Khamis, 14 April 2011

CELAKA : SURAT KHABAR DAN TV MENIPU!!

CEH!! adakah kita rakyat malaysia ditipu lagi?? ingat x kes pelajar sekolah agama berusia 7 tahun yang didakwa dipukul oleh gurunya hingga menyebabkan kematian kerana mencuri wang sebanyak RM7.00??

imageimage

x ingat?? atok kepilkan balik berita mengenai kes ini..

Pelajar Mati Dipukul Guru Agama |

PELAJAR 7 TAHUN MATI DIDERA GURU

mengikut sumber yang dipercayai..kes ini adalah kes penipuan pihak media!!! x caya? atok kepilkan sedikit artikel dari sebuah blog

Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

malah, setelah bedah siasat dibuat,kematian arwah adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam otak..bukti : http://www.hmetro.com.my/articles/Otakkurangoksigen/Article/

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

macam mana?? nak baca sepenuhnya?? x caya kat atok?? hihihi..baca la kat bawah ni ye..

kematian adik saiful, apa ceritanya? | Secangkir Haruman Kasturi

[UPDATE 14/4/2011 JAM 11.00 AM] : tolong baca artikel terbaru ini CELAKA : MAKIN BANYAK PENIPUANNYA!! | peTUA KITA semua (selepas artikel CELAKA : SURAT KHABAR DAN TV MENIPU!! ditulis)  sebelum membuat penilaian kerana terdapat banyak percanggahan yang timbul dari kes ini..harap cucu-cucu dapat menilai sebaiknya

p/s : kongsikan entry ini sebagai tanda membela nasib guru tersebut dan menuntut kebenaran atas kematian arwah adik Saiful

semoga kebenaran dapat ditegakkan!!

Comments
12 Comments

12 ulasan:

sentuhanurani berkata...

laa,camtu ker cerita nyer..ades,cucu tertipu..gara2 politik,1 malaysia kena tipu...padan muka aku!! haha

Unknown berkata...

uish yaka???

boy berkata...

mana satu betul ni aduhyaiiii

Unknown berkata...

macam-macam hal la dorang ni.. hadehhhhh..

cimöt berkata...

sori to say..aku mmg tak percaya media tv ni sebab beberapa experiance yang aku sendiri tahu,nampak dengan mata sendiri..tv tu semua politik je..

Unknown berkata...

thanks perkongsian cerita..kalo x..mmg akan terus2an org salah kan warden tersebut yg menyebabkan kematian arwah adik saiful

nur berkata...

erm, saye rase atok kena bace balik komen dlm post http://kasturi89.wordpress.com/2011/04/11/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya/ sebab die ade mintak maaf. ini komen die:

Sehubungan dengan itu, saya ingin meminta maaf bagi pihak saudara Syazwan kerana salah info didalam post ini. Baru sebentar tadi saya menelefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan kini ia memang betul dan benar dimana report autopsi memang menunjukkan bahawa adik Saiful telah dipukul dan dibelasah sebelum beliau koma dan kemudiannya meninggal dunia.
Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada adik Saiful dan juga tidak lupa haruslah pembunuh tersebut dijatuhkan hukuman bunuh juga kerana hukum hudud berkata membunuh hukumnya dibunuh.
Sekali lagi saya dari pihak penulis blog ini, Syazwan ingin meminta maaf sekali lagi.Kami tidak akan sesekali mempolitikkan suatu isu panas selepas ini dan akan menilai hal-hal sedeikian sebagai pihak yang neutral.

ape pon, Allah maha mengetahui. zaman skrg ni susah nak percaya kat sape2 kan. :)

Pakcoh berkata...

Fak media.. Paling Fak si Pengarang!..
humban je masuk dalam kubur!

toyolkiut berkata...

oh...
TK d tipu idup2..
saman boleh x?

AiMaN berkata...

@toyolkiutjom saman..hihihi

Along Usop berkata...

okeh dah share.. =.=

KASTURI 89 berkata...

Saya ingin meminta maaf bagi pihak saudara Syazwan kerana salah info didalam post ini. Baru sebentar tadi saya menelefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan kini ia memang betul dan benar dimana report autopsi memang menunjukkan bahawa adik Saiful telah dipukul dan dibelasah sebelum beliau koma dan kemudiannya meninggal dunia.
Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada adik Saiful dan juga tidak lupa haruslah pembunuh tersebut dijatuhkan hukuman bunuh juga kerana hukum hudud berkata membunuh hukumnya dibunuh.
Sekali lagi saya dari pihak penulis blog ini, Syazwan ingin meminta maaf sekali lagi.Kami tidak akan sesekali mempolitikkan suatu isu panas selepas ini dan akan menilai hal-hal sedeikian sebagai pihak yang neutral.