Rabu, 9 Februari 2011

PINJAMAN MARA - HARAM

image

hah! biar betul? yup..haram meminjam duit mara jika peminjam masih lagi berhutang dengan MARA..peminjam juga akan diHARAMkan membuat pinjaman jika : seperti cerita dibawah…

Padah hutang MARA

Oleh Nazura Ngah dan Betty Subaryati

2011/02/09

image

KOTA BHARU: Nasib seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) terumbang-ambing apabila tidak dapat meneruskan pengajian pada semester dua yang sepatutnya bermula 14 Januari lalu, apabila keputusan peperiksaannya digantung kerana bapanya pernah berhutang dengan MARA.

Mohd Asraf Samsudin, 22, tidak dibenar meneruskan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Pembangunan walaupun memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.45.

“Saya memulakan pengajian di kampus Kulim, Kedah dan UNIKL memberi jaminan mendapat kemudahan pinjaman MARA sebelum permohonan itu diluluskan.

“Sementara menunggu pinjaman MARA kira-kira RM40,000, saya mengikuti kelas di UNIKL seperti biasa bersama ratusan pelajar lain. Bagaimanapun, pada akhir semester pertama itu, saya menerima surat daripada UNIKL berhubung keputusan peperiksaan saya digantung.

“Saya dan pelajar lain yang turut menerima nasib sama, kini tidak tahu mahu mengadu kepada siapa walaupun sebelum ini sudah membuat rayuan kepada Biro Pengaduan Awam SUHAKAM, Kementerian Pengajian Tinggi bahagian swasta selain MARA,” katanya kepada Berita Harian di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, bapa Mohd Asraf, Samsudin Abdul Rahman berkata, MARA menemui anaknya Khamis ini bagi membincangkan masalah berkenaan.

Di KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA, Hasni Suleiman, berdasarkan semakan, bapa Mohd Asraf disenaraihitamkan selaku peminjam pelajaran dan pembiayaan perniagaan.

KOMEN ATOK :

teruk jugak kan abang kita ni kene..terpaksa ditangguhkan pembelajaran akibat hutang bapanya..kenapa dia tidak diberi peluang untuk sambung belajar sedangkan dia mendapat keputusan yang cemerlang??

adakah kerana PENDIDIKAN TELAH DIPERNIAGAKAN sehingga sanggup mengetepikan soal kebajikan? mana kerajaan turrrr yang janji nak UTAMAKAN RAKYAT?

adakah MARA itu betul-betul bermaksud MAJLIS AMANAH RAKYAT? atau MAJLIS AMBIL KESEMPATAN KE ATAS RAKYAT??

Comments
6 Comments

6 ulasan:

toyolkiut berkata...

dlm hal ini, kesilapan terletak pada pengisian borang pinjaman itu sendiri..
dh jelas2 ia bagi syarat penjamin mesti bebas dari orang yg disenaraihitam/muflis.. tp yg ia gi letak nama ayah sbg penjamin kenapa??
mungkin anak tu x tahu kan?
mmg payah jika hal macam ni berlaku..kes jd panjang..
MARA skrg bukan mcm dulu.. bg je sape2 nk pinjam pun.. sekarang mklumat lbh update.. bukan pe, bnyk sngt peminjam x byr utang..

atie berkata...

kalau dah meminjam, byrla..itu hanya la langkah nak menarik peminjam byr semula..PTPTN ataupun yayasan mana2 pun dah wat menda sama kan..huhu..ramai lagi anak didik yang memerlukan duit tu..kita yg dah pinjam cepat2 la byr..insyaAllah rezeki akan diperluaskan lagi andai kita tulus dengan segala hutang yang kita dah ambil.

misza berkata...

betul. mana kita pergi pun kalau dah nama hutang kena bayar. jadi kalau tak nak susah jangan lari dari bayar hutang.
mara ni pun dah tak macam dulu. mrsm mcm dah jadi tempat anak² orang kaya.

penaberkala berkata...

aku merupakan student tajaan mara
dari tingkatan satu, 13 tahun sampailah ke hari ini yg masih tinggal setahun pengajian utk genapkan jadi 10 tahun

bagi ak, MARA xsalah sebab hutang perlu dibayar walaupun tidak dituntut
MARA dah bayk bantu kaum kita terutama kaum bumiputera, so tiada isu MARAC ambil kesempatan ke atas rakyat
sebenarnya, kebanyakan rakyat yg ambil kesempatan ke atas MARA
nak pinjam pandai, nak bayar tak pandai
bila kes macam ni berlaku, mula nak tuding jari ke pihak lain
pucuk pangkal salah diri sendiri

bagi pendapat aku, aku tak setuju dengan komen atok, last sentence
totally disagree
sorry to say, ak perlu honest dgn pendapat ak
harap pandangan aku diterima

so, dont jump to the conclusion
think positive, hendak seribu cara!
semoga kes camni dpt jadi peringatan untuk aku sendri dan smua pelajar2 tajaan MARA untk bayar hutang sbaik shaja dh makan gaji

c-tea berkata...

betul..aku xsokong sagt kata2 atok..aku sokong sume pengomen kat sini...kalau berhutang..kene la bayar.hal mcm nie xperlulah dibawa keluar.keluarga tu sendiri kene cari jalan camane nak bayar balik.kalau seploh ribu org xbayar.dari keturunan atok nenek lagi.macam mane ganerasi akn dtg nak belajar pulak?? kat sini xleh nak ckp result baik.so blajar free...heloooo....xder bende y percuma k.

c-tea berkata...

@penaberkala

betul aku sokong.even adik aku pun..dari form one ditaja mara...mmg ramai org melayu amek kesempatan kat mara.n aku paling marah bile golongan yang xnak bayar belik ni.kalau sentiasa mcm ni..mcamana bangse lain nak hormat kat melayu??