Sabtu, 19 Mac 2011

ALASAN GADIS MELAYU PAKAI SELUAR PENDEK

AMARAN : INI BUKAN ENTRY LUCAH

image

kena pesan awal-awal..nanti orang baca ingat atok ni gatal pulak..hihihi..

entry malam ni sekadar nak petik post dari seorang hamba Allah yang ambil berat pasal pakaian perempuan khususnya anak gadis..

ank melayu

hamba Allah tersebut mempersoalkan “mengapa semakin ramai anak gadis melayu zaman sekarang lebih gemar pakai seluar pendek?”

atok ada jawapannya..hihihihi…jeng…jeng..jeng…

JAWAPANNYA

1. harga seluar pendek lebih murah berbanding seluar panjang

dalam keadaan sekarang yang tertekan akibat kenaikan harga barangan dan taraf hidup, manusia mula mencari alternatif terbaik untuk mengurangkan kos sara hidup..kalau nak kurangkan makan, memang susah la..jadi, kurangkan kos pakaian..atok pernah survey di kedai-kedai..menag sah..harga seluar pendek lebih murah..kebanyakannya sekitar RM10- RM20 sahaja..

jadi, atas desakan hidup yang melampau akibat duit PTPTN yang tidak cukup serta tidak mendapat sebarang biasiswa, maka, anak gadis lebih senang untuk memilih seluar pendek sebagai alternatif mudah bagi mengurangkan perbelanjaan pakaian..

2. seluar pendek lebih mesra alam

ini bukan lawak..ini adalah kebenaran..kebenaran yang akan menuju ke jalan yang benar..

“hoit, tang mana mesra alam seluar pendek tu!!”

semua orang x sedar, malah, ada yang buat-buat x sedar bahawa lelaki amat suka melihat betis perempuan yang gebu, putih dan mulus itu..malah, kalau diberi betis, nak pulak paha..jadi, kalau seluar pendek itu menampakkan paha lagi lah mesra alam..perempuan seluar pendek amat mesra dengan mata-mata lelaki keranjang..itulah mesra alam..go to green and green technology la katakan..

3. mengurangkan geseran dan halangan angin

YES!! ini memang tepat dan ini adalah fakta yang telah dikaji berkurun lamanya serta telah dibuktikan di makmal berteknologi tinggi..pernah x tengok orang lumba lari atau berenang? kebanyakannya pakai seluar pendek dan ketat kan? malah, kalau diorang x pakai apa-apa..kemungkinan besar mereka mampu mencatat rekod dunia dalam acara masing-masing iaitu rekod olahraga bogel pertama kali didunia..hahaha

cucu pun sedia maklum..apabila kita pakai seluar pendek, maka rintangan angin dapat kita kurangkan..

apabila rintangan angin dapat kita kurangkan, maka kita hanya memerlukan sedikit tenaga untuk melangkah atau bergerak..

apabila kita hanya perlu gunakan sedikit tenaga untuk bergerak, maka kita menggunakan sedikit karbohidrat yang dihasilkan oleh tubuh melalui pemakanan..

apabila sedikit karbohidrat diperlukan, maka kita tidak perlu makan banyak bagi menjana tenaga yang cukup untuk bergerak.

apabila kita tidak makan banyak, kita dapat mengurangkan kos makanan yang perlu dibeli setiap hari..dan ini mampu menjimatkan perbelanjaan seharian..

4. kesimpulannya..anak gadis memakai seluar pendek bagi menjimatkan kos sara hidup bagi menjamin kelangsungan survival hidup…

AMARAN KERAS : HARAM MEMBUKA AURAT

image

Comments
8 Comments

8 ulasan:

najwa's berkata...

hehe pakai time tido dah ler. tak payah tunjuk kat orang. :P

intan.maisarah berkata...

like

intan.maisarah berkata...

like

Unknown berkata...

like..
sol depan family pun xpakai seluar pendek tue..besh ke??
lagik suka kain batik..sejuk je angin lalu..haha

IftiMonstaa berkata...

haha ada2 aja sih atok! hmm kite tade seluar pendek. sume seluar pnjang tp dilipat. pki dlm uma je la kan,

Orang Kampung berkata...

hahaha..
kang lgi ramai yg pakai lepas ni..
mesra alam la katakan.. haha

azi nur berkata...

hehee.....marilah berkempen tutut aurat!

sasa asya berkata...

hahaah betoi la tu yang 5 hengget pon ade gak :D