Isnin, 14 Mac 2011

TSUNAMI JEPUN : KARTUN ULTRAMAN BERITA HARIAN DIKECAM

Dipetik dari malaysiakini

Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan

Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.
entry asal : http://www.malaysiakini.com/news/158502

KOMENTAR ATOK :

agak kurang beradap pelukis kartun ni kerana tidak terasa sensitif atas apa yang berlaku kepada mereka yang terkorban dan mengalami bencana..ini juga, kesilapan pihak berita harian kerana tidak menapis secara terperinci akhbar tersebut sebelum dicetak dan diedarkan kepada orang ramai

walaubagaimanapun, pihak berita harian telah memohon maaf secara terbuka melalui kenyataan penuh di berita harian :

Berikut adalah kenyataan penuh Berita Harian:

Merujuk kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

lain kali jangan nakal-nakal lagi~



Comments
8 Comments

8 ulasan:

apezs shah berkata...

salam

aiyooo nak gelak ke nak geram..
entah laa ;)

husna mukhtar berkata...

betul tu. taktau nak marah ke nak gelak

Unknown berkata...

cuba bukak website yusof islam. dia da wat entry pasal ni. terasa sedih mengenang attiude rakyat malaysia

Kechik Itu Comel berkata...

hye..singgah cni lagi..
dh klik churp2..jom klik churp2 sy pula..tq..=)

Anak Perelih berkata...

apa nak di hairankan dengan akhbar "Berita Hairan"...

Tanpa Nama berkata...

Oooo... Dunia sensitif ek? Yg hari2org kena sembelih kat palestin.. dunia sensitif? Nasib rakyat selatan Thai...Selatan Filipina... kebuluran di Afrika.. dunia sensitif... Katun persenda Nabi Muhammad SAW... dunia sensitif? Bakar Quran... bla.. bla.. Dunia sensitif.. Baru lukis otromen cam tu semua org lompat. Tapi ko pulak Zoy.. tak bermakna ku cakap ni aku sokong ko. Ko pun satu..nyawa org kat Jopun tu.. bukan ortomen, sinchan, Insp Conan... apa la ko..

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama

Eh! kejadian yg berlaku kat palestin, filipina, bakar Quran, tu buatan manusia laa bodoh! yg berlaku kat Jepun tu alam bencana! Ish! lain kali klu nak komen pun guna otak ko tu pikir dulu!

Tanpa Nama berkata...

@Anonymous

Bencana alam, bukan alam bencana ;) yg cakap pasal dunia sensitif tu, mungkin dia tak tahu sekarang seluruh dunia sedang memperketawakan Malaysia kite ni, sbb kartun tersebut. Bg sy, org yg fikirannya matang tak akan lukis kartun mcm tuh, sori Zoy. :)