atas dasar kemanusiaan..tolong sebarkan..harap adik intan najiha dapat dijumpai dengan segera
DIPETIK DARI NOTES FACEBOOK ADUN PAS SELANGOR
PELAJAR TINGKATAN 2 HILANG DARI RUMAH | Facebook
YB Dr Rani telah berkunjung ke rumah Saudara Junniy bin Che Dek di Lot 2195 Jalan Khamis, Meru untuk mendengar sendiri dari seorang bapa yang berasa sedih tentang kehilangan seorang anak sulungnya yang tidak pulang kerumah sejak Hari Selasa 12 hb April 2011 yang lalu.
Anak yang di maksudkan ialah adik Intan Najiha bt Junaidy , 14 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Meru dan telah mula tidak hadir ke sekolah pada 4, 5 dan 6 hb April. Keluarganya hanya mengetahui mengenai perkara tersebut setelah di beritahu oleh pihak sekolah.
Setelah di nasihati dan diberikan kaunseling oleh pihak sekolah dan keluarga, Intan kembali menghadiri sekolah pada 7 hb April seperti biasa.
Pada 12 hb April adik Intan dikatakan pergi kesekolah namun apabila tidak pulang kerumah sehingga jam 7 petang, keluarganya telah keluar rumah mencarinya namun gagal menemuinya hingga kehari ini.
Dr Rani yang diiringi Ketua Kampong Meru, Tuan Hj Taifor Hj Nor dan Tuan Nazir Masjid Meru Tuan Hj Asimoni Hj Ehsan telah menasihati En Junniy dan keluarga agar bersabar menghadapi dugaan dari Allah dan meminta mereka membuat solat hajat berterusan.
Selain dari itu beberapa buah surau berhampiran telah pun mengadakan solat hajat beramai-ramai memohon supaya adik Intan Najiha dapat di kembalikan kepangkuan keluarga dalam masa yang terdekat.
Tuan Hj Taifor memaklumkan setakat ini pihaknya telah mengedarkan 500 keping gambar dan maklumat mengenai kehilangan adik Intan kepada penduduk Meru.
Adik Intan dikatakan telah hilang dari rumah bersama-sama seorang lagi rakannya iaitu adik Norfazliana bt Mohd Suib dari Taman Meru 3.
Sesiapa yang ada maklumat mengenai adik Intan Najiha atau Norfazliana sila hubungi Encik Junniy di talian 019-3679499 .
Sila layari http://khidmatmeru.blogspot.com/
p/s : bersama kita menolong dan membantu pencarian adik Intan Najiha..cara paling mudah..sebarkan di facebook..
BOLEH TEKAN BUTANG “LIKES” DIBAWAH UNTUK MENYEBARKAN DI FACEBOOK MASING-MASING..