Rabu, 9 Februari 2011

ISU PINJAMAN MARA HARAM & PENDIDIKAN PERCUMA – SEMAKIN PANAS

imageimage

hahaha….nampaknya ada cucu yang bagi respon di atas entry PINJAMAN MARA – HARAM (sesiapa yang lom baca WAJIB baca) yang atok postkan pagi tadi..TAHNIAH BUAT KALIAN, kerana mempunyai sensitiviti terhadap isu ini..nampaknya cucu tahu yang hutang WAJIB di bayar..

pertama kalinya soal pinjaman..semangnya benda yang dipinjam wajib dipulangkan dan dalam soal ini pinjaman untuk belajar wajib dibayar..hari ini atok nak bawa cucu berfikir pada sudut yang lain..pernah x cucu tengok orang miskin? apa perasaan cucu?

dalam kes Mohd Asraf Samsudin, adakah ayahnya yang meminjam wang tu mempunyai wang untuk membayar keseluruhan pinjaman sebelum Mohd Asraf Samsudin melanjutkan pelajaran? adakah ayah Mohd Asraf Samsudin itu mempunyai wang yang cukup? kenapa kita sangat takut untuk berfikir jika kita papa kedana? atok x tahu bagaimana kedudukan kewangan keluarga Mohd Asraf Samsudin..tapi, jika keluarganya benar-benar miskin macam mana? kalau ayahnya kaya dan sengaja xnk bayar, dah terang lagi bersuluh itu salah ayahnya..

adakah kita mahu lihat seorang anak muda yang berpotensi untuk berjaya dihalang? jika benar keluarganya miskin..adakah kita tidak mahu lihat Mohd Asraf Samsudin berjaya membawa keluarganya keluar dari garis kemiskinan berbekalkan kejayaan melalui pekerjaannya kelak?

jika dia tidak mampu meneruskan pembelajaran..bagaimana dia mahu bekerja dan membayar balik pinjaman yang telah dibuat dengan mara?

apa yang atok nak cucu paham..pertama, jangan buat keputusan atau tindakan atas kapasiti diri sendiri semata-mata..kedua, cuba paham rakyat marhaen dan ploretariat..ketiga, BERSAMA MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA!

KENAPA PENDIDIKAN PERCUMA?

pendidikan adalah hak asasi rakyat..mengikut deklarasi hak asasi manusia, pendidikan adalah hak asasi rakyat yang wajib diberi secara percuma..dan semamangnya TANGGUNG JAWAB KERAJAAN UNTUK MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG SEMPURNA kepada rakyat.....

malah pendidikan percuma sesuatu yang realis..cuba lihat negara ini :

Pendidikan Negara Cuba telah dinasionalisasi pada tahun 1961, dimana tiada pengenaan bayaran tuisyen di peringkat pengajian tinggi.Hasilnya,pada tahun 1993 terdapat 90% pelajar yang memenuhi syarat telah berdaftar masuk ke sekolah rendah.Tambahan lagi, terdapat 2,100 sekolah menengah dan lebih daripada 50 buah pusat pembelajaran didirikan di kawasan luar bandar hasil daripada dasar pendidikan percuma kerajaan Cuba
UNICEF telah membuat kesimpulan bahawa Cuba merupakan negara dunia ketiga yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dan lebih-lebih lagi sistem yang diamalkan oleh negara Cuba adalah salah satu sistem pendididkan yang terbaik di dunia
Pendidikan di Venezuela adalah percuma, universal dan wajib untuk semua.Hampir 20% daripada bujet pendapatan negara tersebut disumbang ke bidang pendidikan.Hal ini menyebabkan negara tersebut mempunyai kadar celik huruf yang tinggi iaitu 89.5%
Menerusi dasar Kementerian pendidikan, kebudayaan dan sukan, kerajaan menyediakan pendidikan percuma di semua peringkat iaitu 9 tahun sekolah rendah,2 hingga 3 tahun sekolah mengah dan 3 hingga 5 tahun pengajian tinggi dan universiti.

NEGERA JERMAN MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA PADA RAKYATNYA

SEJARAH PENDIDIKAN PERCUMA

kalau alasan negara maju tidak mampu..kenapa GERMAN mampu menyediakan pendidikan percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar di universitinya, malah pelajar negara lain pun belajar secara percuma..

adakah negara kita lebih miskin dari CUBA dan VENEZUELA? atau negara kita terlalu hebat daripada GERMAN?

apa yang pasti..yang atok nampak, kerajaan sengaja menjadikan PENDIDIKAN SEBAGAI BAHAN PERNIAGAAN yang paling menguntungkan melalui PTPTN..

Bagaimanapun masih terdapat banyak negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi seperti negara-negara Sweden, Norway, Finland dan lain-lain di Eropah, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain dari kalangan negara pengeluar Minyak, Cuba sebuah negara Sosialis serta Sri Lanka sebuah negara membangun. Hakikat ini menunjukkan bahawa pendidikan percuma ini tidak semestinya dilaksanakan hanya oleh negara-negara kaya.

