mulai hari ini..kerajaan malaysia akan mengharamkan penggunaan botol susu bayi yang mengandungi bisphenol A..
atok pun xtaw apa kebendanya bisphenol A tu..bunyi macam best je..hihihi.
kalau nak taw baca petikan dari Berita harian dibawah
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu
yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan
botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A,
di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
berita penuh : Berita Harian Online | Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'
kepada ibubapa yang mempunyai bayi yang manggunakan botol susu..tolong-tolong la tengok-tengok balik botol susu tu..ada bahan terlarang ni x? kalau ada tu, tolong la gantikan dengan yang lebih selamat..bukan apa, nyawa bayi anda tu lebih berharga..
apapun,kepada ibu-ibu jangan lupa untuk memberikan susu badan kerana susu badan adalah formula diet yang terbaik untuk bayi…