Khamis, 13 Januari 2011

SIRI PMN 11 [ pekeliling UiTM ]

uitm

hahaha..padan muka…anjing sudah mula takut pada bayangan sendiri..anjing menyalak di atas sungai kerana nampak anjing serupa dengannya di dalam air…kalau boleh atok nak tendang anjing tu masuk dalam air..itu anjing bodoh dan bebal..maaf..ini bukan anjing yang betul-betul anjing..tetapi anjing pada sikapnya…

memetik ayat yang di tulis oleh FAHMI REZA

Pengurusan UiTM keluarkan surat pekeliling bertarikh 10.1.11 mengingatkan mahasiswa UiTM bahawa mereka "dilarang sama sekali menghadiri atau menyertai Perhimpunan Mahasiswa Negara 11.1.11 mengikut ketetapan dalam Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 Seksyen 10(5)".
Syabas pihak pengurusan UiTM kerana mengingatkan mahasiswa UiTM bahawa mereka belum cukup matang untuk buat keputusan sendiri dan sepatutnya biar pihak pengurusan yang buatkan keputusan yang terbaik buat kamu!

hahaha…penghinaan cukup besar buat mahasiswa, bukan sahaja mahasiswa UiTM..tapi seluruh mahasiswa yang menyokong Perhimpunan Mahasiswa Negara..seolah-olah mahasiswa adalah kaki angguk-angguk, geleng-geleng, seperti lagu ahli fikir..sebenarnya..inilah kitaran pembodohan mahasiswa..

semalam atok menghadiri majlis bersama TNC dan HEP Universiti Malaya..selepas diorang berlabon panjang pasal yuran..x semena-mena terkeluar di mulut tentang kebajikan mahasiswa dan suara mahasiswa..dikatanya, mereka mahu mahasiswa berbincang dan menyebarkan tentang masalah mahasiswa..hahaha…inilah anjingnya dah keluar..

kenapa atok cakap macam tu?

sebab..HEP sentiasa sarankan agar diadakan forum,bincang masalah mahasiswa,sebarkan tentang masalah mahasiswa, jumpa HEP…bla2…tapi, bila mahasiswa buat program, kenapa perlukan terlalu banyak karenah untuk diluluskan?..kenapa bila mahasiswa ingin mengedarkan risalah perlu mendapat kebenaran pihak Universiti atau kolej? kenapa bila notis aktivism mahasiswa ditampal, belum sempat orang lain baca dah di buang?

tidak lain dan tidak bukan..kerana mereka adalah anjing yang takut pada bayang-bayang sendiri..malah TNC sendiri memberi alasan yang tidak munasabah..beliau memohon maaf kerana tidak berpeluang untuk berjumpa dan berbincang dengan mahasiswa secara kerap..ini alasan budak sekolah..”saya x dpt hadir ke sekolah kerana kasut basah”..boleh terima atau tidak walhal ada logiknya? yes, kalau betul tiada peluang..x perlu adakan appointment untuk berjumpa dengan TNC..kita tengok..apa yang akan jadi..

pentadbiran universiti hanya mampu mengeluarkan surat atau pekeliling amaran..tapi, mereka harus sedar bahawa biar jasad kita dikongkong..namun idea dan semangat perjuangan mahasiswa masih bebas..memetik kata-kata Usman Awang :

11.1belajar sambil mencabar,

pengetahuan tidak akan terjuntai seperti pisang,

bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin ( yang terpelajar dan berani mencabar),

biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.

adakah mahasiswa mahu melihat anak cucu kita bodoh? adakah mahasiswa mahu melihat anak cucu kita tidak maju pemikirannya? adakah mahasiswa tidak mahu melakukan satu anjakan perubahan yang baru dalam struktur masyarakat supaya menjadi lebih baik?

jawapanya ada dalam hati mahasiswa sendiri..jika hati sudah bertekad…jiwa dan raga akan kuserahkan untuk perjuangan mahasiswa..

STUDENT…POWER!

JANGAN KAMU GENTAR MAHASISWA..KERANA DAHULU DATUK DAN NENEK MU PERNAH MENGANGKAT SENJATA MENENTANG PENJAJAH JUGA DIGELAR PENGKHIANAT..

biar,hari ini kita digelar pengkhianat dan biadap..asalkan anak cucu kita tidak bersusah kelak…

Comments
1 Comments

1 ulasan:

Fariehan Ibrahim berkata...

adeh, semakin menjadi - jadi dan semakin jelas lagi berspotlight.
huh! xtawlh pa akn jadi kalau trus dikongkong cmne.