More About : Sejarah Pendidikan Percuma

image

Comments
9 Comments

9 ulasan:

atie berkata...

saya tak tahu la org lain..semasa saya menaip komen entri sebelum ni..saya fikir mungkin ayah dia miskin..tp saya tahu MARA ada byk cr pengecualian..so..saya tak nampak mana salah ye Mara lg..MARA ada penangguhan byrn atau pengurangan bayaran atau pengecualian bayaran..kemudahan dah ada dr dulu MARA bg..sila la guna..tiada charge lebih cam cap PTPTipu tu..kikiki..wallahualam..saya bukan pekerja MARA..tp tiada yg sukar sy lihat pd peminjam2 mara..dr meminjam 18k mintak kurang..byr 4k je..3.5 pointer dh tak yah byr balik..atau anda ada pengalaman buruk smpi membenci MARA?hehe.okla..gurau2 petang..tp siasat habisan dl..pastikan dulu ayah die ni miskin atau kaya..pasti ke ayah die dah wat pengurangan atau pengecualian..atau ayah die tak tahu wujud ye menda2 mcm ni..salam petang~(^_^)

penaberkala berkata...

atok, in my opinion it is not comparable
MARA adalah badan berkanun
pendidikan percuma pulak di bawah KERAJAAN yg memerintah
so, rasanya isu ni tak selari untuk dibincangkan
tp ada betulnya apa yg atok tulis, tak boleh nk dinafikan
benda2 mcm ni la harus semua fikirkan utk kepentingan sejagat terutama generasi muda

ok, ak simpati kat mangsa keadaan
tp pasti ada penyelesaiannya
tulis surat atau pergi sendiri ke pejabat MARA kat jalan raja laut
tiada isu yg tak dpt diselesaikan
pegawai MARA pun manusia gak, mungkin akan ada toleransi dan simpati
yg penting diskusi dan komunikasi

pasal komen aku kat entri lepas dan entri ni, bukan nk kondem atau hentam apa yg atok tulis, cuma bagi pendapat
bertukar pendapat itu bagus utk kebaikan bersama
at least, minda kita fikir, diri kita alert
btw, thanks for sharing all the informations

cam menarik isu ni, nk buat kat blog boleh? haha
tu pun kalau ada masa la

misza berkata...

saya nak htr link ni ke kawan saya yang kerja YPM(yayasan pelajaran MARA). nak tau apa komen dia. boleh ye atok?

atie berkata...

eh lupa plak..sejak PTPTipu wat syarat byr balik pd peminjam die, mara pun start kuar jugak senarai peminjam yg tak byr dlm surat2 khabar malaysia..nama peminjam dan nama penjamin..baik peminjam mahupun penjamin..bakal anak semua tak dapat pinjam dah..kalau ayah die ni penjamin..mmg kesian la.hoho..tp klu ayah dia tak baca paper tak tahu la..atau nama ayah dia takde dlm senarai tp kena band jugak..huhu..kesian la tu..semua org perlu duit akhir zaman ni..boleh gaduh..berhantu tau duit..kui2..

toyolkiut berkata...

setelah mmbaca dngn teliti fakta balas dari atok dan pengomen pertama entry, atie.. (macam hakim la pulak..)
maka TK berpendapat apa yg kerajaan buat tu dah betul..
bnyk agenda pendidikan jadi isu penting dlm belanjawan..
sgala bentuk bantuan telah diberi kepada rakyat miskin bagi membantu anak2 mereka bersekolah.. tapi anak2 generasi sekarang sangat manja.. kurang menghargai apa yg diberi.. isu PTPTN jg sudah selesai.. skrg kadar faedah sudah d kecualikan.. cara byr pun fleksibel..boleh d runding.. masa nk mohon x fikir pnjg, main tandatangan je setuju.. masa dapat duit buat joli pula.. dan masa nk byr baru terhegeh2 nak fikir kenapa jumlah jadi gitu gini?
huhu..
pasal pndidikan percuma yg d praktikkan ngara2 tertentu, ada pro dan kontra nya jg.. tidak semuanya bawa hasil positif..
wallahualam..
(kali pertama dalam sejarah blogging TK menulis komen panjang lebar..hehe..)

AiMaN berkata...

@penaberkalabagus2..hihihi..sokong..jom share opinion same2..

AiMaN berkata...

@miszaboley je..klu ada sesapa nk buat diskusi lg cantik..

AiMaN berkata...

@toyolkiutbagus2..hihihi..lg cantik lau buat entry..leh atok "promote" entry n blog cucu skali..

Karung biru berkata...

isu nie sebenarnya amat menariki utk kite bcg...sb ia isu yg melibatkan rakyat, isu nasional. mampu atau tidak itu isu kedua. Kerajaan sepatutnya jgn terlalu awal myangkal ape juga cadangan, kerana kadang2 cadangan gile dan bengong itu lah yang membawa kite d hadapan. klu x caya acu tera tanya org hok mula2 naik ke bulan, org yg mencipta lampu, org yang ingin terbang... mereka nie kan di cop gila

saya pun ade ulas isu nie d blog saya... jemput-jemput komen-komenan

http://karungbiru.blogspot.com/2012/04/ptptn-antara-isu-politik-atau-isu.html