“saya baik…saya x rogol amah”
kali ini atok petik pulak dari sumber berita nasional dan akhbar..haih! panas jugak isu ni…boley lawan kes Altantuya x? hahaha..kali ini kita baca sendiri penafian tuan punya badan..
berita ini atok petik dari bernama
Rais Yatim Nafi Dakwaan Laporan Blog & Pembangkang
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.
"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata "alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."
"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.
Rais berkata beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.
kalau nak baca berita penuh..klik je kt tajuk berita tu..panjang kot..
haish! betul ke ni? mana satu yang boleh dipercayai? atok ada satu lagi cerita pasal menteri rogol amah ni..nantikan esok ye..pape pun..entry pasal menteri ni dah jadi bersiri pulak lam blog atok..kakakaka…petua apa ni agak2 nya? hahaha