Ahad, 13 Mac 2011

TSUNAMI JEPUN : MARIA OZAWA DENGAN 80 000 NYAWA

di saat rakyat jepun meratapi atas apa yang berlaku di utara jepun, masih ada segelintir manusia di seluruh dunia yang mementingkan nyawa ratu porno jepun, Maria Ozawa daripada anggaran 80 000 rakyat jepun yang terkorban dalam tsunami terburuk dalam tempoh 140 tahun.

malah, lebih menyedihkan apabila lebih ramai menunggu berita mengenai keselamatan maria ozawa atau miyabi daripada nasib rakyat jepun yang terkorban..ada juga yang menunggu dengan penuh sabar di twitter miyabi semata-mata unutk mengetahui keadaan semasanya..

Ratu porno selamat dalam gempa bumi

image

JAKARTA - Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.

Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut.

Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat.

"Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun.

amat sedih dan hiba rakyat jepun dan manusia sedunia apabila mengetahui

 Loji nuklear meletup

image

TOKYO - Ketika pihak berkuasa Jepun melaporkan lebih 80,000 orang dikhuatiri terkorban akibat gempa bumi dan tsunami terburuk dalam tempoh 140 tahun kelmarin, penduduk negara matahari terbit itu kini berdepan pula dengan kebocoran radioaktif yang boleh membawa maut.

Kebimbangan tersebut tercetus apabila sebuah akhbar di sini melaporkan bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) meletup semalam.

Keadaan mencemaskan itu memaksa kerajaan Jepun memindahkan 45,000 penduduk ke tempat lain yang lebih selamat.

*p/s : kalau atok ada di jepun..agak-agaknya ada x orang nak tanya khabar atok eh? atau atok dibiar hanyut bersama gelora tsunami? kah…kah..kah…

*p/s : harap-harap la malaysia jauh dari bala bencana seperti ini..

Comments
5 Comments

5 ulasan:

ijam ismail berkata...

GLER LA...
^^

AZRUL AZMI berkata...

harap-haap macam tu la... semoga Malaysia tak terkena bencana alam yang teruk sebegitu...

s.y.a.r.q berkata...

maria ozawa lebih penting dari rakyat jepun yang lain. Kijam kijam

yuyu lar berkata...

aku ingt dia mati..hahahahaha.suspen2..

Shahiran berkata...

Maria bukan dah bersara ker dari hal2 jijik tue..