Khamis, 14 April 2011

CELAKA : MAKIN BANYAK PENIPUANNYA!!

Atok dah mula pening-pening lalat ni..sekejap cakap Arwah adik Saiful mati akibat dipukul ( berita harian, utusan n bla2..)..lepas tu, ada pulak khabar yang mengatakan bahawa adik saiful meninggal kerana sawan setelah diikat dan dikurung oleh guru terbabit( di blog, kematian adik saiful, apa ceritanya? | Secangkir Haruman Kasturi) selepas itu, timbul pulak kes Adik saiful meninggal gara-gara Aids!!! (x dapat disahkan kesahihannya).. woittt..banyak giler penyebabnya….

…………………………………………………………………………………………………

KES 1 Arwah adik saiful koma dan meninggal dunia akibat dipukul

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/articles/Cikguambilnyawa/Article/

artikel berkaitan di metro : myMetro | Pelajar dipukul hampir dua jam

…………………………………………………………………………………………………

KES 2 Kemungkinan besar adik saiful mati akibat sawan

Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

SUMBER : kematian adik saiful, apa ceritanya? | Secangkir Haruman Kasturi

Tambah lagi peliknya..atok mendapat satu komen di entry CELAKA : SURAT KHABAR DAN TV MENIPU!! | peTUA KITA semua mengatakan bahawa ada kemungkinan adik Saiful telah dipukul hingga menyebabkan koma sebelum meninggal dunia..malah, komen itu menyatakan bahawa tuan pengkomen asal tu memohon maaf atas kesilapan tulisan dalam blog di entry kematian adik saiful, apa ceritanya? | Secangkir Haruman Kasturi

komennya :

image

komen asal di entry kematian adik saiful, apa ceritanya? | Secangkir Haruman Kasturi

image

aish..ini bercanggah dengan tulisan asal blog tu yang menyatakan

Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

PELIK!!! kenapa ada percanggahan dalam report autoposi polis dengan laporan bedah siasat doktor??

…………………………………………………………………………………………………

KES 3 Ada ura-ura menyatakan adik saiful meninggal kerana Aids..(kes yang x dapat disahihkan,hanya cakap2 orang)

komen dari entry kematian adik saiful, apa ceritanya? | Secangkir Haruman Kasturi

image

…………………………………………………………………………………………………

yang mana satu betulnya?? atok tidak tahu..atok pun xnk terlibat dalam kes fitnah memfitnah ni..atok buat laporan ini sekadar memberitahu keadaan sebenar yang berlaku sekarang..semoga polis dapat membuktikan kes ini dengan seadilnya..

apa yang penting..jangan terlalu cepat menghukum dan tidak terlalu fanatik untuk mempolitikkan kes kematian adik saiful ini kerana setiap manusia mempunyai nafsu dan batas-batas kesabaran..mungkin ada benarnya jika guru terbabit memukul pelajar itu kerana setiap manusia mempunyai nafsu amarah yang mungkin tidak terbatas..atau mungkin kes ini sengaja diputar belitkan fakta untuk menyalahkan guru terbabit akibat nafsu hasad dengki pihak tertentu..dan, mungkin juga kes ini sengaja nak ditutup dengan megatakan arwah mati akibat aids..

hanya ALLAH yang maha mengetahui kebenaranya.

sama-sama kita kongsi artikel ini untuk megelakkan salah faham orang ramai...

Comments
6 Comments

6 ulasan:

sarah mohamad berkata...

apa2 pun saya rasa tak patut seorang cikgu guru memukul anak muridnya sehingga sebegituu! di mana nilai kemanusiaan guru terbabit. marah sangat pun dia sebagai guru agama kena lah tahu bersabar.

AiMaN berkata...

betul ke cikgu agama tu pukul?? sebab banyak penyebab dan kemungkinan kematian dalam kes ni..

akufakhrul berkata...

rasanya ustaz tu xpkul pn juz mngurungkn je..tanpa mengikat tgn budak itu.. baca sini jap.

http://www.akufakhrul.com/kisah-sebenar-disebalik-kematian-adik-saiful/

once in nothingville berkata...

seriusly kompius..huhuh..
then sumenye bebalik kepada Allah..
kita manusia x berhak nak mnentukan sesuatu yang belum tentu kesahihannya... tapi kalo yer la hal ney dipengaruhi politik..maka memang sah dan sahih politik ini bertunjangkan nafsu dan dipengaruhi syaitan yang direjam... wallahuallam~~


p/s atok..im ur new followers.. sory membebel panjang..huuh..

sentuhanurani berkata...

saya pasti,guru tu tak pukul!!
media saja nak sebarkan fitnah atas sebab politik..
malas nak pcaye media dah.. :(

saya bukan tomato berkata...

tak leh la nak tuduh2 .. pape pon ALLAH lebih maha mengetahui .. kalau tak dpat balasan kt dunia akan di balas kat akhirat nanti .. :)