memalam ni..atok nak berkongsi sikit dengan cucu pasal petua atau cara mudah nak ubati sakit gigi..petua ni boleh pakai kejap je..kalau dah sakit sangat tu, elok cabut je la..kalau klinik dah tutup atau klinik x buka, boleh la cuba petua ni sementara menunggu klinik buka..
Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.
namun, sebelum gigi menjadi sakit..ada satu lagi petua untuk elakkan sakit gigi..caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.
itu je dua petua pasal gigi yang atok jumpa..boleh la cucu cuba ye..atok pun tengah sakit gigi jugak ni..hohoho..gigi berlubang..nak cuba dengan bunga cengkih, tapi sayangnya xde..hohohoho..x mo jumpa doktor..waaaaa!!!