

dah kenal?? macam mana pulak atok tahu yang chin peng bakal pulang?? hihihhihi

sebenarnya atok x tahu adakah chin peng akan pulang atau tidak..tapi, berdasarkan kepada berita dan artikel di internet..mungkin chin peng bakal dibenarkan ke malaysia..mungkin bakal dibenarkkan pulang..tidak tahu bila dan bagaimana..adakah chin peng tidak mahu pulang ke malaysia?? hanya hati chin peng tahu jawapannya..

image

Patuhilah Perjanjian Damai Hatyai, benarkan Chin Peng pulang

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG tidak setuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein beberapa hari dahulu bahawa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia jika beliau enggan meninggalkan ideologi komunisme dan tidak mengakui kesetiaan kepada Yang Di Pertuan Agong.  Kami menggesa Menteri Dalam Negeri menghormati Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani oleh tiga pihak: Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (MCP) pada 1989, menunaikan janji iaitu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.

dipetik dari : MerdekaReview - Patuhilah Perjanjian Damai Hatyai, benarkan Chin Peng pulang

pada pandangan atok..atok bersetuju dengan komen abadi romeo

image

pada atok…biar la si chin peng tu habiskan sisa hidupnya di malaysia..kesian dekat dia..dah bertahun-tahun dia berada di thailand..mungkin dia teramat rindu pada kampung halamannya..yang pastinya, orang yang tua pasti ingin menamatkan sisa usia emasnya dikampung halaman..pada atok..dari pada kita halang si chin peng berada di malaysia..lebih baik kita tiup kipas sampai berpusing..

sebab, chin peng sudah tua dan teramat uzur…ada sumber memberitahu bahawa chin peng sudah mulai lupa dan nyanyuk, tidak mampu bercakap dengan petah..malah, kisah komunisme sudah ketinggalan zaman kalau kita nak bicarakan dalam soal politik sekarang..malah, kalau di perkirakan..adakah orang ramai akan berbicara tentang chin peng atau kes politikus-politikus yang ada sekarang??

mengenai sejarah..

baca cerita disini : sepuluh tahun sebelum merdeka 

apa yang berlaku 10 tahun sebelum kemerdekaan..siapa yang memburukkan siapa sebenarnya..

ataupun..boleh tonton dokumentri pendek di you tube  : YouTube - Broadcast Yourself.

Comments
20 Comments

20 ulasan:

Pak Aji berkata...

betol ke chin peng balik ke malaysia..
Aku kena marah ngan bos

Abu Zafran berkata...

kalau betul adekah rakyat malaysia akan terima atau sebaliknya???

jom jooin atok
Segmen : Handphone Ku

AiMaN berkata...

@Chegu Zubirx pasti la macam mana..huhuhu..aday g terima..ada yg x..

AiMaN berkata...

@Pak Ajixtaw la..mungkin kot

zacky786 berkata...

emm ~ teruk sgt ke ideologi die tu.. p klw die blk ke malayasia.. ape kesan die kt negara ?? adakah kaum cina akn jd sebalik yer.. or so on ..

abadi romeo berkata...

dia dah tua pun..sehari dua lagi nak hidup..bagi can la dia balik...kita bukan berada zaman perang sekarang ni..peace....

Jemari MonteL berkata...

x setujuuuuu.... jgn bg dio balek.. dio PETUALANG BANGSE !!! lam sejarah negare sendiri tercatat pe yg dio telah lakukan.... perghhh sentap tetibeee....

Hafiz Ghani berkata...

siapa sebenar-benarnya chin peng?? :)

Haikal Blank berkata...

apa perasaan orang tua - tua yang kematian member2 baik, keluarga pada zaman dahulu bila dia baca berita, suratkhabar chinpeng balik. Dengar gosip yang kes sebelum ni pun aku ada tengok orang tua menggigil tangan dia dengar nama cinpeng. bayangkan lah marah dia macam mana.

kalau ramai marah, negara boleh aman kah? ditambah lagi dengan wujud pihak ketiga yang suka melaga - lagakan manusia. oh, pada saya jalan terbaik ialah elakkan sahaja kepulangan chinpeng. Baca sejarah kekejaman rejim beliau.

Maaf, saya ni sejarah spm 7D. Cuma dengar cerita atuk - atuk je.

alongxp berkata...

aku stuju ngan Simpleblanklife, tu satu hal la...
lagi 1 kite kena ingat yg die ni bangsa cina, bangsa ni bijak otak diorg, smp skrg ramai yg xtau diorg ni dalang byk bnd yg secara terangnya bukan diorg yg wat. hebat x?
kite xtau kot2 ngan pulangnye je,mungkin jadi 1 simbolik satu2 tindakan? sape tau kan?

AiMaN berkata...

@alongxpadakah anda masih terpengaruh dengan sikap rasisma UMNO-PERKASA?hihihi

AiMaN berkata...

@Simpleblanklifezaman perang..semuanya ada bunuh membunuh..mana yang perlu dipersalahkan?? british atau PKM?? siapa yang lagi banyak bunuh rakyat malaysia?? kenapa kita x melenting bila tok janggut dihina oleh british?

Shazwan berkata...

dia dah tua ke ape ke...lantak kat dia..janji jgn biarkan dia jejak lagi kaki kat malaysia nih...

Haikal Blank berkata...

try tanya orang tua apa ayat dan kata - kata chinpeng semasa keganasan yang beliau wujudkan. Orang - orang lama atau tua masih merasai sakitnya peristiwa komunis walaupun hanya sementara. bukan sahaja dibunuh, dikerat lagi. hmm, aku tak kesah, cuma bayangkan kemarahan orang - orang tua bila mendengar nama chinpeng ke MAlaysia. Ya, aku tahu komunis tidaklah sebangsat British dahulu, tetapi sakitnya masih terasa. Siapa tahu apa akan jadi bukan?

Adam berkata...

ye, memang skrng ni bukan zaman perang2. tapi mungkin akan jadi macam dahulu bila dia balik.
ingat, sejarah tu pasti akan berulang, so, sblm ia berulang, better jangan bagi berulang.

pada kita yang anak2 pasca merdeka ni memang takde apa2, tapi pada atok2 kita kat luar sana, bekas tentera yg bersara, macam mana? mereka boleh lupa apa yang ching peng ni buat kat diaorng dulu, brape rmi yg terkorban. pedih tu masih terasa.

saya anak pasca merdeka tak setuju dengan kepulangan ching peng! (maaf emo skit bila bab negara Msia ni)

AiMaN berkata...

@Shazwanbegitu kuat "nasionalisme" anda..hahaha

AiMaN berkata...

@Simpleblanklifekenapa shamsiah fakeh dibenarkan?? kenapa chin peng tidak?

admin berkata...

org cina nie lahir kat tempat aku..
mmg sana cina lang si sikit..
aku org sana,aku tahu la..
sume ikot perangai chin peng la nie..
yg wikipedia tue kata 50km ke ipoh,mana ada la..
dlm 80km anggaran aku..

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

aku rasa kalau kepulangan dia tak menimbulkan apa2 kesan kat negara macam masalah hubungan kaum oke je...

HaTi berkata...

yg pnting, kna bkak balik buku sejarah tyme skola dlu.. huhu