Rabu, 6 Julai 2011

BERSIH 2.0 DI STADIUM MERDEKA & ALASAN UMNO TOLAK BERSIH

PENGUNGUMAN TERBARU!!

Sebarkan ! Himpunan Aman BERSIH 2.0 akan terus berlangsung setelah temu YDPA di istana negara dgn perarakan berjalan bermula jam 2pm 3 lokasi
1) Masjid Jamek Kg Baru
2) sogo
3) depan Bangunan DBKL.
Kemuncak ke Stadium Merdeka utk serahan 8 tuntutan..

nampaknya dah setuju BERSIH 2.0 di stadium merdeka..

dari malaysiakini

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang. Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

sumber : BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka – Malaysiakini

nampaknya, perhimpunan BERSIH 2.0 adalah perhimpunan yang sah dan di perkenan oleh Agong..pada atok, ini adalah satu tamparan hebat kepada Najib dan kerajaan Malaysia kerana setelah pelbagai wayang kulit dimainkan oleh mereka, namun Agong masih mengiktiraf BERSIH adalah HALAL..maka, tidak wujud soal BERSIH ingin menghapuskan sistem beraja seperti yang didakwa oleh media pro-umno yang menuduh BERSIH adalah agenda komunis..

malah, Agong amat suka kerana ingin melihat demokrasi hidup subur di malaysia walaupun telah berkali ditekan dan ditindas oleh UMNO-BN..walaubagaimanapun, UMNO cuba memburukkan imej BERSIH dengan mengkaitkan BERSIH dengan geng penyangak mata wang, liar, ganas, ingin menjatuhkan kerajaan dan sebagainya..

kalau dilihat pada 8 tuntutan BERSIH, tiada satu pun tuntutan yang berpihak kepada pembangkang mahupun kerajaan..malah, kalau kesemua 8 tuntutan ini terlaksana belum tentu UMNO-BN akan kalah kerana mandat dan undi diberikan oleh rakyat bukannya oleh SPR..

8 TUNTUTAN BERSIH 2.0

Bersihkan senarai undi

    • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
    • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

Mereformasikan undi pos

    • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
    • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
    • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

Gunakan dakwat kekal

    • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

Masa kempen minima 21 hari

    • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
    • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

Akses media yang bebas dan adil

    • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
    • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
    • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

Kukuhkan institusi awam

    • Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya :

    • Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
    • Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
    • Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
    • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
    • Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Hentikan rasuah

    • Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
    • Pembelian undi harus dihentikan!
    • Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

Hentikan politik kotor

    • BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

namun, UMNO-BN tetap menolak perhimpunan BERSIH dan semua tuntutan BERSIH kerana selama ini mereka menipu dalam pilihanraya..ramai tahu bahawa rasuah pilihan raya bermaharaja lela..ramai yang tahu bahawa pengundi hantu itu wujud..namun, tiada satu pun tindakan yang di ambil oleh pihak berwajib atas alasan kemenangan pilihanraya harus diberi keutamaan pada UMNO-BN..

x caya??

jom tengok siapa kaki rasuah semasa pilihanraya dan samseng..ini buktinya..

kita tengok pulak siapa yang suka main politik kotor

siapa yang suka menipu dalam pilihanraya?? siapakah pengundi hantu?? jom kita cek disini

jadi, sudah jelas rasanya kenapa Najib, UMNO-BN dengan terang menolak BERSIH dan tuntutan BERSIH kerana selama ini mereka menipu dalam pilihanraya..atok rasa..video dibawah ni pun dah cukup untuk cucu-cucu semua sokong BERSIH walau x turun bersama-sama dalam himpunan BERSIH 9/7 nanti..

Enter video caption here

Suruhanjaya Pilihanraya x jawab lagi pasal video ni..bila nak respon?? hihihhi

Comments
3 Comments

3 ulasan:

Prince berkata...

politik lagi..haha

Amir Auxin berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=6bc4krVVcfY&feature=share

haha

AZRI berkata...

musim politik ni..PANASSS PANAS