salam malaysia..bukan salam satu malaysia..maaf kalau semalam atok x sempat nak lawat-lawat blog cucu n baca entry cucu…sebab hari ini atok ada program best nak share dengan cucu-cucu mahasiswa..
sejak pagi lagi..atok turun dari bilik seawal jam 8.00 pagi tuk ke Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)..atok menghadiri program mahasiswa yang dirangka oleh mahasiswa, diurus oleh mahasiswa dan untuk membela mahasiswa..
hampir keseluruhan mahasiswa universiti, kolej serta kolej komuniti diseluruh semenanjung hadir ke PERHIMPUNAN MAHASISWA NEGARA 2011 sebagai tanda untuk menunjukkan soladiriti dalam membawa perubahan kepada nasib mahasiswa dan institusi pendidikan negara..ada mahasiswa nun jauh dari utara dan mahasiswa IPTS turut sama menyertai untuk berkongsi masalah serta mencari jalan penyelesaiannya..kesemua mahasiswa yang hadir ialah 211 termasuk pemerhati..
APA YANG BESTNYA DALAM PMN 11?
benda yang paling menarik dalam perhimpunan atau komuniti ialah pendemokrasian dalam komuniti itu sendiri..wujudnya parlimen mahasiswa untuk menggubal atau mengadakan sebarang polisi atau undang-undang dalam komuniti sendiri..disitu juga, mahasiswa dapat mencari punca sebenar apa yang berlaku serta cara yang paling terbaik untuk menyelesaikannya..menariknya, segala dasar atau cadangan akan diundi oleh semua komuniti yang terlibat..
semalam…parlimen mahasiswa menerima pelbagai usul daripada setiap pecahan masalah..
USUL-USUL YANG DICADANGKAN KE PARLIMEN MAHASISWA
*ENTRY AGAK PANJANG..SILA KLIK PADA TAJUK UNTUK BACA SEPENUHNYA
1. KEBAJIKAN MAHASISWA (STUDENT WALFARE)
- mewujudkan koperasi mahasiswa berteraskan kebajikan kepada mahasiswa
- memohon agar ada wakil mahasiswa di parlimen
- autonomi mahasiswa
- student empowerment
- short term via mpp
- long term via student union
2. EDUCATION QUALITY
- raise student awareness for student unity
3. LAW,POLICIES & CAMPUS REGULATIONS
- student unity and solidarity
4.PERSONAL ATTITUDES & BEHAVIOURS
- student unity based on equality
kelulusan setiap usul yang dicadangkan memerlukan 2 daripada 3 undian menyokong..selama 3 jam bersidang dan pelbagai sesi soal jawab dan perbincangan..pada perhimpunan kali ini (11.1.2011), hanya tiga usul yang dilululuskan termasuk satu usul tergempar..ada satu usul yang ditolak..
USUL-USUL YANG DILULUSKAN
1. PMN selepas ini(11.1.2011) akan membincangkan penubuhan koperasi mahasiswa
- idea penubuhan koperasi telah disokong oleh lebih daripada 2/3 ahli parlimen iaitu sebanyak 84 undian..namun, satu perhimpunan khas perlu diadakan untuk memperincikan bagaimana rupa koperasi itu, perjalanan serta pengurusannya..
2. PMN untuk membincangkan soal STUDENT UNITY
- selepas bebincang panjang..malah, x habis-habis..maka satu usul diluluskan, iaitu perhimpunan khas akan datang untuk berbincang tentang student unity..apa cabaranya untuk menguruskan idea-idea dari 1.5 juta mahasiswa..bagaimana ingin membentuk persepakatan dalam kalangan mahasiswa dan apakah platform yang terbaik untuk mahasiswa bersatu
3. PMN akan diadakan pada hujung minggu.
- ini adalah cadangan yang bagus kerana mahasiswa tidak perlu untuk ponteng kelas lagi…hahahaha..dan untuk menarik lebih ramai mahasiswa turun bersama-sama..ada juga cadangan dari seorang pelajar yang belajar di luar negara supaya PMN diadakan pada cuti pengajian universiti luar negara..kerana mereka turut ingin ber”join” bersama kita..
USUL DITOLAK
1. mohon wakil mahasiswa di parlimen iaitu di dewan negara
- usul dicadangkan supaya suara mahasiswa didengari..kalau artis boleh meletakkan Jin Shamsuddin mewakili artis..kenapa mahasiswa tidak mampu meletakkan wakil mereka di dewan kerana peratusan mahasiswa lebih besar berbanding artis.
- namun, ada beberapa cabaran besar yang perlu diatasi seperti penggubalan undang-undang, siapakah yang akan manjadi wakil mahasiswa, adakah suara mahasiswa di dewan negara benar-benar didengari, dan apakah jaminan tindakan wakil mahasiswa itu membela nasib mahasiswa?
- jadi, usul ini ditolak dengan 53 undian tidak menyokong agar diletakkan wakil mahasiswa di parlimen negara
memang best..siapa yang x pergi memang rugi..x sia-sia atok ponteng kelas..apa pun PMN kali ini mampu mengumpul seluruh mahasiswa diserata universiti..dan merupakan platform yang terbaik untuk :
1. Menyatukan mahasiswa-mahasiswa diseluruh IPTA dan IPTS serta kolej-kolej
2. Satu tempat untuk berkongsi dan berbincang tentang isu mahasiswa secara terbuka sehingga pelajar tidak merasa sendirian dalam perjuangan mereka
3. Membina rangkaian kerjasama baru dan kerja sama pada peringkat kampus dan peringkat nasional untuk mencapai KESATUAN MAHASISWA
TQ…
WEBSITE PMN : http://www.pmn2011.com/
P/S : sape ada gambar PMN 11 x? boleh kongsi? atok x amik gambar la semalam…hahaha