Selasa, 8 Februari 2011

LAWAK - MUSUH UTAMA YANG WAJIB DILAWAN

image

ALkisah…tersebutlah kisah…hihihihi..cucu baca la yep..ini musuh baru yang kita wajib lawan…

"Siapa yang berani menyerang kita? Pakatan siapa yang berani menyerang kita. Kita akan bertahan hingga hingus kita kering. Jangan siapa berani mencabar."

"Musuh baru melanggar kita, Tok Seri. Nak katakan geruda bukan geruda. Nak kata unggas bukan unggas. Tapi Musuh ini berkepak. Nak kata hantu bukan hantu. Tapi sekejap hilang sekejap muncul.

Bila nak ditangkap dia hilang. Kita lari dia datang. Kuman pun bukan hama pun bukan. Bukan ulat bukan binatang. Ada kecil, ada besar. Boleh dilihat tapi tak dapat dipegang. Kadang kadang ramai, kadang kadang sedikit,” sahut Menteri Dalam.

"Musuh jenis apa ni? Jangan buat silap mata dengan aku," Tok Seri bertanya marah, tetapi penuh hairan.
"Ada ekornya bergulung-gulung. Ada kepak macam tiga ekor garuda. Macam rupa bentuk kereta pun ada.Selalu datang dengan kawannya bila menyerang," jelas Menteri Dalam lagi.

Semua dalam balairung senyap. Tidak ada sesiapa yang berani berkata apa-apa. Mereka semua amat sedar yang negara ini sedang diserang oleh sejenis musuh yang baru.

"Apakah ini garuda menyerang kita? Ada kepak, ada ekor bergulung-gulung. Kenapa pula rupa macam jenis kereta? Mana Guru Ji Bomoh Negara yang kita impot dari Bombay? Datang ke sini!" arah Tok Seri.
Maka jantan kepala botak, berambut sejemput dan berperut gendut tidak berbaju serta hanya mamakai cawat berwarna kuning terkedik-kedik datang ke hadapan Tok Seri. Dia menonggeng dan kemudian mencium buku lali Tok Seri.

Guru Ji terus terkumat-kamit mulutnya sambil membakar kemenyan dalam batil. Semua menunggu apakah yang akan ditemui oleh Guru Ji.

Musuh negara numero uno

"Wahai Tok Seri Jantan Mongoli, ada pun musuh ini datang dari negeri atas angin. Ada yang datang mengikut jalan laut. Ada yang datang mengikut jalan udara. Mereka halus tapi bukan polong. Mereka halimunan tapi bukan hantu.
Mereka bahaya tetapi bukan kuman. Mereka ini macam polong tak bertuan. Berkepak bersayap tapi bukan garuda. Mereka telah dilepas bebas oleh Ronald Reagan," terang Bomoh Negara.

"Berkepak macam mana?'" tanya Tok Seri dengan penuh kehairanan.

Yang lain pun turut sama hairan.

jeng…jeng…jeng…SIAPA MUSUH INI SEBENARNYA? ada sesapa taw x? ini teka teki baru atok kat cucu..pikir kasi pecah otak..hahaha…

sesiapa yang taw boleh jawab diruangan komen “entry” ni yep…

Comments
2 Comments

2 ulasan:

Novelgurl berkata...

Assalamualaikum

ish3..apakah binatang itu? angin taufan bukan? huhu

~~su manje~~~ berkata...

salam...ziarah pagi dari su manje